Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada pelbagai pangkat polis – iaitu pegawai kanan polis, pegawai polis bawahan dan penjawat awam. Jumlah keseluruhan pegawai polis ialah 137, 574 orang dan setiap keahlian mempunyai tugasnya yang tersendiri.
PDRM juga dibantu oleh kumpulan sokongan iaitu Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Bantuan Polis, Kadet Polis dan penjawat awam. Secara amnya, PDRM adalah penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara.
Pangkat Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia mempunyai pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor Umum Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Kesuluruhannya PDRM mempunyai 17 peringkat pangkat dan berikut adalah senarai nama-nama pangkat polis tersebut.
Pegawai-Pegawai Kanan Polis
- Inspektor Jeneral Polis (IG)
- Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
- Komisioner Polis (CP)
- Deputi Komisioner Polis (DCP)
- Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
- Asisten Komisioner Polis (ACP)
- Superintenden Polis (SUPT.)
- Deputi Superintenden Polis (DSP)
- Asistan Superintenden Polis (ASP)
- Inspektor (INSP)
- Inspektor Percubaan (P / I)
Pegawai Rendah Polis
- Sub-Inspektor (SI)
- Sarjan Mejar (SM)
- Sarjan ( SJN)
- Koperal (KPL)
- Lans Koperal (L / KPL)
- Konstabel (KONST)
Lencana Polis Diraja Malaysia
Apabila kita bertemu pegawai polis, kita dapat tengok di baju mereka ada lencana di uniform mereka. Apakah maksud lencana tersebut? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Polis Harian: Konstabel, Koperal Lansa, dan Koperal
Polis pada pangkat ini adalah yang biasanya anda jumpa. Mereka melakukan rondaan di jalan-jalan dengan berjalan kaki, menaiki kereta, basikal, bot mahupun berkuda.
Mereka secara amnya bertugas untuk hal-hal kepolisian awam dan mencegah jenayah. Mereka ini orang pertama yang akan anda temui atau hubungi sekiranya ada kejadian yang membimbangkan berlaku.
Selain itu, mereka melakukan rondaan di jalan-jalan dan perbatasan, aktiviti mencari dan menyelamat, menangkap dan mengiring penjenayah terutamanya ke mahkamah dan mereka juga mampu mengeluarkan das tembakan jika perlu.
Pentadbiran Bawah: Sarjan, Sarjan Majors dan Sub-Inspektor
Pangkat Sarjan boleh dipohon oleh mereka yang sudah mempunyai diploma dan berumut 18 ke 28 tahun. Sarjan selalunya akan menghabiskan masa duduk di ofis untuk membuat kertas-kertas kerja dan urusan sumber manusia.
Namun, mereka juga perlu turun ke lapangan untuk mengawasi dan membantu program polis masyarakat (seperti Rakan Cop / Rukun Tetangga), operasi lapangan umum,operasi serta mencari dan menyelamat.
Ketika melakukan aktiviti ini, elemen kepimpinan mereka amat diperlukan di mana mereka perlu menjaga disiplin, menilai junior, mengawasi latihan, dan menjaga tahap prestasi skuad di samping mempunyai pengetahuan dalam bidang undang-undang.
Mereka juga akan diberi tugasan yang berkaitan kerja-kerja pendakwaan yang juga bermaksud lebih banyak kertas kerja.
Pegawai kanan dan tembaga tertinggi: Inspektor dan ke atas
Untuk memohon ke tahap ini, mesti mempunyai ijazah sarjana muda ataupun lebih lagi untuk pengambilan terus. Pegawai polis pada pangkat ini adalah kepala kepada badan PDRM kerana mereka selalunya lebih berpendidikan dan cerdas berbanding pangkat bawah.
Pegawai PDRM pada pangkat ini juga dikenali sebagai pegawai kanan dan mereka lah yang biasa anda lihat memberikan wawancara, membuat pengumuman awam, bercakap di rancangan TV atau memperlihatkan dadah yang dirampas dalam sidang media.
Selain itu, mereka juga yang merangcang strategi untuk membanteras jenayah terancang, memperuntukkan sumber daya, dan membuat keputusan besar lain mengenai kegiatan jenayah. Di samping itu, mereka mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa untuk menyelaraskan dan / atau membantu dalam operasi luar negara.
Baik di dalam negeri atau di luar negeri, sebagai pemimpin operasi, mereka juga perlu melakukan banyak kertas kerja kerana mereka juga ditugaskan dalam hal penyiasatan ke atas jenayah, memimpin pasukan petugas dan melakukan serbuan dan pencarian.
Akhir sekali,
Kita sebagai rakyat hendaklah sentiasa hormat kepada pegawai PDRM tanpa mengira pangkat polis yang mereka ada kerana merekalah yang selama ini bertungkus-lumus menjaga kententeraman awam agar kita boleh hidup dengan aman.
Sumber:
https://www.devex.com/organizations/royal-malaysia-police-rmp-143638
https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/pangkat
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807254/23-pegawai-kanan-pdrm-tukar-jawatan