Now Reading
Osteoporosis – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Osteoporosis – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

osteoporosis

Osteoporosis, atau penipisan tulang boleh menyebabkan tulang patah yang menyakitkan. Faktor risiko untuk masalah osteoporosis termasuklah penuaan, seorang wanita, berat badan yang rendah, hormon seks yang rendah atau sudah menopaus, merokok dan pengambilan beberapa ubat. Pencegahan dan rawatan bagi keadaan ini termasuklah pengambilan ubat kalsium dan vitamin D, senaman dan ubatan osteoporosis.

Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa mereput dan digantikan. Osteoporosis berlaku apabila penghasilan tulang baharu tidak dapat tulang baharu seiring dengan penyingkiran tulang lama.

Selain itu, malasah osteoporosis boleh menjejaskan lelaki dan wanita daripada semua kaum. Namun, begitu wanita daripada keturunan Barat dan Asia terutamanya mereka yang sudah berusia dan telah menopaus berisiko tinggi untuk mengalami keadaan ini. Pengambilan ubat-ubatan, amalan diet sihat dan senaman berat boleh membantu mencegah kehilangan tulang atau menguatkan tulang yang sudah lemah.

Simptom Osteoporosis

Biasanya, tiada gejala yang berlaku pada peringkat awal masalah kehilangan tulang ini. Namun, sejurus selepas tulang anda menjadi lemah kerana masalah osteoporosis, anda mungkin mempunyai tanda-tanda dan gejala termasuk:

  • Kesakitan belakang, yang berlaku disebabkan tulang belakang yang retak atau pecah.
  • Kehilangan ketinggian dari masa ke masa.
  • Postur yang membongkok.
  • Retakan tulangnberlaku lebih mudah daripada yang diharapkan,

Punca Osteoporosis

Tulang anda berada dalam keadaan pembaharuan yang berterusan di mana tulang baharu dihasilkan dan tulang lama dipecahkan. Ketika anda masih muda, badan anda menghasilkan tulang baharu lebih cepat daripada kadar ia memecahkan tulang lama. Jisim tulang anda juga meningkat dalam tempoh ini. Kebanyakan individu mencapai jisim tulang puncak mereka pada awal umur 20-an. Apabila individu semakin berumur, jisim tulang hilang lebih cepat daripada yang terhasil.

Kemungkinan bagi anda mendapatkan masalah osteoporosis sebahagiannya bergantung kepada berapa banyak jisim tulang yang anda hasilkan pada usia muda. Semakin tinggi jisim tulang puncak anda, lebih banyak tulang yang anda ada “di dalam penyimpanan” dan lebih kecil kemungkinan untuk anda mengalami osteoporosis apabila semakin berumur.

Diagnosis Osteoporosis

Seorang doktor akan mempertimbangkan sejarah keluarga pesakit dan faktor risiko mereka. Jika doktor mengesyaki adanya masalah osteoporosis, mereka akan meminta anda melakukan ujian imbasan untuk mengukur kepadatan mineral tulang (bone mineral density – BMD).

Pengimbasan ketumpatan tulang menggunakan sejenis teknologi sinar-X (X-ray) dikenali sebagai absorptiometri sinar-X dua (DEXA) dan densitometri tulang. 

Jika digabungkan dengan faktor risiko pesakit, imbasan DEXA dapat menunjukkan kemungkinan adanya patahan tulang yang terjadi akibat osteoporosis. Selain itu, ia juga boleh membantu doktor memantau tindak balas terhadap rawatan.

Dua jenis peranti boleh menjalankan imbasan DEXA adalah:

  • Peranti pusat: Pemeriksaan berasaskan hospital mengukur kepadatan tulang pinggul dan tulang belakang sementara pesakit berada di atas meja.
  • Peranti persisian (peripheral): Mesin mudah alih ini menguji tulang di pergelangan tangan, tumit atau jari.

Keputusan ujian DEXA

Keputusan ujian ini diberikan sebagai skor DEXA-T atau skor DEXA-Z.

Skor-T membandingkan jisim tulang pesakit dengan jisim tulang puncak orang yang lebih muda. 

  • Nilai -1.0 atau lebih tinggi adalah normal.
  • Nilai daripada -1.0 hingga -2.5 menunjukkan kehilangan tulang yang ringan.
  • Nilai -2.5 atau di bawah menunjukkan masalah osteoporosis.

Di samping itu, skor-Z pula membandingkan jisim tulang pesakit dengan orang lain dengan binaan badan dan usia yang sama.

