Adakah anda masih tercari-cari pakej Pulau Redang yang terbaik untuk anda pilih ketika disana? Teruskan membaca.
Keindahan Pulau Redang memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan perairan biru yang indah dan mempersona serta pantai berpasir putih menarik lebih ramai pelancong untuk bercuti dan berehat dengan tenang dan selesa.
Ia terletak 45 km dari arah utara Kuala Terengganu dengan menaiki bot selama 1 jam dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu dan 40 minit dari jeti Merang. Pulau Redang juga hanya mempunyai jarak sekitar setengah jam perjalanan dengan menaiki kapal dari Pulau Perhentian.
Justeru, dengan menjanjikan pantai yang indah dan bersih, tidak hairanlah terdapat pelbagai agensi yang menawarkan pakej pulau rendang yang menarik dengan harga yang berpatutan. Sudah tentunya anda harus memilih yang mana satu kena dengan bajet anda.
Oleh itu, jangan pening kepala lagi kerana kami kongsikan beberapa pakej pulau redang yang terbaik dan anda pasti puas hati!
Kenapa Anda Perlu Pilih Pulau Redang?
Pulau Redang merupakan ‘syurga’ bagi anda yang sukakan aktiviti snorkeling, berenang, skuba dan melakukan jungle trekking.
Dengan suasananya yang indah dan mempersona membuatkan ia menjadi tempat persinggahan persendirian buat anda yang merancang untuk honeymoon tanpa ada sebarang gangguan.
Bila Waktu Sesuai Untuk Pergi Pulau Redang?
Pastikan anda mengambil tahu kitaran angin monsoon di Malaysia. Dikatakan resort di Pulau Redang akan ditutup ketika mengalami musim angin monsoon sekitar bulan November hingga Febuari pada setiap tahun.
Jadi, jangan silap pilih tarikh dan rancanglah lebih awal!
3 Pakej Pulau Redang Yang Terbaik
Berikut merupakan senarai pakej Pulau Redang yang terbaik. Anda boleh pilih salah satu senarai dibawah atau membuat sedikit kajian mengenai resort, harga dan pakej yang ditawarkan.
Mana tahu kalau ada sebarang tawaran dari pihak resort untuk anda. Kan lebih jimat!
Jenis Pakej Pulau Redang
Sebelum anda memutuskan untuk memilih resort dan pakej apa, pastikan anda betul-betul faham dengan pakej yang ditawarkan supaya tidak tersalah pilih.
Pakej Pulau Redang yang popular merangkumi:
- Pakej percutian, terutamanya bagi mereka yang mencari penginapan hotel dan makanan buffet yang sempurna.
- Pakej snorkeling, bagi mereka yang gemar snorkeling
- Pakej menyelam, khas untuk penyelam termasuk penginapan
Setelah anda tahu apa yang anda nak, boleh buat pilihan antara 5 tempat penginapan yang terbaik di Pulau Redang.
1. The Taaras Beach & Spa Resort
Terletak di luar pantai Terengganu, The Taaras Beach & Spa Resort yang mewah ini mempunyai bilik-bilik yang luas berserta balkoni.
Selain itu, resort ini menawarkan kolam renang dan 4 pilihan tempat makan. Bilik-bilik di Taaras Beach Resort dilengkapi dengan fasiliti lain seperti, penghawa dingin dan kipas. Tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan yang serba lengkap, atau menikmati rawatan badan dan urutan yang menenangkan di spa.
Resort ini juga menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang di kaunter customer service 24 jam. Taaras Beach & Spa Resort berada 45 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, diikuti dengan perjalanan menaiki feri selama 1.5 jam dari Jeti Shahbandar.
