Now Reading
Octodrine (Hidung Tersumbat/Bakar Lemak) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Octodrine (Hidung Tersumbat/Bakar Lemak) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

octodrine

Octodrine pada mulanya digunakan sebagai ubat untuk merawat hidung tersumbat. Namun pada hari ini, octodrine disertakan sebagai bahan dalam produk yang digunakan sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan prestasi bersenam, “membakar lemak”, atau meningkatkan jumlah penurunan berat badan.

Beberapa produk mendakwa bahawa ia secara semulajadi berasal daripada tumbuhan aconite, tetapi tiada bukti yang jelas bahawa ubat ini dapat dijumpai daripada tumbuhan ini.

Octodrine yang terdapat dalam makanan tambahan berkemungkinan dihasilkan di makmal dan bukannya daripada sumber semula jadi. Ia nampaknya serupa dengan perangsang lain yang disebut dimethylamylamine (DMAA). DMAA telah dikeluarkan dari pasaran di negara-negara tertentu kerana masalah keselamatan.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Octodrine dianggap mempunyai kesan perangsang yang serupa dengan dekongestan seperti pseudoephedrine, ephedrine dan lain-lain. Sebilangan penjual produk mengatakan bahawa ia adalah alternatif yang lebih selamat daripada kedua-dua dekongestan tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat saintifik untuk menyokong kenyataan ini.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Octodrine

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat yang mencukupi dan boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan ubat ini jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Jadi, elakkan penggunaannya agar tidak berlaku sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Tekanan darah tinggi: Ubat ini mungkin mempunyai kesan perangsang dan meningkatkan tekanan darah. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, elakkan pengambilannya.

Glaukoma: Ia mungkin mempunyai kesan perangsang dan menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Ini boleh memburukkan lagi beberapa jenis glaukoma. Sekiranya anda menghidap glaukoma, elakkan pengambilannya.

Denyutan jantung tidak teratur (aritmia jantung): Ia kebarangkalian mempunyai kesan perangsang dan menyebabkan degupan jantung yang cepat. Ini boleh memburukkan lagi sakit jantung sedia ada. Sekiranya anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur, elakkan daripada mengambilnya.

Pembedahan: Ubat ini mungkin mempunyai kesan perangsang yang boleh mengganggu pembedahan dengan meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan Octodrine

Octodrine mungkin tidak selamat jika diambil secara oral.

Malah, ia juga mungkin mempunyai kesan serupa dengan dimethylamylamine (DMAA), iaitu perangsang yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius, termasuklah serangan jantung dan kematian.

Interaksi Octodrine

Kami tidak mempunyai maklumat untuk interaksi ubat ini.

Kontraindikasi Octodrine

Octodrine mungkin tidak selamat jika diambil secara oral. Ia barangkali mempunyai kesan yang serupa dengan dimethylamylamine (DMAA), iaitu perangsang yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius, termasuklah serangan jantung dan kematian.

Dos Octodrine

Dos octodrine yang sesuai bergantung pada beberapa faktor seperti usia, kesihatan dan beberapa keadaan pengguna.

Pada masa ini, tiada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan julat dos yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa produk semula jadi tidak semestinya selamat dan dos yang tepat adalah faktor yang penting.

Jadi, pastikan anda mengikuti arahan yang relevan pada label produk dan berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor atau pegawai perubatan sebelum menggunakannya.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1538/octodrine

https://www.rxlist.com/octodrine/supplements.htm

error: Content is protected !!