
Nutrabliss Organic Chia Seed, Sesuai Untuk Diet Sihat!~ Untuk pengetahuan anda, chia seed banyak ditanam di selatan Amerika dan ia merupakan antara makanan penting bagi masyarakat zaman kuno seperti Aztec, Maya dan sebagainya.
“Chia” bermaksud kekuatan (mengikut bahasa masyarakat Maya). Oleh itu, biji chia dianggap sebagai makanan kekuatan ataupun superfood bagi masyarakat zaman dahulu kala kerana khasiat dan kebaikan pengambilannya. Disebabkan sifatnya yang tahan lama, orang dulu-dulu sering membawanya sebagai bekalan makanan.
Walaupun chia seed telah wujud sejak dahulu lagi, namun penggunaannya masih diamalkan sampai sekarang. Chia seed kini amat popular dan diiktiraf sebagai antara makanan moden yang bagus untuk kesihatan dan baik diamalkan bagi sesiapa yang inginkan diet sihat.
Kini ramai yang mula menggunakan chia seed sebagai tambahan dalam makanan dan minuman mereka untuk kehidupan seharian.
Jadi, apakah pilihan chia seed kegemaran anda untuk seisi keluarga? Sekiranya belum ada, anda boleh cuba Chia Seed Organik Nutrabliss ini. Dijamin puas hati!
Kandungan Nutrabliss Organic Chia Seed
Nutrabliss Organic Chia Seed ni merupakan makanan rendah karbohidrat yang kaya dengan protein, Omega-3, Omega 6, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan mineral. Ia juga membekalkan antioksidan yang mampu menentang tanda penuaan serta kanser.
Mempunyai sifat anti-bakteria, ia amat sesuai untuk disimpan lama dan membantu merawat masalah pencernaan anda.
Kebaikan Nutrabliss Organic Chia Seed
Banyak kebaikan Nutrabliss Organic Chia Seed yang mungkin ramai di antara kita masih tak tahu kan? Anda boleh baca senarai di bawah untuk mengetahui antara kebaikan yang ada pada chia seed ini sekiranya kita amalkan pengambilannya secara konsisten.
Antaranya ialah:
- Dapat melawan diabetes atau mengawal kadar gula dalam darah
- Dapat mengekalkan kekuatan gusi & tulang
- Kaya dengan protein
- Dapat menstabilkan gula dalam darah
- Dapat meningkatkan kesihatan jantung
- Membantu pencernaan
- Membantu awet muda
Apa yang paling menariknya, ia juga terbukti secara klinikal dapat membantu turunkan berat badan!
Sebab apa? Kandungan chia seed kaya dengan serat dan rendah karbohidrat yang boleh membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari. Ini akan membantu anda untuk tidak “craving” makanan ringan yang tidak sihat dan menjadi punca kegemukkan.
Tahukah anda, menurut satu sumber, pengambilan Chia Seed Organik Nutrabliss sebanyak satu sudu besar atau bersamaan mengandungi:
- 131 kalori
- 8.4 gram lemak
- 13.07 gram karbohidrat
- 11.2 gram serat
- 5.6 gram protein
- Tiada gula (ya benar, tiada gula!)
Dengan mengamalkan satu sudu chia seed setiap hari, anda sudah mendapatkan 18% keperluan kalsium harian, 27% fosforus, 30% magnesium, dan jumlah kalium dan nutrisi yang lebih kecil. Chia seed juga membekalkan banyak omega-3, kalsium, fosforus, dan serat untuk badan seperti yang dinyatakan diatas.
Memang berbaloi!
Cadangan Cara Pengambilan
Anda boleh kreatifkan cara pengambilannya mengikut citarasa anda. Berikut ialah antara cadangan cara pengambilan yang anda boleh ikuti:
1. Tambahkan 2 sudu besar (kira-kira 15 g) chia seed ke segelas air, smoothie, jus, atau minuman kegemaran anda yang lain.
2. Kacau minuman dengan cepat untuk masa yang singkat. Beberapa penggumpalan mungkin berlaku. Gunakan sudu untuk memecahkan gumpalan. Chia seed akan mengembang sekiranya direndam di dalam air.
3. Selain dalam minuman, anda juga boleh jadikan chia seed sebagai topping yang sangat sihat untuk yogurt, salad dan bijirin.
Haa, menarikkan? Jangan lupa cuba ya!
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda sentiasa meletakkan paket chia seed anda jauh dari kanak-kanak dan pastikan ia sentiasa tutup rapat selepas digunakan. Letakkan di dalam peti sejuk selepas anda buka bungkusannya untuk mengekalkan kualitinya.
Akhir kata
Mudahkan nak kekal sihat sentiasa? Kata orang, “we are what we eat”, jadi pastikan kita sentiasa amalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan kita, seperti contoh dengan mengamalkan pengambilan chia seed dalam diet seharian.
Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan Nutrabliss Organic Chia Seed berdekatan anda dan jadikan ia sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan anda.
Selamat mencuba!