Ujian biasanya diulang setiap 2 tahun, kerana ini membolehkan perbandingan antara keputusan ujian yang dilakukan.

– Ujian lain

Penilaian vertebral lateral (lateral vertebral assessment – LVA) mungkin disyorkan untuk pesakit yang lebih tua dan mempunyai ketinggian yang pendek lebih dari satu inci berbanding sebelum ini, atau yang mengalami sakit belakang yang tidak berkaitan dengan keadaan lain.   

Pemeriksaan ultrabunyi tulang tumit adalah satu cara lain untuk menilai osteoporosis. Ia boleh dilakukan dalam penetapan penjagaan primer. Namun, ia kurang dilakukan berbanding DEXA, dan pengukuranyan tidak dapat dibandingkan dengan skor daripada ujian DEXA- T.   

Faktor Risiko Osteoporosis

Beberapa faktor boleh meningkatkan kemungkinan anda mendapat osteoporosis termasuk usia, bangsa, pilihan gaya hidup dan keadaan dan rawatan perubatan.

Risiko yang tidak boleh berubah

Beberapa faktor risiko untuk osteoporosis adalah di luar kawalan anda, termasuk:

  • Jantina. Wanita lebih cenderung untuk mendapat osteoporosis berbanding lelaki.
  • Umur. Semakin anda berumur, semakin besar risiko osteoporosis anda.
  • Bangsa. Anda lebih berisiko tinggi mendapat masalah osteoporosis jika anda berkulit putih atau berketurunan Asia.
  • Sejarah keluarga. Mempunyai ibu bapa atau adik beradik dengan penyakit osteoporosis meletekkan anda dalam risiko yang lebih besar, terutamanya jika ibu atau bapa anda pernah mengalami patah pinggang.
  • Saiz badan. Lelaki dan wanita dengan saiz badan kecil cenderung mempunyai risiko mendapat osteoporosis yang lebih tinggi kerana mereka mungkin mempunyai jisim tulang yang berkurangan apabila mereka semakin berusia.

Tahap hormon

Osteoporosis lebih biasa berlaku pada individu yang mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu dalam badan mereka. Contohnya termasuk:

  • Hormon seks. Kadar hormon seks yang menurun lebih cenderung melemahkan tulang. Pengurangan kadar estrogen pada wanita yang menopaus adalah salah satu faktor risiko besar untuk mendapat osteoporosis. Seterusnya, golongan lelaki mengalami penurunan tahap testosteron secara beransur-ansur semasa mereka berumur. Rawatan untuk kanser prostat yang mengurangkan tahap testosteron pada lelaki dan rawatan untuk kanser payudara yang mengurangkan kadar estrogen pada wanita juga mungkin mencepatkan kehilangan tulang.
  • Masalah tiroid. Terlalu banyak hormon tiroid boleh menyebabkan kehilangan tulang. Ini boleh berlaku jika tiroid anda terlalu aktif atau sekiranya anda mengambil terlalu banyak ubat hormon tiroid bagi merawat tiroid yang tidak aktif.
  • Kelenjar lain. Osteoporosis juga dikaitkan dengan paratiroid dan kelenjar adrenal yang terlalu aktif.

Faktor pemakanan

Osteoporosis lebih cenderung berlaku pada orang yang mempunyai:

  • Pengambilan kalsium yang rendah. Kekurangan kalsium seumur hidup memainkan peranan dalam perkembangan osteoporosis. Pengambilan kalsium yang rendah menyumbang pada kepadatan tulang yang berkurangan, kehilangan tulang lebih awal dan peningkatan risiko patah tulang.
  • Gangguan makan. Terlalu mengehadkan pengambilan makanan dan mempunyai berat badan yang kurang boleh melemahkan tulang dalam kalangan lelaki dan wanita.
  • Pembedahan gastrointestinal. Pembedahan untuk mengurangkan saiz perut anda atau untuk mengeluarkan sebahagian daripada usus mengehadkan jumlah kawasan permukaan yang tersedia untuk menyerap nutrien, termasuklah kalsium.

Steroid dan ubat-ubatan lain

Penggunaan ubat kortikosteroid secara oral atau disuntik buat jangka panjang, seperti prednison dan kortison boleh mengganggu proses pembentukan tulang. Osteoporosis juga telah dikaitkan dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk memerangi atau mencegah:

  • Kekejangan.
  • Refluks gastrik.
  • Kanser.
  • Penolakan transplan.

