North Face Malaysia adalah pengeluar dan pengedar peralatan dan pakaian aktiviti luar yang bermutu tinggi – digunakan dalam mendaki gunung, ski, dan beg galas. Sejak dari tahun 1965, reputasi North Face dibinakan berdasarkan ekspedisi ekstrim menjamin keselamatan serta memberi keselesaan kepada pelanggan yang gemar melakukan aktiviti luaran.
Sejak daripada itu, jenama ini telah memperbaikkan inovasi produk mereka untuk pelbagai sukan esktrim seperti sukan luncur ekstrim, berkhemah, pendakian gunung. Jenama ini juga menawarkan produk pakaian kasual yang memberi keselasaan untuk pemakaian harian.
Mari kita lihat produk terbaik dari North Face dan alternatif produk lain yang anda boleh miliki di pasaran Malaysia.
The North Face Router
RM739.00
Beg yang cukup popular dan versatile dari koleksi North Face. Dilengkapkan kompartmen dan poket yang banyak untuk membawa keperluan harian anda ke mana-mana saja. Bahagian utama beg ini mempunyai organisasi dalaman dengan poket media berlapis bulu membantu untuk melindungi peralatan elektronik dengan selamat. Disertakan juga dengan dua poket sisi untuk memegang sehingga 2 botol air. Sesuai untuk diguna semasa berbasikal kerana beg ini dilengkapi anyaman tali bahu yang selesa dan empuk serta garisan reflektif untuk keselamatan anda. Beg ini juga cukup besar untuk memuatkan komputer riba anda sehingga ke 17 inci!
Thule Landmark Adventure Backpack
RM999.00
Thule juga merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan beg untuk transit harian. Siri Landmark ini direka bentuk mengutamakan keselamatan barang kepunyaan anda. Ia mempunyai poket SafeZone yang boleh memuatkan telefon, cermin mata hitam, pelbagai wayar dan barangan elektronik kecil. Wang dan pasport pula boleh disimpan dengan selamat poket berzip yang terlindung, CashStash. Komputer riba 15 inci dan tablet bersaiz sehingga 12.9 inci boleh dimuatkan di dalam kompartmen utama beg ini. Pelbagai ciri keselamatan seperti poket terlindung dan wisel telah dipasang untuk membuatkan beg ini sangat sesuai dibawa untuk pengembaraan dan ia dibenarkan oleh kebanyakkan syarikat penerbangan.
The North Face Tech Venture Jacket
RM799.00
Ciri-ciri jaket yang futuristik dari The North Face ini patut menjadi aksesori wajib anda semasa expedisi pendakian. Digabungkan dengan kain Venture, jaket ini terbukti kalis air dan kalis angin. Hud nya yang boleh dicabut dan dilaras memberikan anda keselesaan untuk mengekalkan kekeringan. Selain daripada itu, kain ini membenarkan pengudaraan yang maksimum, mengeringkan peluh anda. Pelbagai poket juga telah dilengkapkan di kawasan dada dan lengan jaket untuk anda meletakkan barang-barang kecil yang berguna semasa ekspedisi anda.
Columbia Watertight™ II Jacket
RM379.00
Watertight Jacket adalah jaket kalis air untuk menjadikan anda kering semasa pengembaraan anda terutamanya di kawasan iklim yang lembab seperti Malaysia. Antara ciri-ciri terbaik ialah kemampuannya menghilang peluh dengan rekaan fabrik khas Columbia. Jaket ini mempunyai poket dan kunci dalaman unutk menyimpan barang berharga anda di bahagian dalam. Hud jaket ini boleh disimpan apabila tidak diperlukan dan lengan bajunya juga boleh dilaras memastikan anda sentiasa kering semasa ekspedisi anda.
