Now Reading
Olay Regenerist Hydration Cream, Kekal Awet Muda

Olay Regenerist Hydration Cream, Kekal Awet Muda

olay regenerist hydration cream

Olay Regenerist Hydration Cream SPF15 ini mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajah supaya kulit kelihatan awet muda.

Di samping menjadikan kulit lebih muda, ia juga melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB kerana mengandungi bahan pelindung SPF15. jadi, kulit anda tidak akan kekeringan ataupun terbakar akibat sinaran matahari yang terik.

olay regenerist hydration cream

Kelebihan Menggunakan Olay Regenerist Hydration Cream

Teknologi Energizing Kulit yang unik ini mampu memperbaiki kerosakan kulit dan memberi tenaga kepada lapisan kulit agar kulit lebih mudah menerima bahan anti-penuaan seperti Amino Peptides, Hyaluronic Acid dan Vitamin B3. Ia mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada wajah supaya kulit lebih anjal, licin dan awet muda.

Olay Regenerist Hydration Cream SPF 15 juga memberikan penghidratan yang optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan adanya SPF 15. Formulasi ini tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam kulit untuk memastikan keselesaan sepanjang hari.

Ia secara beransur-ansur akan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada kulit supaya kulit kelihatan lebih muda dengan kompleks Amino-peptida yang membantu memperbaharui permukaan kulit untuk tekstur yang lebih halus.

Kebaikan Olay Regenerist Hydration Cream

– Memperbaharui penampilan kulit awet muda

– Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan dengan pelembapan

– Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit

Cara penggunaan Olay Regenerist Hydration Cream

  1. Urut sedikit dengan gerakan membulat ke atas,
  2. Fokuskan pada kawasan seperti garis kening dan rahang
  3. Gunakan pada waktu pagi selepas mencuci muka dengan pembersih muka.

Apakah kandungan pelembab yang terbaik?

Produk pelembab seperti losyen, krim, serum, dan salap adalah kaedah terbaik yang boleh diamalkan setiap hari untuk menambahkan kelembapan dan merawat kulit kering. Jika anda sedang mencari pelembab yang sesuai untuk kulit anda, pastikan bahan-bahan ini dinyatakan pada produk tersebut.

  • Asid hyaluronik
  • Gliserin
  • Ceramides
  • Spf
  • Noncomedogenic

Noncomedogenic bermaksud ia tidak akan menyumbat liang pori kulit anda. Selain itu, pelembap dengan kandungan SPF juga baik untuk kulit kerana memberi perlindungan daripada matahari.

Bahan-bahan lain yang perlu dipertimbangkan dalam pelembap:

Occlusives

Bahan berminyak yang menghalang penyejatan air, seperti petrolatum, alkohol cetyl, anolin, lesitin, minyak mineral, parafin, dan asid stearat.

Humectants

Bahan yang menarik air dari udara ke lapisan luar kulit, seperti gliserin, madu, dan panthenol.

Vitamin

Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan dan merangsang pengeluaran kolagen seperti vitamin C dan vitamin E

error: Content is protected !!