Now Reading
Pantun Hari Jadi Dan Koleksi Ucapan Selamat Hari Jadi

Pantun Hari Jadi Dan Koleksi Ucapan Selamat Hari Jadi

pantun hari jadi

Pada setiap hari pasti ada dalam kalangan saudara, teman dan rakan-rakan kita yang menyambut hari lahir. Ramai dalam kalangan kita mengambil kesempatan mengucapkan pantun hari jadi atau ucapan selamat hari lahir sebagai tanda ingatan buat mereka. 

Penggunaan media elektronik seperti Whatapps, Telegram, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya memudahkan kita untuk sampai ucapan hari lahir.

Disebabkan pantun hari jadi menjadi sangat popular ketika sambutan hari jadi sebagai ucapan ringkas penuh bermakna, maka kami akan kongsikan beberapa pantun hari jadi dan juga koleksi ucapan selamat hari jadi untuk anda gunakan buat keluarga atau sahabat handai anda.

Semoga pantun dan ucapan selamat hari lahir ini dapat memberi idea bagi ucapan anda buat insan tersayang. Jadi, mari kita lihat pantun dan ucapan di bawah.

CONTOH UCAPAN HARI LAHIR UMUM

1. Sanah Helwah

Barakallah fi umrik. 
“Semoga Allah memberkati usiamu” 

2. Selamat Hari Lahir

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan.

Aamiin Ya Rabbal’alamiin


3. Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. 

Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu. 

CONTOH UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ANAK

1.Selamat Hari Lahir Anakku

Tiada ungkapan ayat yang istimewa melainkan ucapan dan doa ringkas yang mampu Ibu ucapkan melainkan SELAMAT HARI LAHIR buat kamu.

Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah serta menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

2. Selamat Hari Lahir Anakku Sayang

Ya Allah panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, perelokkan akhlaknya, permudahkan urusannya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, murahkanlah rezekinya, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.

Ya Allah, bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintaiku dan keluargaku. 

Ya Rahman, Ya Rahim. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.

Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin

CONTOH UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR UNTUK IBU

1. Happy Birthday Ibu

Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. 
Terima Kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan saya selama ini. 
Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan pengorbanan ibu. 

Saya sayang Ibu!

2. Selamat Hari Lahir Mak

Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. 

Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. 

Moga Allah ganjarkan syurga buat Mak. 

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.” 

Kerana dia aku hidup di dunia ini,

Kerana dia aku membesar menjadi manusia,

Kerana dia aku sihat tubuh badan, Kerana dia aku cukup ilmu pelajaran,

Kerana dia aku rasa hidup disayangi & dihargai, 

Kerana dia adalah syurga aku buat selamanya. 

Selamat Hari Lahir Mak Sayang.

CONTOH UCAPAN HARI LAHIR BUAT AYAH

1. Selamat Hari Lahir Ayah

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tidak terhitung banyaknya dan tidak mampu dibalas di dunia. 

Ayah, hero terbaik untuk semua.

Ayah! Tak kira di mana berada, 

Dia sentiasa pahlawanku yang telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. 

Ayah selalu sembunyikan penat lelahnya, kesakitannya, kesusahannya dan deritanya demi membuatkan aku gembira. 

Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa ayah pada ulang tahun kelahiran ayah pada hari ini. 

Selamat Hari Lahir Ayah. 

2. Happy Birthday Abah

Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. 

TERIMA KASIH ATAS SEGALA DIDIKANMU DALAM MEMBESARKAN KAMI. 

Saya Sayang Abah. 

6 CONTOH PANTUN HARI JADI UNTUK SAHABAT DAN INSAN TERSAYANG

  • Sungguh cantik burung kenyalang 
    Terbang hinggap di ranting mati, 
    Happy Birthday buatmu sayang, 
    Moga hidup sentiasa dirahmati. 
  • Usia kita bertambah lagi, 
    Itu tanda umur meningkat, 
    Panjang umur murah rezeki, 
    Ceria selalu mendapat rahmat. 
  • Kalau pergi mencari sumur, 
    Dapatlah kita menumpang mandi, 
    Moga awak dipanjangkan umur, 
    Agar hidup sentiasa diberkati. 
  • Burung kedidi berkaki panjang, 
    Singgah makan di tepi sawah, 
    Ku doakanmu umur yang panjang, 
    Dengan ucapan Sanah Helwah. 
  • Mentari terbenam di ufuk barat, 
    Tanda malam sudah dekat, 
    Selamat Hari lahir buat sahabat, 
    Moga  dilindungi dunia akhirat. 
  • Indah pagi kerana mentari, 
    Terang malam cahaya rembulan, 
    Happy Birthday encik suami, 
    Moga bahagia kita berkekalan. 

Setiap hari jadi pasti akan lebih bermakna dengan ucapan dan pantun yang disediakan diatas. Bolehlah anda gunakan sebagai rujukan dan contoh untuk beri pantun dan ucapan buat keluarga dan sahabat tersayang anda selepas ini.

Kami harapkan semoga perkongsian pantun hari jadi ini memberi manfaat buat anda semua yang membaca artikel ini.

Sumber:

http://pantunmelayu.com/pantun-ucapan-selamat-hari-jadi

https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-selamat-hari-lahir/

http://hotcebisan.blogspot.com/2014/09/pantun-ucapan-selamat-hari-lahir.html

error: Content is protected !!