Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau lebih dikenali sebagai PeKa B40 mula diperkenalkan pada 15 April 2019. Tujuan skim ini diperkenalkan adalah sebagai satu lagi inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk membantu menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Apa yang anda perlu dilakukan?
Langkah pertama, penerima hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik swasta yang menyertai Klinik PeKa B40 untuk buat pemeriksaan kesihatan (Manfaat 1). Jika penerima disahkan menghidap penyakit dan perlu jalani pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital kerajaan, penerima akan layak mendapat 3 lagi manfaat seterusnya.
Jangan risau untuk hadir ke klinik swasta, anda tidak akan dikenakan bayaran kerana semuanya dibiayai kerajaan dengan dana RM100 juta. Tapi pastikan klinik berkenaan menyertai Klinik PeKa B40 ya. Sekiranya anda mempunyai ibu-bapa, saudara atau kenalan terdekat yang layak pastikan mereka mengambil peluang ini.
PeKa B40 adalah berbeza dengan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam. Berikut adalah faktor tertubuhnya PeKa B40
- 47.6% kumpulan B40 yang berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
- Terdapat 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental yang mencatatkan kadar lebih tinggi iaitu 32% bagi kumpulan B40 berbanding 28% bukan B40 .
- Peningkatan kes kanser semakin membimbangkan. Berdasarkan rekod kesihatan 60% pesakit dikesan pada peringkat lewat, yang mempengaruhi peratusan untuk sembuh rendah.
- Selain itu juga ramai pesakit yang bertindak untuk tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Hal ini menyebabkan peluang untuk sembuh berkurangan dan peningkatan dalam kos rawatan.
Seperti yang kita maklum susidi yang tinggi telah diberikan kerajaan bagi urusan rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun perlu kita tahu, sebahagian daripada kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit antaranya kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Sekiranya ia dihadapi oleh meraka yang tidak kemampuan ianya pasti menambahkan beban kewangan.
Sebenarnya terdapat ramai pesakit yang kurang berkemampuan, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan. Khususnya mereka yang di kawasan pedalaman, kerana mereka turut pelu mengeluarkan kos untuk membayar tambang pengangkutan misalnya.
Anda secara automatiknya layak untuk menerima manfaat program Skim Peduli Kesihatan ini sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup 2019 dan berumur 50 tahun ke atas. Untuk menerima skim ini tiada pendaftaran yang diperlukan.
Semakan boleh dibuat pada laman web: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan.
Langkah untuk menyemak kelayakan adalah sangat mudah. Setelah anda Berjaya melayari laman web peka B40, anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK.
Manfaat Skim Peduli Kesihatan B40
Terdapat empat manfaat program PeKa B40 iaitu:
- Manfaat 1: Saringan Kesihatan
- Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
- Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
Disini kami kongsikan proses bagi mendapatkan manfaat PeKa B40:
- Langkah 1: Semak kelayakan di sini.
- Langkah 2: Sekiranya anda layak, anda boleh pergi ke klinik PeKa B40 yang berdekatan. Anda boleh mengenali klinik tersebut melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad. Senarai klinik juga boleh didapati di sini https://bms.pekab40.com.my/provider.
- Langkah 3: Pada lawatan pertama di klinik terbabit anda akan menjalani pemeriksaan kesihatan.
- Langkah 4: Kemudian anda akan mengetahui keputusan makmal daripada doctor pada lawatan seterusnya. Anda juga dimaklumkan sekiranya perlu membuat tindakan susulan samada anda akan dirujuk ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Kami juga akan senaraikan empat manfaat PeKa B40 kepada anda:
Manfaat 1: Saringan Kesihatan
Untuk pengetahuan anda setiap penerima skim tersebut perlu menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar. Hal ini bagi mendapatkan ketiga-tiga manfaat lain yang disediakan kepada penerima.
Saringan kesihatan ini merangkumi:
Melalui saringan yang dijalankan pihak klinik akan merekodkan sejarah kesihatan dan faktor risiko penyakit individu yang hadir dan ahli keluarga. Saringan kesihatan mental juga turut akan diperiksa.
Pemeriksaan fizikal
Bagi penerima Wanita pemeriksaan klinikal payudara turut disediakan dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko.
Ujian darah dan ujian air kencing
Saringan kesihatan ini boleh dibuat secara PERCUMA namun penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan jika mereka bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta. Hanya saringan sahaja dibuat secara percuma.
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
PeKa B40 telah menyediakan bantuan sehingga RM20,000 melalui manfaat ini bagi pembelanjaan alat-alat perubatan seperti:
- Tent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis dan implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Bagi penghidap kanser, pesakit akan menerima bayaran RM1,000 bagi melengkapkan pelan rawatan di hospital KKM.
- Pembayaran akan dilakukan sebanyak dua kali dan bayaran dibayar secara terus ke akaun penerima.
- Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
- Menerusi manfaat yang ke empat ini penerima akan menerima bantuan
RM500 (Semenanjung)
RM1,000 (Sabah / Sarawak)
Bantuan ini diperkenalkan bagi meringankan beban membayar kos perjalanan bagi tujuan mendapatkan rawatan di hospital. Tambahan lagi, jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah merujuk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima mengikut pada kadar yang telah ditetapkan.
Kesihatan fizikal, mental dan dalaman kita tidak mampu diukur semata-mata dengan mata kasar. Pemeriksaan kesihatan adalah penting bagi memastikan kita kesihatan kita ditahap mana. Anggota badan kita adalah anugerah Allah yang di amanahkan sebagai nikmat kita di dunia.
Tiada alasan lagi untuk kita lakukan pemeriksaan gunakan manfaat yang disediakan dengan baik. Semoga bermanfaat!
Sumber: