Now Reading
Pantai Senok: Pulau Nami Malaysia!

Pantai Senok: Pulau Nami Malaysia!

pantai senok

Berbeza dengan pantai-pantai yang lain, Pantai Senok mempunyai tarikannya yang tersendiri. Hal ini terbukti dengan kehadiran pengunjung di setiap pelusuk negeri tidak mengira masa dengan tujuan yang berbeza. Keindahan pokok Rhu yang tersusun tumbuh di persisiran pantai membuatkan ramai yang menjadikan pantai senok sebagai tempat terbaik untuk sesi fotografi.

Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan tiba-tiba menjadi begitu popular setelah ia viral di media sosial. Malah, pantai ini turut digelar sebagai Pulau Nami Malaysia. Pemandangan di Pantai Senok dikatakan seolah-olah sama seperti Pulau Nami yang terletak di Korea Selatan. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru.

Pengunjung ke Pantai Senok, Bachok atau kini lebih dikenali Pulau Nami mengambil nama satu tempat pelancongan terkenal di Korea Selatan, perlu melalui satu kampung yang dikenali Kampung Wakaf Aik. Pengunjung perlu memastikan simpang di Kampung Wakaf Aik sebelum membelok dan meneruskan perjalanan ke Pantai Senok. Satu tanda mengenali simpang Kampung Wakaf Aik ialah terdapatnya sebuah wakaf di simpang itu.

Sejarah asal nama Kampung Wakaf Aik

Kewujudan wakaf di simpang itu mempunyai kaitan dengan nama Kampung Wakaf Aik. Mengikut sejarah, terdapat seorang penduduk kampung bernama Chan Aik. Aik menjalankan perniagaan membeli kelapa penduduk kampung dan kemudian diproses menjadi minyak masak. Minyak masak itu dieksport ke luar Kelantan, termasuk ke Singapura.

Hubungan Aik dengan penduduk kampung amat mesra. Lalu, untuk kemudahan penduduk kampung, dia membina sebuah wakaf dan telaga di situ. Wakaf menjadi tumpuan penduduk kampung untuk berehat dan setengahnya sebagai tempat sembahyang oleh musafir yang melalui kawasan itu.

Kewujudan wakaf itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung dan memandangkan tempat itu masih belum mempunyai nama, maka ia kemudiannya dikenali sebagai Kampung Wakaf Aik dan terus kekal sehingga sekarang.

Wakaf itu dibina menggunakan jenis kayu keras dan beratapkan bata. Sehingga sekarang, wakaf itu masih dalam keadaan baik dalam bentuk asal, kecuali bahagian atapnya telah ditukar kepada asbestos. Ia masih digunakan untuk orang ramai bertemu dan berehat. Kadang kala ia digunakan oleh peniaga buah-buahan dan barangan lain untuk berniaga.

Bicara Mentari: SEJARAH ASAL NAMA KAMPUNG WAKAF AIK

Bila Masa yang Sesuai Untuk ke Pantai Senok di Kelantan

Secara amnya, masa yang mungkin terbaik serta paling ramai pelawat mari ke sini adalah mungkin dari bulan April Hingga September kerana pada masa ini ianya cuaca yang mungkin sentiasa baik dan tidak hujan. Pada masa ini juga, mungkin kebanyakkan pelancong asing sangat suka ke sini kerana mereka dapat merasai suasana panas di tepi pantai dengan seronoknya. Pada musim ini, mungkin banyak perkara dapat dilakukan di Pantai Senok di Kelantan ini.

Masa yang mungkin paling tidak sesuai untuk ke Pantai Senok di Kelantan ialah pada musim hujan atau ketika cuaca tidak menentu iaitu pada bulan November hingga Februari. Oleh sebab itu, pastikan perancangan percutian anda untuk ke sini dibuat dengan tepat jika tidak mahu kecewa di kemudian hari.

Pantai Senok (Nami Island Malaysia), Bachok Kelantan - YouTube

Barangan dan Pakaian yang Sesuai Jika Berkelah ke Pantai Senok di Kelantan

Mungkin ianya nampak mudah tetapi percayalah yang ianya mungkin menjadi isu! Bergembiralah dan ikuti sahaja senarai barangan dan pakaian ini jika anda ke Pantai Senok di Kelantan nanti.

Senarai Pakaian & Barangan Jika Pergi Melancong ke Pantai Senok di Kelantan

  • Pakaian Mandi yang tutup aurat.
  • Sun Glasses
  • Pakaian santai yang serap peluh.
  • Selipar atau sandal (Pakai kasut tumit tinggi dan pasti anda menyesal)
  • Stoking dan Kasut Sukan
  • Air untuk bilas badan
  • Barangan snorkelling
  • Pelampung
  • Tikar
  • Makanan
  • Pinggan dan gelas polisterin
  • Minuman
  • BBQ set, pemetik api & arang
  • Kain pelikat & tuala
  • Khemah
Pantai Senok, Bachok Kelantan - YouTube

Rumah Api Pantai Senok

Bagi yang ingin mencari tempat menarik di sekitar pantai Kota Bharu yang cantik untuk lepak petang & bersantai, salah satu destinasi yang ideal adalah berdekatan dengan Rumah Api Senok. Kawasan sekeliling dengan landskap pokok rhu yang tumbuh meninggi & sangat redup pasti menjanjikan satu situasi yang menarik untuk anda merakam gambar & selfie. Sering menjadi lokasi wedding photoshoot orang setempat kerana kawasannya yang mempunyai landskap tepi pantainya yang agak berteluk & berbatu selain menampakkan rumah api serta laut biru terbentang luas yang indah.

Rumah Api Pantai Senok

Bergambar Di Pantai Senok

Digelar sebagai Pulau Nami Kelantan, lokasi ini mempunyai susunan pokok yang memberi gambaran seolah-olah korang berada di Korea tau. Malah orang Korea sendiri keliru apabila melihat gambar yang diambil di Pantai Senok ni. Terdapat beberapa gerai makanan dan minuman untuk pelancong datang dan rehatkan diri sambil menikmati pemandangan indah.

Arwaa Homestay Beachview (Bachok), Kota Bharu | 2021 Updated Prices, Deals

Tak ubah seperti keindahan lanskap di Kepulauan Nami, Korea seperti yang dipaparkan dalam filem terkenal Winter Sonata di mana pokok-pokok tumbuh dengan tinggi dan tersusun, Pantai Senok yang terletak di Kelantan ini diberi gelaran sebagai Pantai Nami Bachok.

Pantai indah ini menawarkan pemandangan unik yang dapat membuatkan anda berasa seolah-olah berada di dalam dunia lain. Pokok-pokok ru yang tersusun indah, ditemani pula dengan angin yang sentiasa bertiupan dari kawasan pantai, ketenteraman yang dapat dinikmati di sini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tak rugi sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat Pantai Nami Bachok atau Pantai Senok semasa bercuti di Kota Bharu nanti.

Sumber:

https://rileklah.com/tarikan/pulau-nami-malaysia-terus-diperindah-dengan-tambahan-pokok-rhu

https://www.tempatmenarik.my/pantai-senok-di-kelantan/

https://www.belangtarung.com/2018/06/pantai-senok-kelantan-dari-port.html

error: Content is protected !!