Now Reading
Pegaga (Centella Asiatica)

Pegaga (Centella Asiatica)

pegaga

Pengenalan

Pegaga (Centella asiatica) adalah sejenis tumbuhan berdaun yang digunakan secara tradisional dalam masakan Asia. Ia mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.

Ia adalah tanaman perennial yang berasal dari paya tropika di Asia Tenggara. Ia merupakan salah satu sayuran berdaun hijau yang paling banyak digunakan.

Pengamal perubatan alternatif percaya bahawa pegaga mempunyai ciri antimikrobial, antidiabetes, anti-radang, antidepresan, dan boleh meningkatkan ingatan seseorang. Ia dijual secara meluas sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul, serbuk, pewarna dan formulasi topikal.

Kegunaan Pegaga

Kesan terbakar. Meletakkan pegaga pada kesan terbakar tahap kedua boleh mempercepatkan masa penyembuhan.

• Peredaran darah yang lemah yang boleh menyebabkan urat varikos dan keadaan lain (kekurangan vena). Mengambil daun pegaga mentah atau ekstrak pegaga (Centellase) secara oral selama 4-8 minggu mungkin dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pembengkakan pada individu dengan peredaran darah yang lemah di kaki.

• Pengerasan arteri (aterosklerosis). Individu yang mempunyai aterosklerosis mempunyai deposit lemak yang dipanggil plak di sepanjang lapisan pembuluh darah mereka. Terdapat beberapa bukti bahawa pengambilan pegaga selama 3 bulan hingga 4 tahun, dengan atau tanpa maritime pine, mungkin dapat membantu menstabilkan plak tersebut supaya ia kurang cenderung untuk pecah dan mencetuskan pembentukan bekuan. Di samping itu, keadaan ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.

• Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran berfikir (fungsi kognitif). Pengambilan pegaga bersama ginkgo dan dan asid docosahexaenoic (DHA) boleh memperbaiki fungsi mental di kalangan orang tua yang sihat.

Menghindari darah beku yang terbentuk di urat (thromboembolism vena atau VTE). Pegaga mungkin boleh mencegah darah bekusewaktu dalam perjalanan kapal terbang yang lama. Penyelidikan awal menemui bahawa pegaga boleh mengurangkan pengekalan cecair dan melancarkan peredaran darah kepada individu yang mengembara dalam kapal terbang selama 3 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang diperlukan bagi mengesahkan kesannya terhadap darah beku.

• Penyakit pembuluh darah kecil di kalangan pesakit kencing manis (microangiopathy diabetik). Mengambil pegaga selama 6-12 bulan mungkin membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair pada individu yang menghidap kencing manis dengan pembuluh darah kecil yang telah rosak

• Tisu parut lebihan (keloids). Terdapat beberapa bukti bahawa penggunaan ekstrak pegaga pada kulit mungkin membantu mengurangkan keloid. Kajian awal juga menunjukkan bahawa mengambil pegaga secara oral boleh mengurangkan penampilan keloid.

• Parut. Penyelidikan awal mendapati bahawa meletakkan krim pegaga tertentu ke atas kulit sebanyak dua kali sehari selama 6-8 minggu selepas penyingkiran jahitan dapat membantu mengurangkan parut.

• Penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit (schistosomiasis). Terdapat beberapa bukti bahawa pegaga yang disuntik oleh doktor mungkin boleh membantu luka pada pundi kencing yang disebabkan oleh jangkitan parasit yang dipanggil schistosomiasis.

Parut regangan (stretch mark). Meletakkan krim yang mengandungi pegaga dan bahan-bahan lain boleh membantu mengurangkan parut regangan semasa mengandung. Walau bagaimanapun, penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan pegaga seolah-olah menjadikan parut regangan lebih tebal dan lebih fleksibel apabila dibandingkan dengan menggunakan krim parut regangan.

• Penyembuhan luka. Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan pegaga pada kulit boleh membantu meningkatkan penyembuhan luka.

Selain itu ia juga digunakan dalam keadaan seperti:

• Kebimbangan.

• Selesema dan demam biasa.

• Cirit-birit.

• Keletihan.

• Hepatitis.

• Masalah pencernaan.

Demam kuning.

• Strok matahari.

• Tonsilitis.

Jangkitan saluran kencing (UTI).

Namun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan pegaga bagi keadaan-keadaan di atas.

Kesan Sampingan Pegaga

Pegaga biasanya boleh diterima dengan baik oleh semua kebanyakan individu. Tetapi dalam sesetengah kes, pengambilannya boleh menyebabkan sakit kepala, sakit perut dan pening. Mulakan dengan dos yang rendah dan naikkan dos secara beransur-ansur boleh membantu mengurangkan risiko kesan sampingan tersebut.

Anda hanya perlu mengambil pegaga selama dua hingga enam minggu pada suatu masa. Pastikan anda berehat dalam tempoh dua minggu sebelum menggunakannya semula.

Apabila digunakan secara topikal, pegaga berisiko untuk menyebabkan kerengsaan pada kulit. Anda harus melakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakan pegaga sepenuhnya. Herba tidak dipantau oleh FDA dan ia didapati mempunyai tahap logam berat yang bahaya oleh kerana ia tumbuh di tanah yang tercemar. Belilah produk pegaga daripada sumber yang boleh dipercayai.

Jangan gunakan pegaga sekiranya anda:

• Mengandung

• Menyusu

• Mempunyai hepatitis atau penyakit hati yang lain

• Akan menjalani pembedahan berjadual dalam tempoh dua minggu akan datang

• Berumur di bawah 18 tahun

• Mempunyai sejarah kanser kulit

Berundinglah dengan doktor anda sebelum menggunakannya jika anda:

• Mempunyai penyakit hati

• Menghidapi kencing manis

• Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

• Mengambil ubat seperti sedatif untuk tidur atau kebimbangan

• Mengambil diuretik

Interaksi Pegaga

– Interaksi Utama

Jangan ambil kombinasi ini!

• Ubat sedatif (depressants SSP) berinteraksi dengan Pegaga

Pengambilan dalam dos yang banyak mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan mudah terlelap. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Pengambilan pegaga dengan ubat sedatif boleh mengakibatkan mengantuk berlebihan. Beberapa ubat sedatif termasuklah clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

Ubat yang boleh merosakkan hati (ubat hepatotoksik) berinteraksi dengan Pegaga

Pegaga mungkin membahayakan hati anda. Pengambilan bersama ubat yang boleh menjejaskan hati meningkatkan risiko kerosakan hati. Ubat-ubatan yang boleh merosakkan hati termasuklah acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan), itraconazole (Sporanox), eritromisin (Erythrocin, Ilosone, ), simvastatin (Zocor), dan banyak lagi.

Dos Pegaga

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

DEWASA

SECARA ORAL:

• Digunakan untuk merawat peredaran darah yang lemah yang boleh menyebabkan urat varikos dan keadaan lain (kekurangan vena): 60-180 mg ekstrak pegaga setiap hari.

DISAPU PADA KULIT:

• Untuk kesan terbakar: Krim yang mengandungi 3% pegaga digunakan pada kesan terbakar setiap hari sehingga kesan terbakar sembuh. Pembalut kain kasa yang mengandungi 5% pegaga dan 2.5% lidah buaya, boleh dibalut pada kesan terbakar dan ditukar setiap 3 hari sehingga luka bakar sembuh.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-753/gotu-kola

https://www.healthline.com/health/gotu-kola-benefits#side-effects-and-risks

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-gotu-kola-89566

error: Content is protected !!