Now Reading
Onkologi – Kanser

Onkologi – Kanser

ONKOLOGI

Pengenalan

Onkologi adalah cabang perubatan yang meneliti, mengenal pasti dan merawat kanser. Seorang doktor yang bekerja dalam bidang onkologi dikenali sebagai pakar onkologi. Ini adalah cabang perubatan yang mengkhususkan diri dalam diagnosis dan rawatan kanser.

Bidang ini mempunyai tiga bidang utama: perubatan, pembedahan dan radiasi. Ini termasuklah onkologi perubatan (penggunaan kemoterapi, terapi hormon dan ubatan lain untuk merawat kanaser), onkologi radiasi (penggunaan terapi radiasi untuk merawat kanser) dan onkologi pembedahan (penggunaan pembedahan dan prosedur lain untuk merawat kanser).

Penyembuhan penyakit kanser sangat bergantung pada diagnosis dan rawatan awal yang dibuat.

Kepakaran pakar onkologi

Pakar onkologi adalah doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat pesakit kanser. Sekiranya anda menghidap kanser, golongan pakar ini akan merancang pelan rawatan berdasarkan laporan patologi terperinci yang mengatakan jenis kanser yang anda miliki, berapa banyak kanser yang ada, seberapa cepat ia berkemungkinan untuk merebak dan bahagian tubuh anda yang terlibat.

Memandangkan kebanyakan jenis kanser dirawat dengan terapi kombinasi, anda dapat melihat beberapa jenis pakar onkologi sepanjang rawatan anda.

Pakar onkologi perubatan

Pakar ini merawat kanser menggunakan kemoterapi, terapi hormon, terapi biologi dan rawatan lain yang disasarkan. Individu sering menganggap pakar onkologi perubatan sebagai doktor kanser utama mereka. Biasanya, pesakit akan melakukan pemeriksaan lanjutan bersama dengan pakar onkologi perubatan setelah rawatan selesai.

Pakar onkologi radiasi

Pakar ini menggunakan sinar foton bertenaga tinggi untuk mensasarkan dan memusnahkan sel kanser. Kira-kira separuh daripada semua pesakit kanser akan menjalani rawatan radiasi sebagai sebahagian daripada rawatan kanser mereka.

Pakar onkologi pembedahan

Pakar ini mungkin adalah salah satu doktor pertama yang anda akan jumpa jika doktor penjagaan utama anda mengesyaki bahawa anda menghidap kanser. Mereka sering melakukan biopsi, membuang sebahagian kecil tisu untuk memeriksan kehadiran sel kanser.

Pakar onkologi yang lain pula adalah seperti:

Pakar onkologi pediatrik

Pakar ini mendiagnosis dan merawat kanak-kanak yang menghidap kanser. Beberapa pakar onkologi pediatrik adalah pakar dalam jenis kanser tertentu, dan ada yang menumpukan untuk menjalankan penyelidikan mengenai kanser kanak-kanak. Bahagian penting dalam bidang ini adalah kebanyakan pakar onkologi pediatrik mendidik keluarga yang mempunyai anak yang sedang menjalani rawatan kanser.

Pakar onkologi ginekologi

Pakar ini adalah pakar dalam merawat kanser yang mempengaruhi wanita, seperti kanser ovari, serviks, rahim, faraj dan vulva, tetapi mereka juga sering merawat keadaan ginekologi rumit yang bukan kanser seperti endometriosis dan tumor fibroid.

Pakar hematologi-onkologi

Doktor yang pakar dalam merawat kanser darah seperti leukemia dan limfoma disebut sebagai pakar hematologi, kerana mereka juga dapat merawat gangguan darah yang bukan kanser, seperti anemia sel sabit dan hemofilia.

