Pasta Seafood Jepun diperbuat daripada konjac, sejenis fiber yang datang dari pokok konjac dan terdiri daripada 97% dan 3% fiber tersebut.
Nikmati hidangan lazat ini dengan hanya lebih kurang 5g karbohidrat setiap hidangan. Ikuti langkah mudah seperti di bawah untuk menyediakan pasta seafood jepun seperti di restoran luar!
- Masa penyediaan – 5 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tahap – Mudah
- Saiz hidangan: 2 orang
Peralatan yang diperlukan:
- Periuk
- Kuali
Bahan-bahan Pasta Seafood Jepun:
- 200g mi spageti Konjac sebanyak 1 pek
- 450g campuran makanan laut seperti sotong, kekapis, ikan dan udang
- 1/4 bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar mentega bergaram
- 2 sudu besar air rebusan ayam atau cuka cider larut
- 30g krim padat
- 1 1/2 sudu besar mayonis
- 1 1/2 sudu kecil kicap soya
- 1/8 sudu kecil lada hitam
- 1 cawan stok ikan bilis
Cara penyediaan:
- Kumpulkan kesemua bahan. Biarkan campuran makanan laut menjadi suhu bilik jikalau telah dibekukan.
- Dalam periuk, masak air hingga ia mendidih. Selepas air mendidih, tapis cairan bungkus dari pasta Konjac dan masak hanya selama 2 minit (proses ini adalah untuk mengeluarkan cecair yang sudah ada daripada mi agar ia tidak menjadi lebih lembut).
- Setelah 2 minit berlalu, tapis mi dengan teliti. Ini adalah langkah yang sangat penting untuk memastikan anda mendapat sos dengan kepekatan yang baik.
- Potong dadu bawang besar dan ketepikan. Kemudian, cincang bawang putih dan ketepikan.
- Campurkan krim penuh, kicap dan mayo kewpie dalam mangkuk kecil. Gaul rata dan ketepikan.
- Panaskan kuali besar di atas api tinggi selama kira-kira 1 minit dan kemudian masukkan mentega dan bawang yang dipotong dadu.
- Masak sehingga bawang bertukar menjadi keperangan dan wangi (kira-kira 1 hingga 1 setengah minit).
- Seterusnya, masukkan makanan laut, bawang putih cincang, air rebusan ayam dan stok ikan bilis.
- Terus memasak sambil menggaulkan makanan laut sekali-sekala sehingga ia masak dan hampir tiada cecair yang tinggal di dalam kuali. Ini perlu dilakukan sekitar 6 hingga 9 minit.
- Kurangkan api hingga ke suhu rendah dan tuangkan sos campuran krim dan mayonis. Gaul rata dan masak selama lebih kurang 15 saat.
- Tuangkan campuran makanan laut di atas pasta Konjac
- Taburkan lada hitam dan nikmati pasta seafood Jepun anda.
Selamat mencuba!
EAGLE Stainless Steel 20cm Double Handle Pot Diamond Series
RM99.00
Diamond Series Double Handle Pot by Eagle akan terbukti dapat tahan dalam jangka masa yang lama. Eagle Diamond Series Double Handle Pot. Masak makanan dan masakan sihat anda untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan. Mempunyai pelbagai saiz yang dapat mengikut kesesuaian masakan anda. Best maska pasta seafood Jepun pakai ini! Senang digunakan dan juga mempunyai pemegang plastik ditepi bagi memudahkan anda mengangkatnya.
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.