Now Reading
Pantai Minyak Beku Batu Pahat

Pantai Minyak Beku Batu Pahat

pantai minyak beku

Titik permulaan sejarah bagi Batu Pahat adalah di Pantai Minyak Beku ini yang mendapat nama sempena peristiwa memahat perigi untuk mendapatkan air tawar oleh tentera Siam pada zaman dulu.

Di atas batu yang keras mereka menggali sumur menggunakan pemahat, namun bukan air yang keluar dari sumur tersebut tetapi minyak tebal yang keluar dari tanah. Disebabkan itulah pantai ini dinamakan sebagai “Pantai Minyak Beku” dan “Bandar Batu Pahat”.

Untuk pengetahuan anda Batu Pahat  merupakan sebuah daerah yang terletak di Johor. Daerah ini berada pada kedudukan tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Batu Pahat merupakan salah satu daerah daripada sepuluh daerah di Johor.

Jauhnya dari Kuala Lumpur, adalah 239 kilometer . Muar merupakan bandar yang terdekat dengan Batu Pahat, 50 kilometer ke utaranya. Manakala Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru pula berada lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Terdapat kisah lain yang menarik mengenai pantai ini. Pantai ini dipercayai boleh memberikan semangat sumur kepada sesiapa yang datang untuk meminjamkan beberapa peralatan memasak seperti periuk, kuali dan piring jika anda ingin mengadakan kenduri perkhawinan.

Namun, semangat perigi tersebut tidak lagi baik kepada penduduk tempatan kerana sebilangan orang yang meminjamnya tidak pernah mengembalikan perkakas itu semula atau ada pula yang mengembalikan perkakas dalam keadaan yang rosak dan hancur. 

Di tepi Pantai Minyak Beku ini adalah tempat perigi berkenaan berada secara tidak langsung menjadi salah satu tarikan pelancongan. Jika anda hendak tahu, Pantai Minyak Beku ini juga menciptakan sejarah kerana menjadi perkampungan yang pertama di daerah Batu Pahat.

Selain mengetahui sejarah mengenai Pantai Minyak Beku ini, terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di pantai ini.

Pantai ini merupakan sebuah pantai berbatu yang terletak berhampiran dengan perkampungan nelayan. Pada hujung minggu, pantai ini akan dikunjungi oleh ramai orang untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti memancing dan berkhelah pada waktu siang dan membuat aktiviti BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu malam. Pantai ini sememangnya bukan pantai yang bertaraf tinggi, namun cukup baik bagi penduduk di Batu Pahat untuk meluangkan masa bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di tepi pantai.

Kawasan di pantai ini agak luas, jadi anda tidak perlu risau tentang meletakkan kenderaan anda. Pemandangan di pantai ini diserikan lagi dengan batu-batuan yang besar tidak pasti sama ada batu-batuan ini sengaja ditambak ataupun semula jadi, yang pasti ianya menambahkan seri di pantai ini.

Di pantai ini anda boleh menyasikan panorama di tepi pantai dan mengambil gambar bersama orang tersayang. Pemandangan matahari terbenam adalah perkara yang ditunggu-ditunggu untuk dilihat di pantai ini setiap waktu senja.

Tidaklah seperti pantai dan laut yang lain tetapi masih tetap mendamaikan bagi sesiapa yang rindukan suasana tepi pantai. Udara ditepi pantai tetap berbeza dan mampu memberikan rasa tenang dalam jiwa dan fikiran. Dapat peluang meluangkan masa dengan anak pula merupakan bonus.

Kalau anda ke Batu Pahat, bolehlah menyinggah ke Pantai Minyak Beku ini mengenali tempat bersejarah. Sedikit sebanyak mampu juga memberi kelegaan kepada sesiapa yang dari perjalanan yang jauh. Tak begitu? Semoga bermanfaat!

Sumber:

https://fikrinordin.com/pantai-minyak-beku-batu-pahat/

https://www.penang-traveltips.com/malaysia/johor/batu-pahat/pantai-minyak-beku.htm

https://en.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahat_District

error: Content is protected !!