Bila anda perlu dapatkan rawatan

Pakar onkologi boleh merawat semua jenis kanser. Beberapa pakar onkologi boleh memberikan terapi tertentu, seperti terapi radiasi, kemoterapi atau pembedahan. Sebaliknya, pakar onkologi lain memberi tumpuan untuk merawat kanser bagi organ khusus, seperti:

Prosedur rawatan onkologi

Pakar onkologi menggunakan pelbagai ujian untuk membuat diagnosis kanser:

  • Sejarah perubatan. Alat diagnostik yang paling penting tetap menjadi sejarah klinikal pesakit. Pakar onkologi akan memberi perhatian khusus kepada gejala yang menunjukkan kanser seperti keletihan, penurunan berat badan, anemia yang tidak dapat dijelaskan, demam yang tidak diketahui.
  • Ujian darah. Ini membantu mencari penanda biologi atau tumor.
  • Biopsi. Sampel kecil tisu tumor yang akan diuji di makmal.
  • Endoskopi. Prosedur bukan pembedahan ini dilakukan untuk memeriksa saluran gastrousus.
  • Teknik pengimejan radiologi. Ini merangkumi:
  1. X-ray
  2. Imbasan CT
  3. Imbasan MRI
  4. Ultrabunyi

Rawatan bagi pesakit kanser yang paling berkesan secara keseluruhan adalah hasil gabungan daripada pelbagai jenis terapi. Ianya adalah normal untuk berasa takut dan  dan keliru dengan rawatan yang ada. Tetapi, berbincang dengan doktor dan ketahui jenis rawatan yang ada mungkin dapat membantu anda berasa lebih terkawal.

Ini adalah jenis prosedur yang boleh dilakukan oleh pakar onkologi.

Terapi radiasi

Terapi radiasi adalah sejenis rawatan kanser yang menggunakan radiasi dengan dos tinggi untuk membunuh sel kanser dan mengecilkan tumor. Ia mungkin mempunyai kesan sampingan bagi sesetengah individu dan merupakan satu perkara biasa bagi terapi radiasi.

Kemoterapi

Kemoterapi adalah sejenis rawatan kanser yang menggunakan ubat khas untuk membunuh sel kanser. Ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan, dan seringkali digunakan bersama rawatan kanser yang lain.

Imunoterapi

Imunoterapi adalah sejenis rawatan kanser yang membantu sistem ketahanan badan anda melawan kanser.

Terapi yang disasarkan

Terapi yang disasarkan adalah sejenis rawatan kanser yang mensasarkan perubahan pada sel kanser yang membantu mereka tumbuh, membelah dan menyebar.

Terapi hormon

Terapi hormon adalah rawatan yang melambatkan atau menghentikan pertumbuhan kanser payudara dan prostat yang menggunakan hormon untuk berkembang.

Pemindahan sel stem

Transplantasi sel stem adalah prosedur yang memulihkan sel stem pembentuk darah pada pesakit kanser yang telah musnah kerana prosedur kemoterapi atau terapi radiasi dengan dos yang sangat tinggi.

Perubatan tepat

Perubatan tepat membantu doktor memilih rawatan yang berkemungkinan besar dapat membantu pesakit berdasarkan pemahaman genetik mengenai penyakit mereka.

Anggaran kos

Biasanya, kos perubatan di hospital swasta pastinya adalah lebih mahal berbanding di hospital kerajaan. Namun, bagi kes rawatan kanser, bagi mereka yang berkemampuan, biasanya hospital swasta yang menjadi pilihan. Malah, kos perubatan ini boleh berubah mengikut keadaan pesakit serta kos yang ditetapkan oleh hospital tersebut.

Berikut adalah anggaran kos rawatan kanser bagi hospital swasta di Malaysia:

  • Kanser payudara – sekitar RM 395,000
  • Kanser kolorektal – sekitar RM 85,000
  • Kanser paru-paru – sekitar RM 56,000
  • Kanser limfoma – sekitar RM 95,000
  • Kanser ‘nasopharynx’ – sekitar RM 70,000

Pastikan anda membuat temu janji bersama doktor atau dapatkan informasi lebih lanjut tentang rawatan kanser yang anda ingin tahu dengan lebih lanjut kerana informasi di atas boleh berubah-ubah.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/cancer/what-is-an-oncologist

https://www.healio.com/news/hematology-oncology/20120331/what-is-oncology

https://www.careerexplorer.com/careers/oncologist

https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/types

https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/cancer-basics/cancer-care-team/types-oncologists

https://www.concilio.com/en/oncology

error: Content is protected !!