Now Reading
Pantai Ipoh, Perak Yang Menjadi Tarikan Para Pelancong

Pantai Ipoh, Perak Yang Menjadi Tarikan Para Pelancong

pantai ipoh

Kalau bercuti rata-ratanya mesti mencari pantai. Kalau bercuti di Ipoh, kawasan pantai Ipoh yang mana yang menarik ya? Ipoh adalah ibu negara bagi negeri Perak yang mempunyai penduduk lebih kurang 2 juta orang.

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang. Jika anda hendak tahu, negeri Perak ini diliputi dengan hutan seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau. Jadi tidak hairanlah jika negeri ini kaya dengan pantai-pantai indah yang menajdi tarikan orang ramai termasuk para pelancong.

Teluk Batik, Perak

Teluk Batik adalah salah satu pantai Ipoh yang paling terkenal di negeri Perak. Ia terletak sekitar 7 km dari Bandar Lumut dan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam perjalanan dari Bandaraya Ipoh untuk sampai ke pantai.

Hamparan pantai berpasir yang bersih adalah tempat yang seronok untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berkelah, melihat matahari terbenam, dan aktiviti laut seperti berenang, berkanu, berperahu, dan lain-lain.

Pantai ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana selain pantainya yang indah, ia juga dan mudah diakses dengan kereta dan dilengkapi dengan kemudahan tempat meletak kenderaan berhampiran kawasan pantai. Jika anda mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga dan orang tersayang pada hujung minggu, anda bolehlah meluangkan masa anda di pantai ini.

Pantai Teluk Senangin 

Pantai Teluk Senangin merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk percutian di tepi pantai. Pantai ini sentiasa menjadi lokasi pilihan oleh penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi kerana pemandangannya yang cantik dan rasa sejuk angin bayu dari laut.

Menariknya lagi, pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh di tenagh laut dari pantai sahaja. Keindahan pantai ini diserlahkan lagi dengan deretan pokok-pokok rhu di tepi pantai yang menjadi tempat teduhan pengunjung. Jika anda mencari tempat percutian bajet di tepi pantai, Pantai Teluk ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Di teluk ini menyediakan penginapan kepada pengunjung yang ingin menginap di resort, chalet, dan homestay. Tambahan pula, banyak aktiviti percutian yang boleh dilakukan di teluk ini antaranya ialah aktiviti memancing, banana boat, sukan pantai, dan banyak lagi.

Pantai Teluk Rubiah

Pantai Teluk Rubiah terletak 5 minit dari bandar Sri Manjung atau 30 minit perjalanan dari bandar Lumut. Pantai ini merupakan sebuah pantai peribadi di mana Teluk Rubiah Beach dan Golf Resort berada. Apabila anda menuju ke pantai ini, pasti anda akan menikmati keindahan alam semula jadi di sekeliling kerana ia berada di tempat peranginan terpencil.

Kemudahan resort di teluk ini menyediakan 16 chalet dengan 55 bilik yang dibina di atas kayu halus dengan gaya rumah tradisional Melayu. Selain itu, jika anda seorang yang suka berenang, cubalah berenang di laut teluk ini yang diteduhi oleh banyak pokok-pokok di sepanjang pantai.

Bukan itu sahaja, aktiviti jungle tracking juga boleh dilakukan di teluk ini sambil melihat haiwan seperti burung dan monyet. Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Pantai Teluk Rubiah ini.

Pantai Pasir Panjang

Pantai Pasir Panjang di Segari adalah sebuah pantai yang terpanjang di Manjung. Pantai berpasir putih  yang terbentang luas ini mempunyai keluasan kira-kira 8 km. Pantai ini menjadi tempat bersarang bagi Penyu Hijau yang datang dari ribuan jarak kerana pantai ini terpelihara dan tidak diganggu oleh sebarang aktiviti manusia.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah penyu yang datang ke pantai ini semakin menurun dan anda dikira bernasib baik jika dapat melihat ada penyu yang datang ke sini. Oleh kerana jumlahnya menurun, pihak Perikanan Malaysia telah mendirikan Pusat Penetasan Penyu Hijau pada tahun 1990.

Telur-telur penyu ini akan menetas dalam lingkungan yang terkawal dan terhindar daripada pemangsa kemudian dilepaskan ke laut setelah 5 bulan. Selain itu, pantai ini juga akan didatangi oleh penduduk tempatan untuk memancing terutama pada hujung minggu.

Aktiviti berenang juga boleh dilakukan namun tidak begitu digalakkan kerana dasar laut di pantai ini tidak beransur-ansur seperti Pantai Teluk Batik, jadi anda harus sentiasa berhati-hati. Akhir sekali, keistimewaan lain pantai ini adalah ia digunakan untuk melihat bulan dalam menentukan bulan puasa Ramadan dan Hari Raya Puasa bagi umat Islam.

Pantai Pasir Bogak

Pantai yang indah dengan pasir yang putih, bersih dan berlatar belakangkan hutan hujan yang menghijau ini dikenali sebagai Pantai Pasir Bogak dan terletak berhampiran Selat Melaka. Keindahan pulau ini berjaya menjadikan ia sebagai salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancong di Manjung.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di pantai ini terutama sukan air seperti banana boat, berkayak, snorkling, mable, jetski, bola pantai, dan banyak lagi aktiviti menarik. Selain sukan air, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rekreasi di tepi pantai bersama keluarga seperti berkhelah, berkhemah, BBQ, dan memancing.

Oleh kerana pantai ini sering dikunjungi oleh para pelancong tidak kira pelancong asing mahupun pelancong tempatan, maka banyak hotel dan resort yang boleh dijadikan sebagai tempat penginapan oleh pengunjung di pantai ini.

Antara resort yang terdapat di pantai ini adalah Coral Bay Resort, Puteri Bayu Beach Resort, Kejora Garden Resort, Sandy Beach Resort, Seaview Resort, Ceria Bogak Beach Camp, dan Uptown Beach Resort. Sangat menarik bukan? Jadi pastikan anda mengunjungi pantai ini pada hari bercuti anda!

Demikianlah beberapa pantai di Ipoh yang indah sehingga mampu menjadi tarikan pelancongan di Malaysia ini. Sememangnya negeri ini kaya dengan pantai-pantai indah yang menyeronokkan untuk dikunjungi bersama keluarga dan orang tersayang. Jadi, pastikan anda meluangkan masa anda untuk berkunjung ke pantai-pantai ini ketika waktu bercuti.

Sumber:

https://www.malaysiavacationguide.com/perak.html

http://tourismmanjung.blogspot.com/2018/07/pantai-pasir-bogak.html

error: Content is protected !!