Keadaan perubatan

Risiko osteoporosis adalah lebih tinggi pada orang yang mempunyai masalah perubatan tertentu, termasuk:

Pilihan gaya hidup

Sesetengah tabiat buruk boleh meningkatkan risiko osteoporosis anda. Contohnya termasuk:

  • Gaya hidup tidak aktif (sedentary). Individu yang menghabiskan banyak masa dalam posisi duduk mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih aktif. Apa-apa senaman dan aktiviti berat badan yang mempromosikan keseimbangan dan postur yang baik adalah bermanfaat untuk tulang anda, tetapi aktiviti berjalan, berlari, melompat, menari dan angkat berat juga kelihatan sangat membantu dalam masalah ini.
  • Pengambilan minuman keras yang berlebihan. Pengambilan lebih daripada dua minuman keras setiap hari boleh meningkatkan risiko individu mendapat osteoporosis.
  • Penggunaan tembakau. Peranan sebenar tembakau dalam masalah osteoporosis masih tidak difahami dengan jelas. Namun begitu, ada bukti mengatakan bahawa penggunaan tembakau menyumbang kepada tulang yang lemah.

Rawatan Osteoporosis

Rawatan yang dibuat bertujuan untuk:

  • Melambatkan atau menghalang perkembangan osteoporosis.
  • Mengekalkan kepadatan mineral tulang dan jisim tulang yang sihat.
  • Mengelakkan retakan.
  • Mengurangkan kesakitan.
  • Memaksimumkan keupayaan seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Ini boleh dilakukan melalui gaya hidup yang betul berserta penggunaan suplemen dan beberapa ubat.

Terapi ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang boleh membantu mencegah dan merawat osteoporosis termasuk: 

  • ‘Bisphosphonates’: Ini adalah ubat ‘antiresorptive’ yang mengurangkan masalah kehilangan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan tulang.
  • Agonis atau antagonis estrogen, juga dikenali sebagai modulator reseptor estrogen terpilih, SERMS), misalnya, raloxifene (Evista): Ini boleh mengurangkan risiko patah tulang belakang bagi wanita selepas menopaus.
  • ‘Calcitonin’ (Calcimar, Miacalcin): Ini membantu mencegah patah tulang belakang pada wanita selepas menopaus, dan dapat membantu mengatasi kesakitan jika berlakunya patah tulang.
  • Hormon paratiroid, misalnya, teriparatide (Forteo): Ini diluluskan bagi individu yang mempunyai risiko patah tulang yang tinggi, kerana ia boleh merangsang pembentukan tulang.
  • Antibodi monoklonal (denosumab, romosozumab): Ini adalah terapi imun yang diberikan kepada beberapa wanita dengan masalah osteoporosis selepas menopaus. Ubat Romosuzumab agak membahayakan kerana ia mungkin boleh menyebabkan kesan terbalik (adverse).

Jenis estrogen dan terapi hormon lain juga boleh membantu.

Apakah masa depan bagi terapi osteoporosis?

Di masa hadapan, rawatan yang ada mungkin termasuk terapi sel stem. Pada tahun 2016, para penyelidik mendapati bahawa suntikan jenis sel stem tertentu ke dalam tikus boleh menterbalikkan kesan osteoporosis dan kehilangan tulang. Rawatan yang berpotensi ini boleh jadi bermanfaat kepada manusia juga.   

Selain itu, penemuan yang diterbitkan pada tahun 2015 mencadangkan bahawa hormon pertumbuhan (GH) yang diambil melalui makanan tambahan kalsium dan vitamin D dapat mengurangkan risiko patah tulang dalam jangka panjang.   

Pada tahun 2015, para penyelidik mendapati bahawa diet yang mengandungi protein soya dan isoflavon boleh memberi perlindungan daripada masalah kehilangan tulang dan osteoporosis semasa menopaus. 

Para saintis juga percaya bahawa hingga 75 peratus kepadatan mineral tulang seseorang ditentukan oleh faktor genetik. Gen yang bertanggungjawab untuk pembentukan dan kehilangan tulang ini masih disiasat, dengan harapan bahawa ia mungkin menawarkan cara baharu untuk mencegah osteoporosis pada masa akan datang.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/osteoporosis/symptoms-causes/syc-20351968

https://www.medicalnewstoday.com/articles/155646

https://www.webmd.com/osteoporosis/default.htm

https://www.healthline.com/health/osteoporosis

error: Content is protected !!