Para pentadbir sekolah mesti mengetahui cara untuk Login Smart School Qualification Standards SSQS. Bagi pentadbir yang baru ingin menggunakan sistem ini, berikut adalah Panduan Login SSQS.
SSQS merupakan satu sistem penarafan bintang yang boleh dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk membuat penilaian amalan baik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan mendapatkan maklumbalas bekaitan dengan negara.
Dengan adanya sistem ini juga dapat membantu dalam penggurangan penggunaan kertas, ruang, tenaga dan masa. Secara tidak langsung juga ianya dapat memberi motivasi untuk sesebuah sekolah itu berusaha menguasai ICT dan pemangkin untuk perubahan dalam Pendidikan pada masa hadapan seiring dengan pekembangan teknologi.
Apa Itu SSQS?
Smart School Qualification Standards adalah sebuah sistem yang dapat memudahkan penilaian amalan baik di beberapa buah sekolah. SSQS digunakan untuk semua pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah bagi membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas. Dengan adanya sistem ini, ia dapat mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan dan menaik tarafkan piawaian dalam pendidikan.
Pada awal penggunaan adalah secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Tujuan Smart School Qualification Standards (SSQS)
Smart School Qualification Standards merukan satu sistem yang sangat penting. Mengikut dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan moden lahirlah SSQS bagi membantu membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah seluruh Malaysia.
Objektif Smart School Qualification Standards (SSQS)
Setiap sesuatu benda yang kita lakukan atau dicipta mesti mempunyai tujuan dan objektif begitu juga dengan sistem tersebut. Ini adalah 5 objektif utama pembangunan SSQS iaitu:
- Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
- Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
- Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
- Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
- Memperkasakan (empower) guru dan murid.
Responden Smart School Qualification Standards (SSQS)
Berikut adalah bilangan responden bagi sistem ini :
- 1 orang pentadbir
- 1 orang koordinator
- 30 orang guru
- 30 orang murid
Bagi sekolah SKM yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang
- 1 orang pentadbir
- 1 guru penyelaras ICT
- Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
- Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek
Pentadbir: Perlu dijawab oleh Pengarah / Pengetua / Guru Besar
GPM: Perlu dijawab oleh Guru Perpustakaan Media
GPICT: Perlu dijawab oleh GPB / GPICT
Guru: Mengikut bilangan guru disekolah termasuk penolong kanan dan GPM. Maksimum responden adalah 30. Admin USTP perlu memadam token yang lebih jika guru kurang dari 30 orang.
Murid: Mengikut bilangan murid disekolah. Maksimum responden adalah 30. Admin USTP perlu memadam token yang lebih jika murid kurang dari 30 orang.
Petunjuk Skor Smart School Qualification Standards (SSQS)
Penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan insfrastuktur teknologi adalah antara domain yang diukur bagi membuat penarafan bintang bagi sekolah yang terpilih. Penarafan bintang dinilai berdasarkan skor berikut:
- Basic (0 – 20) – 1 bintang
- Basic Plus (21 – 40) – 2 bintang
- Median (41 – 60) – 3 bintang
- Advance (61 – 80) – 4 bintang
- Advance Plus (81 – 100) – 5 bintang
Takwim Perlaksanaan Tahunan
Sebelum membuat pelaksanaan penarafan, KPM akan memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
Taklimat Perlaksanaan biasanya berlaku pada bulan Julai. Manakala, pada bulan Ogos adalah proses pengisian SSQS dan pemantau. Walau bagaimana, Tarikh ini akan bertukar dari masa ke semasa dan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Panduan Untuk Login
Berikut merupakan panduan untuk login ke SSQS:-
- Sila pergi ke laman web rasmi di ssqs.moe.edu.my dan pilih Negeri.
- Kemudian klik pada menu Log Masuk Admin dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.
- Anda perlu memilih agensi anda sama ada Sekolah, PPD atau JPN.
- Jika anda memilih sekolah, anda perlu masukkan Kod Sekolah dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem dan klik pada butang Masuk
*Jika admin PKG terpadam lebih token, sila hubungi PKG masing-masing bagi mendapatkan semula token tersebut.
Borang Login SSQS Manual
Jika ada sekolah-sekolah yang mempunyai masalah capaian internet untuk login, borang manual Offline boleh dimuat turun melalui SSQS. borang tersebut perlu dilengkapkan kemudian membuat pengisian secara online di USTP masing- masing.
Diharapkan panduan ini dapat memberi manafaat dan membantu guru-guru untuk menggunakan SSQS.
SUMBER:
https://portalcikgu.com/login-ssqs.html
https://www.e-qms.co.uk/supplier-pre-qualification-questionnaire/