The North Face Base Camp Duffel
RM569.00
Ini bukanlah sebarang beg duffel. Beg duffel dari Base Camp The North Face ini diperbuatkan daripada bahan yang terpilih untuk menahan segala aktiviti lasak serta hari yang sukar dalam perjalanan. Isi padu 50 liter ini menyediakan storaj simpanan yang cukup untuk perjalanan hujung minggu. Disertakan juga dengan poket zip kecil di sisi unutk penyimpanan kunci anda atau pasport. Pemegang yang ergonomic dan lembut memastikan beban beg ini terbahagi secara rata pada belakang anda.
Karrimor Duffle Bag
RM399.00
Karrimor juga telah mengeluarkan produk beg duffle yang sesuai untuk perjalanan hujung minggu anda. Ruang utamanya yang bersaiz 40 liter mampu untuk menyimpan semua barang anda. Anda juga dapat memanfaatkan dari dua tali bahu yang lembut dan empuk yang boleh dilaras, membantu anda berasa selesa walaupun membawa beban yang berat. Zip utama yang boleh dikunci juga membuatkan ia sesuai untuk dibawa di dalam kapal terbang.
The North Face Hedgehog Fastpack II MID WP
RM799.00
Kepada penggemar sukan mendaki, The North Face Hedgehod Fastpack II WP ini memberi perlindungan dan sokongan kepada buku lali. Dengan bahan yang direka khas, membran DryVent, kasut ini terlindung dari air – sesuai untuk bentuk muka bumi Malaysia yang penuh dengan sungai. Tapak getah Vibram juga memberi “grip” yang mencukupi untuk mendaki bukit atau gunung yang mencabar. Anda kini boleh menikmati flora dan fauna gunung tanpa perlu risau dengan keadaan kaki anda.
Timberland Chocorua Waterproof Mid Hiking Boots
RM739.00
Direka untuk bergaya di alam semula jadi, but hiking Chocorua dari Timberland ini memberikan perlindungan sepenuhnya kepada kaki anda. Diperbuat dengan membran GORE-TEX, anda tidak perlu risau dengan kaki anda yang basah. Tapak kasut ini juga dibina dengan getah yang tebal untuk membuatkan ia tahan lasak. Pelapik tapak kasut EVA dan bus ini memastikan anda berasa seperti anda berpijak di atas kapas semasa anda di dalam ekspedisi mendaki anda.
The North Face Oscillate Training Shoes
RM739.00
Keselesaan semasa sukan “trail running” adalah amat penting untuk pelari. Kasut The North Face Oscillate ini berupaya untuk memberikan keselesaan tersebut selain daripada menampilan daya tarikan yang mengancam. Mempunyai tapak kasut yang fleksibel dan direka dengan system EXTS, ia memastikan cengkaman di tanah yang tidak rata, batu ataupun akar pokok yang dijumpai sepanjang trek. Bahan Ortholite juga memberi kelembutan dan memantulkan segala daya untuk menyenangkan pelarian. Bahagian atas kasut mempunyai tiub beronga mikro yang sangat selesa, membuatkan kaki anda tidak berapa panas dan berpeluh.
Salomon SpeedCross 5
RM639.00
Salomon telah menambah generasi terkini kasut SpeedCross 5 untuk memberi anda kelajuan yang tidak dapat ditandingi. Siri ini telah memanfaatkan semua ciri-ciri lagenda generasi SpeedCross sebelumnya. Memberikan cengkaman yang lebih kuat dan bahagian atas kasut yang mempunyai lebih ruang unutk memastikan “headstart” dan brek yang lebih baik atas semua permukaan. Ianya juga stabil dengan buaian tumit yang direka khas untuk memberi pijakan yang stabil dan bersih sepanjang perjalanan.
Buat anda yang gemarkan aktiviti luar dan juga sukan ekstrim dan lasak, anda bolehlah dapatkan produk dari North Face Malaysia yang kami senaraikan di atas. Anda boleh juga cuba alternatif jenama lain yang kami berikan. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda penggemar sukan lasak.