Pelbagai Resepi Ayam Black Pepper: Air Fryer Goreng Bakar. Berikut adalah pelbagai resepi Ayam Black Pepper dengan kaedah ,mengunakan air fryer, goreng dan bakar .
RESEPI AYAM BLACK PEPPER CENDAWAN
Masa Penyediaan: 10 minit, Masa Memasak:15 minit, Jumlah Hidangan:4 orang
Bahan-Bahan:
- 300 gram ayam, dipotong kecil
- 5 biji cendawan butang segar, dipotong empat
- 4 batang celery, dipotong serong
- 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
- 1 inci halia, dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar, dipotong empat
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil kicap manis
- 3 sudu besar minyak masak
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama garam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam tadi dengan api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, dan masukkan serbuk lada hitam.
- Masukkan ayam dan kacau seketika. Kemudian masukkan cendawan, celery, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
- masukkan sedikit air dalam anggaran setengah cawan dan kemudian masukkan sedikit air tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukupnya.
*Tips: Jangan masak terlalu lama kerana sayur celery dan cendawan akan menjadi lembik.
RESEPI AYAM BLACK PEPPER PANGGANG
Bahan bahan:
- 1/2 ekor ayam – potong kepada dua bahagian
- 2 biji ubi kentang – dibelah dua
- 1 batang karot
- 2 inci halia
- 6 ulas bawang putih
- 4 sudu besar sos tiram
- Sedikit madu
- 2 sudu besar serebuk perasa
- Sedikit Lada hitam – tumbuk kasar
- Sedikit minyak zaitun – untuk direnjis
Cara Memasak:
- Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Masukkan 1 sudu besar serebuk perasa dan gaul pada ayam.
- Tuangkan sos tiram dan gaul rata. Kemudian, masukkan madu, dan gaul rata pada semua bahagian ayam termasuk dicelah-celah bawah kulit ayam.
- Akhir sekali tabur serbuk lada hitam secukup rasa dan 1 sudu besar serebuk.
- Perap ayam dalam 15-30 minit dan masukkan ayam ke dalam loyang yang bersesuaian. Susun ubi kentang dan karot. Renjis dengan minyak zaitun sebelum dibakar dan semasa sedang dibakar. Bakar pada suhu 180C sehingga ayam masak. Anggaran masa 45 minit.
- diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa. Kuah dari baki membakar ayam, bolehlah disudukan dan hidang sebagai kuah pencicah ayam panggang.
RESEPI AYAM BLACK PEPPER PANGGANG AIRFRYER
Bahan-bahan:
- 2 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan garam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh serbuk Cukup Rasa
- 1 sudu makan sos cili
- 5 ulas bawang putih/ serbuk bawang putih
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan diatas dan adun sebati.
- Kemudian lumurkan hingga rata pada ayam dan juga di bahagian dalam ayam.
- Perap ayam selama 1 malam atau paling minimum 5 jam.
Cara Memasak:
- Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak 10 minit pertama menggunakan suhu 180C supaya warna kulit ayam menjadi garing dan cantik.
- Kemudian turunkan suhu ke 160C dan biar ayam selama 40 minit.
- Seterusnya alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakang senhingga ayam masak. Ia bertujuan supaya ayam masak sekata.
RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS DENGAN BLACKPEPPER SOS & MASH POTATO
Bahan-bahan:
- Sekor ayam – boleh juga dibelah dua
- 4 biji bawang besar saiz sederhana.
- 5-6 biji bawang putih.
- 2 inci halia
- 2 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar mix herbs
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 1 ketul pati ayam
- 1 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu teh garam
- Air sikit untuk kisar
- Mentega sikit untuk bakar
- Optional – boleh renjis Smoked Flavour Liquid sebelum bakar.
Cara Memasak:
- Kisar semua jenis bawang, halia, lada hitam, pati ayam, semua sos, garam, gula.
- Masukkan semua bahan yang dikisar tadi di atas ayam dan gaul pada ayam, pastikan gaul sekali dibahagian dalam perut ayam juga. Tabur mix herbs.
- Perapkan dalam 1-2 jam. Boleh letakkan ayam didalam plastik dan letak didalam peti sejuk.
- Semasa nak membakar, sapu sikit mentega di atas ayam supaya kulit ayam crispy. Bakar selama 1-2 jam. Suhu 200 darjah Celsius. selepas bakar 30 minit, lumurkan ayam dengan kuah perapan tadi supaya ayam tidak kering.
Resepi Kuah Black Pepper
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 ketul pati ayam
- 2 sudu besar lada hitam -ditumbuk
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
- Kicap – untuk waran lebih menarik
- Garam jika perlu
Cara Memasak:
- Cairkan mentega, masuk tepung gandum terus kacau sehingga sebati.
- Apabila mendidih, masuk air, kiub, lada hitam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
- Biar mendidih sampai pekat. Masukkan garam jika perlu. jika hendak banyak kuah, tambahkan air dengan tepung gandum lagi. Tepung gandum perlu bancuh dengan air dulu sehingga larut, dan tuang dalam periuk supaya tidak berketul.
Resepi Mash Potato
Bahan-bahan:
- 5 biji kentang – kupas dan potong kecik-kecik, rebus bagi lembut
- 2 sudu besar susu segar/susu tepung (bancuh dulu). – Sape suka lemak-lemak boleh tambah lagi.
- Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
- Lenyek-lenyek je kentang tu. Masuk susu, perasakan dengan garam.
Semoga Pelbagai Resepi Ayam Black Pepper: Air Fryer Goreng Bakar memberi mafaat kepada anda dan Selamat mencuba.
Sumber:
https://resepichenom.com/resepi/ayam-masak-black-pepper-cendawan/show
https://www.aziekitchen.com/2017/09/ayam-panggang-blackpepper-yang-paling.html
https://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/cara-masak-ayam-panggang-sedap-guna-air.html#
http://sharinazredwan.blogspot.com/2017/09/resepi-ayam-panggang-ala-kenny-rogers.html