Pakej Bilik
Harga: Bermula dari RM450++
- Penginapan 2 malam di Cliff Hill Deluxe
- Pek kebersihan Selamat Datang
- Sarapan Pagi setiap hari untuk 2 orang
Pakej Snorkeling
Harga: Dari RM1,205++
- Penginapan dua malam beserta bufet sarapan
- Pek Kebersihan Selamat Datang
- Bayaran balik tol sehala sehingga RM300 semasa mendaftar keluar
- Minuman selamat datang menyegarkan dan daftar masuk pantas
- Kredit makanan dan minuman bernilai RM300 bersih setiap penginapan, boleh digunakan di semua outlet
- Pengangkutan laut pergi balik dari Jeti Merang Waterfront ke Pulau Redang
- Daftar keluar ekspres atas permintaan
- Pengangkutan pergi balik percuma dari Jeti Redang ke resort
Pakej Menyelam (Diving)
Harga: Bermula dari RM2520(seorang)
- Penginapan 3 malam dengan sarapan setiap hari untuk 2 orang
- Pek Kebersihan Selamat Datang
- Tiga selam rekreasi untuk penyelam yang disahkan atau kolam dan pantai (terumbu buatan) Discover Scuba Diving (DSD) untuk penyelam yang tidak disahkan
- Aktiviti rekreasi selama satu jam setiap hari (berlaku untuk Pengalaman Snorkeling Penyu Penyu atau aktiviti tidak bermotor sahaja)
- Koktel Malam dengan Canape
- Pengangkutan ulang-alik percuma (Jeti Redang <-> Resort) akan disediakan dengan pembelian pemindahan laut The Taaras
2. Redang Beach Resort
Salah satu tempat yang anda boleh menginap adalah di Redang Beach Resort yang terkenal di Pulau Redang. Seperti namanya, Pulau Redang menawarkan pakej yang terbaik buat pencinta alam sekitar dengan harga yang berpatutan. Selain itu, anda dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang sungguh indah dan mengasyikkan.
Pakej Bilik
Harga: Bermula dari RM475++ semalaman
Pakej termasuk dengan sarapan
Pakej Snorkeling
Harga: Bermula dari RM499++
Pakej Termasuk
- 2 perjalanan feri (Syahbandar Jetty-Redang Island-Syahbandar Jetty)
- 2 Penginapan Malam (Dengan penghawa dingin, pancuran mandian air panas & Peti keselamatan)
- Hidangan makanan tempatan (2 x Sarapan, 2 x makan tengah hari,1 x makan malam, 1 x makan malam bbq, 2x minum petang)
- 2 perjalanan snorkelling +1 Taman Laut
Pakej Diving
Harga: RM859++
Pakej Termasuk
- 2 perjalanan feri (Syahbandar Jetty-Redang Island-Syahbandar Jetty)
- 2 Penginapan Malam (Dengan penghawa dingin, pancuran mandian air panas & Peti keselamatan)
- 4 Pergerakan batu dengan dive
- Tank & Berat
3. Laguna Redang Island Resort
Laguna Redang Island Resort pula memberikan kelainan dengan mengutarakan konsep Melayu tradisional pada seni bina hotelnya. Jika anda rindukan suasana rumah kampung, ini adalah pilihan yang terbaik, sesuai dengan suasana hutan tropika dan pantai di sekeliling Pulau Redang.
Laguna Redang Island Resort meletakkan Pulau Redang yang terbaik di hujung jari anda, menjadikan penginapan anda santai dan menyeronokkan.
Pakej Bilik
Harga: Bermula RM613 semalaman
Pakej Snorkeling 3 Hari 2 Malam
Harga: Bermula dari RM878++
Pakej termasuk dengan:
- Penginapan 2 malam
- 2 set sarapan / buffet
- 2 set / bufet makan tengah hari
- 1 set makan malam / bufet dan 1 set BBQ / makan malam buffet
- 3 perjalanan Snorkeling
- 2 cara pemindahan bot dari Jeti ke Pulau Redang
- Setiap malam tambahan merangkumi 1 malam penginapan, 1 set / sarapan prasmanan, 1 set / bufet makan tengah hari, 1 set / bufet makan malam BBQ, 1 set / makan malam bufet, 1 perjalanan Snorkeling. * Makan Malam Set Steamboat Pilihan pada malam ke-3
Pakej Diving 3 Hari 2 Malam
Harga: Bermula dari RM1,128 (seorang)
Pakej termasuk:
- Penginapan 2 malam
- 2 set sarapan / buffet
- 2 set / bufet makan tengah hari
- 1 set makan malam / bufet dan 1 set BBQ / makan malam buffet
- 4 kapal selam
- Pemindahan bot 2 arah dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang (1.5 jam sekali jalan)
- Setiap malam tambahan merangkumi 1 malam penginapan, 1 set / sarapan bufet, 1 set / bufet makan tengah hari, 1 set BBQ / makan malam bufet, 2 selam kapal. * Makan Malam Set Steamboat Pilihan pada malam ke-3
Selepas anda ketahui jenis pakej dan pilihan resort yang terbaik, apa yang anda perlu lakukan adalah cari agensi yang boleh dipercayai dan anda tahu apa yang terbaik untuk percutian anda di Pulau Redang.
Sumber:
https://www.beautifulterengganu.com/where-to-go/islands/pulau-redang/
https://www.amitravel.my/package-pakej/3d2n-free-easy-taaras-resortredang-island/