Now Reading
Paramount Coffee House: Apa yang Istimewanya Di Sini?

Paramount Coffee House: Apa yang Istimewanya Di Sini?

paramount coffee house

Paramount Coffee House tidak asing lagi buat mereka di Bangi, Shah Alam dan juga Putrajaya. Kafe yang berkonsepkan makanan western.

Kafe ini semakin dikenali hari demi hari dan sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga warga emas. Anda boleh bawa keluarga dan rakan-rakan kerana kafe ini terbaik untuk keduanya.

PEMILIK PARAMOUNT COFFEE HOUSE

Rupanya, Paramount Coffee House dimiliki oleh Ustaz Ebit Lew. Ejaan yang betul untuk nama pemilik kafe ini adalah Ebit Lew bukannya Liew. Beliau merupakan bukti bahawa orang Muslim juga boleh berjaya di dalam perniagaan, inshAllah bukan saja di dunia malah di akhirat.

Jangan pandang rendah terhadap individu yang memakai kopiah dan berjubah serta menyimpan janggut panjang sebagai seorang pemalas dan selekeh. Ebit Lew telah berjaya membuktikan bahawa kita sebagai Muslim juga boleh menjadi individu yang profesional.

Sangat susah buat pekerja-pekerja di Paramount Coffee House untuk bertemu dengan pemiliknya kerana sudah jelas beliau seorang yang sangat sibuk. Namun akan ada masa-masa beliau datang ke cawangan jika ada masa lapang, rezeki pekerja yang ada waktu itulah kiranya.

Nasi Goreng Paramount Kepak Ayam

Nasi yang digoreng sehingga naik bau dengan rempah-ratus untuk mendapatkan warna keperangan. Setiap suapan digandingkan dengan kepingan ayam di mana anda boleh pilih bahagian kegemaran anda (bukan selalu ya) dan digoreng agak kering.

Dengan keropok moni berwarna-warni dan hirisan sayuran sebagai hidangan sampingan untuk mengimbangkan rasa.

Oreo Vanilla Latte

Menu ini dihidangkan di dalam pinggan yang agak besar. Terdiri daripada wafel rangup yang berbentuk seperti bunga. Satu skop aiskrim vanila diletakkan di atas wafel bersama kepingan hancur oreo dan satu keping penuh oreo di atas wafel.

Latte Ais

Untuk melancarkan sistem badan anda lepas makan macam-macam, cuba lah latte ais ini. Disediakan di dalam gelas besar tinggi dan penuh dengan ais.

MENU LAIN

Set Promosi:

Nasi Lemak:

  • Nasi Lemak Spicy Dendeng
  • Nasi Lemak Red Chili Paste Squid
  • Nasi Lemak Red Chili Paste Chicken
  • Nasi Lemak Curry Chicken

Nasi Goreng:

  • Paramount Fried Rice
  • Cili Padi Fried Rice
  • Paramount Fried Rice Chicken Wing
  • Cili Padi Fried Rice Chicken Wing

Mee:

  • Chicken Curry Mee
  • Mee Soup with Chicken
  • Heritage Laksa Penang
  • Fried Noodles
  • Fried Kuey Teow
  • Cantonese Kuey Teow         

Pasta:

  • Bolognese
  • Carbonara
  • Aglio Olio

Western:

  • Chicken Maryland
  • Fish & Chips
  • Grilled Chicken Chop
  • Grilled Lamb Chop
  • Sirloin Steak
  • Mixed Platter
  • BBQ Chicken Wing

Waffles:

  • Classic Waffle with Honey
  • Rich Chocolate Banana Waffle
  • Oreo Vanilla Waffle
  • Peanut Butter Waffle
  • Mixed Fruit Waffle
  • Triple Chocolate Waffle

Kopi:

  • Espresso
  • Double Espresso
  • Americano
  • Cappuccino
  • Café Latte
  • Café Mocha
  • Caramel Macchiato
  • Caramelized Apple Coffee

Frappe:

  • Espresso Frappe
  • Caramelized Coffee Frappe
  • Chocolate Frappe
  • Green Tea Frappe
  • Mocha Frappe
  • Cappuccino Frappe
  • Caramel Frappe

Smoothie:

  • Strawberry Yogurt Smoothie
  • Blueberry Yogurt Smoothie
  • Berry-berry Yogurt Smoothie
  • Peach Yogurt Smoothie

Teh:

  • Iced Passion Peach Tea
  • Iced Green Apple Peach Tea
  • Iced Green Apple Lychee Tea
  • Iced Berry-berry Tea
  • Iced Passion Lychee Tea
  • Iced Passion Honey Lemon
  • Hot Passion Honey Lemon
  • English Breakfast Tea
  • Earl Grey Tea
  • Jasmine Tea
  • Chamomile Tea
  • Peppermint Tea
  • Cucumber Mojito Tea
  • Cucumber Peach Earl Grey
  • Cucumber Green Apple Tea
  • Cucumber Berry Tea

LOKASI CAWANGAN paramount coffee house

Bangi – 7-47-01 Seksyen 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Shah Alam – F-G-28, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor.

Putrajaya – L-G-01, Ground Floor, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3 IOI City Resort City, 62502 Putrajaya.

MEDIA SOSIAL

Facebook – Paramount Coffee House

Instagram – paramountcoffeehouse

HUBUNGI paramount coffee house

Admin Paramount Coffee House – +6018 944 7040

Grabfood Bangi

Grafood Putrajaya

Grabfood Shah Alam

Foodpanda Bangi

Foodpanda Putrajaya

Foodpanda Shah Alam

KRITIKAN MENYELURUH TENTANG MAKANAN

Dari perspektif masakan, rasa makanan di sini hanya pada tahap biasa. Tiada keunikan yang ketaraa di dalam makanan di sini. Walau bagaimanapun, masih diperasakan dengan baik dan ada kick di setiap hidangan.

KRITIKAN MENYELURUH TENTANG LATTE AIS

Untuk kopi pula, kafe ini boleh memperbaiki rasa kopinya. Ais yang terlalu banyak menyebabkan rasa kopi berkurangan dengan sangat banyak. Sebaiknya pesan kopi panas berbanding kopi berais.

WAFEL SEPERTI MENU UTAMA

Salah satu mercu tanda di Paramount adalah variasi pilihan bagi pencuci mulut. Buat pengunjung yang sukakan coklat dan wafel rangup, menu ini akan menambat hati anda.

Kepada mereka yang sukakan kafe hipster dan viral di samping perlukan gambar makanan yang cantik untuk dimuatnaik ke dalam media sosial, berkunjunglah ke salah satu cawangan Paramount Coffee House.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ebit Lew kerana telah berjaya membawa perniagaan Muslim ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga setiap perniagaan Muslim yang berjaya dibangunkan di Malaysia akan terus berkembang dan maju.

Sources:

http://www.interpretzz.com/2016/02/makan-makan-di-paramount-coffee-house.html

http://denai.my/jom-makan-di-paramount-coffee-house-bangi/

https://www.foodpanda.my/restaurant/n9qa/paramount-coffee-house-shah-alam-

https://www.belangtarung.com/2018/10/hidangan-ala-hipster-di-paramount.html

error: Content is protected !!