Now Reading
Panas Baran Boleh Membawa Padah

Panas Baran Boleh Membawa Padah

panas baran

Panas baran ialah satu emosi yang sukar dikawal terutama bila seseorang tersebut sedang marah. Banyak kes penderaan dan jenayah yang terjadi berpunca daripada sikap panas baran. Kadang-kadang sampai boleh menyebabkan kematian kepada orang lain. 

Simptom

Panas baran berlaku apabila seseorang gagal mengawal emosi dan dirinya bila terganggu. Dia akan rasa sangat susah untuk mengawal perasaan marah dalam diri sampai tak boleh kawal perasaan dan hilang kawalan. Benda ini yang akan menyebabkan dia hilang rasa malu untuk buat perkara yang di luar batasan sampai mencederakan orang lain. Mereka juga selalunya akan tetap rasa bertenaga walaupun tak cukup tidur dan rehat.

Emosi marah ini ada 3 tahap iaitu:

  1. Gelisah
  2. Marah
  3. Baran

Bila seseorang rasa ada sesuatu yang tak kena, dia akan rasa gelisah. Tapi bila perasaan tu makin membuak, ianya akan jadi perasaan marah. Bila tahap kemarahan ini tidak dapat dikawal, ianya akan menjadi baran. Sikap panas baras ini boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira jantina dan umur. 

Punca-punca:

  • Faktor Psikososial: Seseorang tersebut mungkin berada dalam keadaan yang tertekan.
  • Penyakit Kesihatan Fizikal: seperti tiroid yang boleh membuatkan seseorang berasa marah cepat.
  • Faktor Mental seperti kemurungan atau bipolar.

Rawatan:

1. Berfikir sebelum anda bercakap

Sebelum anda meluahkan perasaan geram dan kemarahan, anda harus ambil beberapa saat untuk fikirkan ayat-ayat dan perkataan yang anda ingin gunakan untuk pastikan tiada perkataan yang boleh menguris hati seseorang yang boleh menyebabkan kekesalan. 

2. Luahkan perasaan marah anda dengan tenang

Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi tidak bersifat konfrontasi. Luahkan perasaan anda dengan jelas dan langsung tanpa menyakiti orang lain atau cuba mengawalnya.

3. Melakukan aktiviti senaman 

Aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan anda menjadi marah. Sekiranya anda merasakan kemarahan anda meningkat, anda boleh cuba melakukan aktiviti seperti bersenam atau melakukan aktiviti sukan.

4. Dapatkan pertolongan profesional 

Belajar mengawal kemarahan ialah satu cabaran bagi setiap orang setiap masa. Dapatkan bantuan untuk masalah kemarahan jika kemarahan anda kelihatan tidak terkawal yang boleh menyebabkan anda melakukan perkara yang anda akan kesal atau menyakitkan orang di sekeliling anda.

Video dibawah ini juga akan terangkan tentang panas baran

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434

error: Content is protected !!