Maxis telah melancarkan Pelan Family terbaru mereka dengan memberi data tanpa had kepada 4 pengguna telefon pintar bersama dengan internet di rumah.
Antara kelebihan pelan Family Maxis ini ialah
- Naikkan pengalaman Maxis anda dengan Nikmati data tanpa had untuk 4 talian mudah alih dan internet di rumah.
- Menambah baik WiFi rumah menjadi lebih pantas, lebih baik dan kuat dan kini seisi keluarga dapat merasakan kepantasan yang cepat di semua peranti seperti sebelumnya dengan internet di rumah yang sangat pantas.
- Menukar peranti lama dengan peranti terbaru di Zerolution pilih hingga 4 peranti dari pelbagai jenis telefon pintar, tablet dan jam pintar dengan kadar faedah 0%.
- Pelan ini umpama hanya RM 10 sahaja setiap hari untuk mendapatkan segala tawaran ini.
Pelan Family Maxis secara ringkas adalah seperti gambar di bawah
Secara ringkasnya, pelan family Maxis ini juga Dipanggil “Maxis Family Plan for 4” bermaksud pelan untuk empat peranti untuk mendapat data tanpa had dan juga anda boleh mengambil 4 peranti baru dengan menggunakan pelan zerolution. 30 Mbps kelajuan internet atau Home 4G WiFI secara asas dan boleh di tambah baik dengan beberapa pilihan berdasarkan bajet dan kemahuan anda.
Harga RM 299 sebulan itu adalah harga untuk paling asas dengan 4 data tanpa had, internet WiFi di rumah dan internet backup berbentuk USB sebagai backup jika terdapat masalah dengan internet di rumah. Perlu diingatkan semula harga tersebut juga adalah sebelum ditambah dengan sedikit cukai.
Antara pilihan yang anda boleh buat untuk menambah baik tawaran ini ialah seperti berikut
- Penambahan peranti dengan Zerolution sama ada untuk kegunaan rumah atau telefon pintar
- Tambahan peranti untuk anda peroleh dengan Zerolution dengan kadar bermula dengan RM1 setiap bulan. Dikuasakan oleh Rangkaian No. 1 Malaysia Untuk mudah alih dan gentian. Tiada bayaran muka, faedah dan kad kredit dan membuatkan untuk memiliki peranti lebih mudah.
Antara peranti untuk kegunaan rumah:
- 65” 4K UHD TV
- 50” 4K UHD TV
- SONY PlayStation 5 Edisi Digital
P.S: Tawaran ini adalah sementara stok masih ada.
Antara peranti untuk telefon pintar:
Terdapat banyak lagi telefon pintar untuk anda lihat, anda hanya perlu layari ke laman web rasmi mereka untuk melihat semua telefon pintar yang ditawarkan oleh mereka.
Sehingga 4 peranti terbaru dengan Zerolution khas untuk pelanggan pelan family
Anda berpeluang untuk tawaran mengambil telefon pintar baru dengan zerolution menggunakan pelan family ini dengan tawaran bermula serendah RM 19 sebulan.
Lihat gambar di bawah mengenai tawaran ini:
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar untuk anda pilih, pilih la mengikut kemampuan dan bajet anda. Jika mempunya bajet yang lebih, ambil la peranti seperti iPhone 12 Pro Max, jika kurang sedikit ambil lah iPhone SE di mana ianya masih mempunyai spesifikasi yang canggih cuma mungkin sedikit kekurangan dari segi kamera dan saiz telefon pintar itu. Anda juga boleh memilih jenama lain yang menggunkan sistem operasi Android seperti Samsung, Huawaei dan VIVO jika itu adalah pilihan anda.
Penambahan kelajuan WiFI gentian di rumah (WiFI Home Fiber)
Anda juga boleh menambah baik kelajuan asas yang diberi iaitu 30 Mbps kepada 100 Mbps, 300 Mbps, 500 Mbps atau 800 Mbps dengan penambahan bayaran bulan bermula dari RM 40, RM60, RM 130 dan RM 210. Bagi setiap penambah baik kelajuan, terdapat juga kelebihan lain yang anda akan dapat seperti TV canggih dengan harga yang sangat berbaloi.
Gambar di bawah menerangkan secara ringkas tawaran ini:
Pendaftaran Pelan Family Maxis
Untuk mendaftar pelan ini, anda hanya perlu mengisi maklumat anda di borang yang disediakan di laman web mereka dan mereka akan menghubungi anda secara langsung untuk pendaftaran yang telah anda lakukan.
Kesimpulannya, Pelan Family Maxis ini adalah satu tawaran yang menarik dan berbaloi untuk anda langgani jika anda mempunya kewangan yang stabil. Jika dibandingkan dengan pembelian semua peranti ini secara tunai memang jauh mahal berbanding dengan menggunakan tawaran yang diberi oleh Maxis. Semua ini bergantung dengan kemampuan masing-masing. Semoga bacaan ini memberi manfaat dan informasi yang berguna untuk anda.
Sumber: