Now Reading
Pantai Sepat: Tarikan dan Aktiviti Yang Menarik!

Pantai Sepat: Tarikan dan Aktiviti Yang Menarik!

Pantai Sepat

Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat adalah perkampungan nelayan khas Melayu yang terletak kira-kira 14 km dari Kuantan. Nak pergi kesini anda perlu melalui Tanjung Lumpur.

Selain sesuai dijadikan sebagai tempat berkelah, terdapat juga tarikan pada waktu malam kerana terdapat restoran ikan bakar. Rumah-rumah tradisional Melayu yang diperbuat daripada kayu juga adalah salah satu tarikan bagi para pengunjung dengan menawarkan pemandangan sawah padi yang luas terbentang.

Selain itu, anda juga akan memperlihatkan haiwan seperti lembu, biri-biri dan kambing kerana kebanyakan penduduk tempatan disini masih aktif menjalankan aktiviti penternakan sebagai sumber pendapatan mereka. Pantai ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana tempatnya tenang dan nyaman. Jauh lebih luas dari Teluk Cempedak.

Perkara pertama yang anda tertarik dan perasan ketika singgah disini adalah pokok-pokoknya condong ke arah darat. Kemungkinan besar kerana faktor arah angin yang kuat dan berterusan. Tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah aktiviti dan tarikan yang menarik anda boleh dapati disini.

Tarikan dan Aktiviti Menarik di Pantai Sepat

1. Aktiviti Memancing

Pantai Sepat sememangnya pantai yang terkenal sebagai aktiviti perikanan oleh para nelayan di sini. Apabila anda sampai di Kampung Tanjung Sepat, anda akan mendapati tempat ini tenang dan menarik, betul-betul sebuah perkampungan nelayan khas Melayu.

Rumah-rumah itu berada jauh di antara satu sama lain, hanya dipisahkan oleh pokok kelapa dan kayu. Manakala, anda akan dapat melihat bot-bot nelayan jauh di laut dan beberapa bot-bot yang lain diikat di pesisiran pantai.

2. Berkebun

Aktiviti ini buat kali pertama diperkenalkan yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertujuan menghijaukan kawasan kampung selain dapat menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk.

Selain itu, aktiviti penanaman pokok di pesisir pantai di negeri ini juga bagi mengawal kejadian hakisan selain angin kencang yang boleh menyebabkan kerosakan rumah serta harta benda penduduk setempat.

Program yang bermula selepas kejadian tsunami itu turut menjadi tarikan dalam pelancongan seperti tanaman pokok ru di Pantai Sepat, di sini kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar Pahang untuk berkelah.

Setakat ini, seluas 2,605 hektar kawasan pesisiran pantai negara sudah ditanam dengan 6.3 juta spesies pokok bakau dan beberapa jenis lain sejak 2015.

3. Memanjat Pokok Kelapa

Adakah anda suka melakukan aktiviti lasak? Anda boleh cuba memanjat pokok kelapa ketika berada di sini dengan pemantauan pihak pengurusan pantai. Ini kerana, minuman air kelapa sangat popular di Pantai Sepat. Kadang-kadang menggunakan khidmat monyet sahaja tidak cukup sebab monyet biasanya mencampakkan sahaja kelapa tersebut dari ketinggian 10 meter.

Oleh itu, sekiranya anda sukarela untuk menjadi pemetik buah kelapa seketika disini, bolehlah singgah di Pantai Sepat.

4. Bermain layang-layang

DCIM\100MEDIA

Jika anda berkelapangan pada hujung minggu dan tidak mempunyai perancangan tertentu, eloklah berkunjung ke Pantai Sepat. Anda boleh mebawa anak-anak untuk menikmati angin laut yang bertiup kencang sambil megambil peluang untuk mengajar mereka bermain layang-layang. Oleh kerana angin yang kuat memang sesuai untuk menerbangkan layang-layang supaya terbang lebih tinggi. Tidak perlu bersusah payah pun untuk menaikkan layang-layang di pantai.

5. Menghasilkan corak batik sendiri

Anda juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mewarnai dan mencanting batik di sini. Kalau anda bersama anak-anak atau membawa rombongan sekolah, terdapat juga pakej yang menarik dan sesuai untuk mereka belajar & merasai sendiri pengalaman mewarna batik.

Untuk menghasilkan batik DIY anda sendiri, anda perlu datang awal ke sini waktu pagi kerana proses pengeringan memakan masa yang agak lama.

6. Menunggang Kuda

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Sepat adalah menunggang kuda sambil melihat keindahan alam dsini. Jangan terlepas peluang untuk berehat sebentar dan mengabdikan kenangan nada dengan mengambil gambar sebagai tanda anda pernah sampai ke Pantai Sepat.

7. Melihat Matahari Terbenam

Ini adalah saat yang paling bermakna buat jurugambar atau anda yang sukakan fenonema matahari terbenam. Ketika anda berada di Pantai Sepat, anda akan dapat melihat lebih dekat dan jelas apabila senja sudah pun berlabuh. Mungkin ada dalam kalangan anda yang gemar mandi dan berkelah di tepi pantai pada waktu belah petang kerana cuacanya lebih redup dan tidak ramai orang yang datang waktu ini.

Apa-apa pun, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar sebelum dan selepas berada di Pantai Sepat. Pastikan anda semak semula persekitaran disekeliling anda supaya ia bersih dan teratur. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga pantai tanah air sendiri, kan?

Memandangkan anda sudah mengetahui aktiviti dan tarikan yang menarik yang anda boleh lakukan di Pantai Sepat, sekarang adalah giliran anda untuk menyusun atur aktiviti dan masa serta tempat penginapan sepanjang berada di sini.

Sumber:

https://googleasia.org/pantai-sepat-beach-in-kuantan-pahang-malaysia/

https://homestaypantaisepat.com/events/

https://www.pahangtourism.org.my/index.php/accomondation/resorts/taman-negara/item/349-pantai-sepat-2

https://lensamatahati.wordpress.com/2011/04/26/art-pantai-sepat-kuantan/

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Sepat,_Pahang

error: Content is protected !!