Now Reading
Nutox Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Kecantikan Wajah

Nutox Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Kecantikan Wajah

Nutox

Penjagaan kulit selalu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Seperti kata pepatah kecantikan adalah di dalam mata orang yang memandang, ia juga dipercayai bahawa penjagaan kulit memainkan peranan penting bukan hanya untuk kecantikan wajah seseorang tetapi juga untuk kesihatan kulit mereka. NUTOX adalah jenama yang komited untuk memberikan pengguna mereka kulit yang sihat dan juga mencantikkan kulit muka apabila digunakan dengan kerap.

nutox cleansing foam

NUTOX Cleansing Foam

RM25.90

Pembersih muka ini mempunyai buih yang banyak yang juga berfungsi untuk mencerahkan dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan. Kulit kelihatan lebih muda, terasa terhidrat, segar dan lebih halus dengan serta-merta. Sesuai untuk semua jenis kulit dari kulit normal sehingga berminyak. Ia juga membersihkan sisa-sisa pori dan anda dapat merasakan kesegaran di atas kulit anda. Produk ini mengandungi kelebihan multi scrub hitam dan putih dengan sensasi ekstra sejuk. Scrub hitam mempunyai kemampuan dalam penyerapan minyak yang tinggi dan dapat menghilangkan kotoran dan bintik hitam, terutamanya di kawasan hidung, sementara scrub mikro putih akan memecah menjadi scrub halus yang menembusi jauh ke dalam liang dan mengelupas sel kulit kusam & mati.

bio essence cleanser

Bio Essence Bio Gold Cleanser

RM24.90

Pembersih muka ini diformulasikan dengan Bio Energy Complex ™ dimana ia mempunyai formula unik yang mengubah keupayaan kulit untuk memperbaiki, memperbaharui dan menumbuh semula kulit. Dengan meningkatkan pengambilan oksigen, ia akan membantu kulit bernafas, mengubah sel dari keadaan tidak aktif ke keadaan lebih bertenaga. Ini semakin lama akan meningkatkan penyerapan bahan bio berharga iaitu emas 24K untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, lebih berseri dan cantik.

nutox toner

NUTOX Astrigent Toner

RM29.90

Nutox Astringent Toner, diformulasikan dengan formulasi seimbang pH yang dapat menenangkan dan menyegarkan kulit dengan cepat, sambil itu memberikan kelembapan 24 jam pada kulit untuk menghaluskan & mengetatkan liang. Tekstur kulit dihaluskan serta-merta, dan menjadikan solekan mudah disapu dan tahan lebih lama. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai sensasi sejuk apabila digunakan.

himalaya toner

Himalaya Cleansing Astrigent Toner

RM22.88

Toner ini diformulasikan khas untuk membersihkan liang-liang mengandungi daun Neem, yang terkenal dengan sifat antibakteria untuk memerangi jerawat dan buah lemon untuk membantu mengetatkan liang pori. Produk ini akan membuat kulit anda, rasa segar dan bersih. Toner ini juga dapat membantu mengawal rembesan minyak yang berlebihan. Produk ini adalah sesuai untuk kulit yang normal sehingga kulit yang berminyak.

nutox eye cream

NUTOX Eye Refiner

RM55.90

Krim mata ini diperkaya dengan ekstrak sarang burung dan ekstrak botani semula jadi, shadownyl. Produk ini memberikan penghidratan yang tahan lama. Ia juga boleh mengurangkan garis halus, kedutan, lingkaran hitam, dan bengkak mata dalam 1 minggu. Krim mata ini juga tidak melekit dengan melampau, dan diformulasikan bebas minyak. Ia mengandungi 15 ml satu botol dan sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit.

Revitalift Eye Cream

Revitalif Eye Cream

RM36.99

Krim mata ini adalah teknologi pertama oleh LOREAL Paris yang dirancang untuk merangsang 8 pengangkat semula jadi kulit, untuk membantu kulit mendapatkan semula keanjalan dan ketegangan. Digabungkan dengan Pro-Retinol A, bahan aktif yang kuat, yang diketahui untuk menebalkan lapisan kulit teratas, dan juga membantu mengurangkan kedutan di bahagian mata. Dalam masa 4 minggu, kontur mata kembali tegang, kedutan berkurang secara intensif, dan kontur mata kelihatan kembali dan bersinar.

nutox anti ageing cream

NUTOX Anti Ageing Cream

RM52.00

Krim muka ini diformulasikan dengan formula anti-kedut yang kuat, melicinkan & menenangkan garis & kedutan hanya dalam masa 2 minggu. Ia mempunyai ekstrak Bird’s Nest & Botanical untuk membina semula ikatan antara kolagen & elastin, kulit akan lebih kencang dan kelihatan lebih muda. Krim Anti-Penuaan pakar ini menawarkan kesan anti-kedutan untuk jangka masa yang panjang apabila digunakan dengan kerap. Kulit anda juga akan berasa lebih segar, lembab dan kurang berminyak.

olay anti ageing

Olay Total Effects Anti Aging

RM39.90

Krim muka yang boleh digunakan setiap hari memberikan 7 faedah anti-penuaan dalam 1, ditambah SPF 15 untuk membantu melindungi daripada pendedahan cahaya matahari, penyebab utama penuaan.Krim ini melawan 7 tanda penuaan termasuk; meminimumkan penampilan garis halus dan kedutan, melembapkan kulit kering, mengimbangi warna dan tona kulit sambil mengurangkan penampilan bintik-bintik usia, melicinkan tekstur kulit dengan pengelupasan lembut, menghaluskan kulit untuk mengurangkan penampilan liang, melindungi permukaan kulit dari kerosakan radikal bebas dengan antioksidan dan memperkukuhkan penampilan kulit dengan penghidratan

nutox youth restoring night cream

NUTOX Youth Restoring Night Cream

RM69.90

Krim muka ini diformulasikan untuk berfungsi dengan kitaran tidur semula jadi anda, krim empuk ini membantu kulit anda untuk memasuki mod pembaikan semasa anda berehat. Nutox Youth Restoring Night Cream meningkatkan pengeluaran kolagen untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang ada dan meningkatkan keanjalan, serta meratakan kulit tanpa merengsakan kulit sensitif. Apabila anda bangun pada waktu pagi, kulit anda akan licin dan lembut.

Olay night cream

Olay Regenerist Night Cream

RM54.90

Krim muka ini bebas pewangi, mempunyai formula yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit anda untuk melawan penampilan kulit yang letih, menampakkan kulit yang lebih cerah dan kelihatan lebih muda. Krim ini membuat kulit lebih lembab dan melembutkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Selepas 4 minggu, penampilan kedutan terbukti semakin berkurang. Krim ini sesuai untuk digunakan ke atas kulit yang kering dan juga kuilt yang berminyak.

error: Content is protected !!