Apabila RHB Now Online Banking diperkenalkan anda yang merupakan pelanggan RHB Bank pasti ingin mengetahui bagaimana cara daftar RHB online banking ini bagi memudahkan login urusan buka akaun perbankan RHB dari atas talian kan? Anda akan dapat jawapan itu apabila anda membaca artikel ini sampai habis.
Sedikit pengenalan berkenaan RHB Bank. RHB Bank merupakan sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan pelaburan di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur.
Bank tersebut menyediakan perbankan perdagangan, perbankan pelaburan, pelaburan, korporat dan perkhidmatan perbankan antarabangsa secara khususnya. Sehingga kini RHB Bank mempunyai lebih 200 pejabat di Malaysia dan merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia. RHB ditubuhkan pada 1997 berikutan penggabungan Kwong Yik Bank dan DCB Bank.
RHB Bank yang merupakan diantara bank komersial yang terbesar di Malaysia, dalam keadaan teknologi yang makin pesat membangun dan masyarakat yang kian memiliki pelbagai kekangan dengan masa yang terhad melalui berkembang dan berevolusi terkini. Menyedari masalah ini, RHB Bank telah membangunkan platform untuk transaksi atas talian sebagai usaha untuk membantu dan memudahkan urusan harian pelanggannya.
Perkhidmatan perbankan internet atau online banking RHB Now yang diperkenalkan adalah sama seperti perkhidmatan hong leong connect atau ambank online banking. RHB Now adalah platform yang diperkenalkan tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan yang terdekat, seterusnya akan memudahkan pelanggan melakukan pelbagai urusan mereka.
Cara Daftar RHB Now Online Banking
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar terlebih dahulu dengan RHB Now sebelum melakukan sebarang transaksi online. Jangan risau cara mendaftar rhb now mudah sahaja.
Kini apa yang anda perlukan adalah peranti seperti desktop, laptop ataupun smartphone serta talian Internet yang kukuh. Semua urusan pelanggan boleh diselesaikan di hujung jari sahaja. Anda juga boleh melakukannya jika anda salah seorang pelanggan bank ini.
Cara Daftar Rhb Online di Mesin Atm
Pada proses ini anda perlulah memastikan:
- Anda mempunyai alamat emel
- Anda memegang status sebagai pelanggan bank RHB
- Anda juga memiliki nombor telefon pada smartphone anda yang aktif.
- Anda perlu pergi ke mana mesin ATM RHB Bank yang berdekatan dengan anda.
- Pastikan kad dan nombor pin anda dimasukkan pada mesin ATM.
- Selepas itu anda perlu pilih menu Internet Banking. Anda akan menerima Pin pendaftaran RHB Internet Banking yang nanti akan digunakan untuk proses daftar dan cara aktifkan akaun RHB anda di laman web rasmi.
- Sebagai proses pengesahan, pin RHB Internet Banking akan dimasukkan. Anda juga boleh meminta pegawai yang bertugas untuk menolong anda mendaftar no telefon di atm rhb dengan lebih mudah dan cepat sekiranya anda menghadapi kesukaran melakukannya sendiri. Jangan malu meminta bantuan.
- Anda kemudian akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang akan digunakan untuk pengaktifan akan diterima apabila proses pendaftaran di mesin ATM selesai.
Cara Daftar Rhb Now Online Banking
- Anda hendaklah pergi ke laman web rasmi RHB di https://logon.rhb.com.my/
- Anda akan dibawa ke laman utama RHB Now.
- Di bahagian bawah I am a First Time User pada bahagian kanan laman rhb bank, anda perlu klik pada I Want to Register.
- Kemudian, paparan First Time User Registration akan terpapar pada laman seterusnya. Selepas itu anda perlu pilih ATM/Debit Card pada bahagian Select your card type.
- Abaikan satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.
- Seterusnya klik pada pilihan butang Next.
- Selepas itu di laman seterusnya masukkan nombor pin akaun anda pada ruangan Username.
- Masukkan nombor pin akaun bank anda pada ruangan ATM/Debit Card PIN.
- Kemudian klik pada pilihan butang Next.
- Username bagi RHB online yang anda ingin gunakan hendaklah diciptakan pada ruangan Username di laman seterusnya.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda kenalpasti elakkan meletakkan password yang complicated bagi mengelakkan kesukaran pada waktu akan datang.
- Pada ruangan Confirm Password masukkan kata laluan yang anda telah masukkan sebelumnya.
- Sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda, and aperlu mencipta satu perkataan untuk Secret Word.
- Pastikan anda semak serta baca terma dan syarat untuk membuka akaun semasa rhb bank yang telah tersedia di bawah. Seterusnya setelah selesai membaca, anda perlu tandakan pada kotak tersebut.
- Anda boleh tandakan mengikut pilihan anda sendiri untuk menerima atau tidak sebarang promotion alert daripada pihak RHB kepada anda pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts.
- Kemudian klik pada pilihan butang Next.
- Pendaftaran anda kini sudah berjaya.
Pendaftaran Kad Kredit
Kemudian pada ruangan Select your card type, anda hanya perlu pilih kad kredit untuk mendaftar menggunakan kad kredit.
Kemudian, terus masukkan butiran pada kad kredit seperti nombor kad kredit rhb anda, tarikh luput kad kredit, CVV serta nombor kad pengenalan.
Kemudian, langkah-langkah yang seterusnya diikuti.
Begitulah cara-cara untuk anda daftar dan login ke RHB Now Online. Kalau diikuti dengan teliti pasti anda midah melakukannya. Jadi selepas ini segala urusan perbankan akan dipermudahkan.
Selamat Mencuba!
SUMBER: