Bagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah pasti pernah dengar tentang Portal DELIMa KPM. Tapi adakah anda pernah Login DELIMa KPM ni? Kalau anda tengah mencari-cari cara untuk login ke portal tersebut disini kami akan kongsikan jawapan untuk anda.
Apa itu DELIMa?
Bagi golongan ibu bapa yang baru sahaja mengetahui pasal DELIMa ini kami akan memberi sedikit pengenalan berkaitan program ini. Portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) di bawah usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft, Google dan Apple.
Portal DELIMa telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, pada 15 Jun 2020 yang lalu. Sebelum ini platform MOE Digital Learning dibangunkan oleh KPM selepas Frog VLE dan kini di jenamakan semula sebagai Portal DELIMa
Portal ini merupakan platform utama di dalam Malaysia yang telah menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara dalam talian.
Memandangkan keadaan sekarang yang kini berada di fasa Lockdown semua sekolah masih ditutup akibat wabak COVID-19, jadi, para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di atas talian dengan menggunakan Portal DELIMa.
Bagi menyediakan pembekalan kandungan di dalam Portal DELIMa, KPM telah bekerjasama dengan beberapa pihak bagi menjamin kandungan pengajaran dan pembelajaran melalui Portal DELIMa. Antara pihak yang terlibat adalah:
- Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
- DIGI
- ASTRO
- United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF)
- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
- Aplikasi Menarik Portal DELIMa
Terdapat banyak aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh para guru dan murid menerusi Portal DELIMa seperti:
- Microsoft Office 365
- Padlet
- Canva
- Digital Textbook
- WolframAlpha
- Plickers
- Edpuzzle
- Blendspace
- Aplikasi di bawah Google
Login Portal DELIMa KPM
Platform DELIMa boleh di akses oleh para pendidik dan pelajar dengan menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah disedikan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.
Bagi membolehkan pelajar mengakses portal DELIMa, setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mendapatkan kemudahan ini secara percuma.
Sebarang maklumat berkaitan ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, hendaklah dirujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.
Langkah-langkah bagi mengakses Portal DELIMa, untuk para guru dan murid:
- Layari Portal DELIMa https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
- Klik pada pilihan butang ‘Log Masuk.’
- Seterusnya, masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
- Klik pada pilihan butang ‘Login.’
- Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
- Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.
PKP, Lockdown dan sebagainya bukanlah alasan untuk pembelajaran itu tidak mampu disampaikan kepada murid. Dalam usaha menyampaikan ilmu dan pendidikan ini semua pihak haruslah berganding bahu.
Kerajaan sudah memperuntukan platform bagi penyampaian pembelajaran. Guru pula bertindak sebagai pemudahcara yang memberi bimbingan dan jalan kepada pelajar. Namun, usaha ini tidak kemana jika ibu bapa tidak bersikap proaktif.
Dalam urusan mencari ilmu dan keciciran dalam pelajaran, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menunding jari kepada sesiapa. Termasuklah pelajar atau anak-anak. Setiap dari kita pastinya mempunyai peranan yang sepatutnya.
Contoh bagi peringkat ibu bapa yang tak mampu menyediakan medium yang akan digunakan dalam pelajaran perlulah memberitahu guru yang berkenaan. Kepada kenalan terapat seperti jiran-jiran juga perlu berganding bahu dalam memastikan ilmu itu didapati secara adil kepada semua lapisan masyarakat.
Sekiranya kita semua sebagai orang dewasa berganding bahu bersama-sama berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik untuk anak-anak kita pasti akan ada hasil yang baik. Semuanya bermula daripada usaha kita sendiri.
Selagi kita sentiasa mengharap bantuan atau hanya memberi pandangan kosong kepada yang memerlukan kita tidak akan maju kehadapan. Dalam setiap dari kita ini akan membawa macam-macam manfaat. Oleh itu, marilah kita berganding bahu mewujudkan satu komuniti yang menyokong setiap platform pembelajaran.
Sebagai ibu bapa juga, kita merupaka sistem sokogan kepada anak-anak kita dan guru-guru yang mengajar. Hal pendidikan bukanlah hanya hal guru dan anak murid. Tetapi hal pendidikan adalah hal diantara guru, ibubapa, masyarakat dan anak-anak.
Semoga perkongsian ini mampu memberi kemudahan kepada anda dalam menyediakan bahan pembelajaran untuk anak, adik, saudara, rakan ataupun guru-guru. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
D’LIME – Aplikasi DELIMa-KPM (google.com)