Di seluruh dunia, penyakit ini dianggap sebagai punca utama masalah gastroenteritis akut (penyakit cirit-birit dan muntah). Secara purata, Norovirus menyebabkan 19 juta hingga 21 juta kes gastroenteritis akut di Amerika Syarikat setiap tahun. Selain itu, penyakit ini pada asalnya dipanggil virus Norwalk, sempena nama bandar Norwalk, di mana wabak pertama penyakit ini disahkan berlaku pada tahun 1972.
Memandangkan terdapat pelbagai jenis Norovirus, pendedahan kepada satu jenis sahaja mungkin tidak dapat melindungi anda daripada jenis lain.
Seterusnya, walaupun penyakit ini boleh menyerang sepanjang tahun, ia lebih biasa berlaku pada musim sejuk.
Anda biasanya akan sengsara selama 1 hingga 3 hari dahulu. Namun, ia biasanya merupakan keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan pulih dengan segera. Walaupun ianya adalah sejenis gangguan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang merisaukan. Kebanyakan individu masih kelihatan biasa walaupun mengalami penyakit ini.
Norovirus kadangkala dipanggil sebagai keracunan makanan, kerana ia boleh dihantar melalui makanan yang tercemar dengan virus. Namun, ia tidak selalunya berlaku kerana pencemaran makanan.
Simptom Norovirus
Tanda-tanda dan gejala jangkitan bagi keadaan ini termasuk:
- Loya.
- Muntah.
- Kesakitan atau kekejangan perut.
- Cirit-birit yang cair atau kendur.
- Keresahan.
- Demam yang tidak serius.
- Kesakitan otot.
Tanda dan gejala biasanya bermula 12 hingga 48 jam selepas pendedahan pertama kepada virus dan boleh bertahan selama satu hingga tiga hari. Anda boleh terus mengeluarkan virus melalui najis selama dua minggu selepas pemulihan. Malah, ia mungkin berterusan beberapa minggu hingga beberapa bulan jika anda mempunyai masalah keadaan kesihatan lain.
Punca Norovirus
Kebanyakan punca biasa jangkitan virus ini pada manusia termasuklah:
- Makanan yang tercemar.
- Makanan laut yang bercangkerang.
- Makanan siap dikendalikan oleh pekerja yang sudah dijangkiti (salad, ais, kuih, buah dan sandwic)
- Sebarang makanan yang tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti.
Virus ini boleh tersebar melalui hubungan manusia dengan orang yang dijangkiti, sentuhan dengan permukaan atau objek yang tercemar atau dengan menggunakan air atau makanan yang tercemar.
Diagnosis Norovirus
Diagnosis jangkitan ini biasanya berdasarkan gejala anda. Namun begitu, keadaan ini boleh dikenal pasti dengan menguji sampel najis. Sekiranya anda mengalami masalah imun yang dikompromi atau mempunyai masalah kesihatan lain, doktor boleh mengesyorkan ujian najis untuk mengesahkan kehadiran Norovirus.
Faktor Risiko Norovirus
Faktor risiko untuk dijangkiti dengan Norovirus termasuk:
- Makan di tempat yang mengendalikan makanan menggunakan tangan tetapi tidak dikendalikan dengan prosedur pembersihan yang betul.
- Menghadiri prasekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
- Tinggal di kawasan yang dekat, seperti di rumah penjagaan.
- Menginap di hotel, pusat peranginan, kapal persiaran atau destinasi lain dengan ramai orang di kawasan berhampiran.
- Mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai jangkitan Norovirus.
Rawatan Norovirus
Tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan Norovirus, dan pemulihan umumnya bergantung kepada kesihatan sistem imun anda. Bagi kebanyakan orang, penyakit ini biasanya sembuh dalam masa beberapa hari.
Namun, ianya adalah penting bagi anda untuk menggantikan cecair yang hilang. Jika anda tidak minum air yang mencukupi untuk mengelakkan masalah dehidrasi, anda mungkin perlu menerima cecair secara intravena.
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/179107
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/norovirus/symptoms-causes/syc-20355296
https://www.webmd.com/food-recipes/food-poisoning/norovirus-symptoms-and-treatment