Prostat adalah kelenjar yang menghasilkan cecair yang membawa sperma semasa ejakulasi berlaku. Kelenjar prostat mengelilingi uretra iaitu tiub yang dilalui air kencing bagi keluar dari badan. Pembesaran prostat bermakna kelenjar menjadi semakin besar.
Seterusnya, masalah pembesaran prostat ini berlaku kepada hampir semua individu lelaki ketika usia mereka meningkat. Keadaan ini sering dipanggil sebagai hiperplasia prostat jinak (benign prostatic hyperpalsia – BPH). Ia bukanlah sejenis kanser, dan ia tidak akan meningkatkan risiko kanser prostat.
Simptom Pembesaran Prostat
Apabila umur semakin meningkat, sesetengah lelaki mungkin menyedari bahawa mereka mempunyai masalah semasa membuang air kecil. Anda mungkin sukar untuk mula kencing, atau mungkin aliran kencing itu bermula dan berhenti beberapa kali. Ini hanyalah dua tanda yang mungkin berlaku dalam hiperplasia prostat jinak.
Gejala hiperplasia prostat jinak boleh dikelaskan kepada dua kategori. Jenis yang berlaku disebabkan tekanan pada uretra anda dipanggil obstruktif. Jenis satu lagi pula bermula di punci kencing anda.
Antara simptom yang mengganggu termasuk:
- Masalah memulakan pembuangan air kencing.
- Perlu menekan atau menolak apabila anda membuang air kencing.
- Aliran air kencing yang lemah.
- Perlu berhenti dan memulakan proses pembunagan air kencing semula beberapa kali.
- Air kencing menitis keluar pada hujungnya.
Punca Pembesaran Prostat
Sebab sebenar mengapa pembesaran prostat berlaku masih tidak diketahui. Faktor yang dikaitkan dengan penuaan dan perubahan dalam sel-sel testis mungkin mempunyai peranan dalam pertumbuhan kelenjar, termasuklah tahap testosteron. Lelaki yang telah menjalani pembedahan pembuangan zakar pada usia muda (sebagai contoh, kerana kanser testis) tidak mendapat masalah hiperplasia prostat jinak (BPH).
Di samping itu, jika testis dibuang selepas seorang lelaki mendapat masalah hiperplasia itu, prostat akan mula mengecilkan saiznya.
Beberapa fakta mengenai pembesaran prostat:
- Ada kemungkinan bahawa pembesaran prostat berlaku selari dengan peningkatan usia.
- Hiperplasia prostat jinak adalah sangat umum sehingga ia dikatakan bahawa semua individu lelaki akan mempunyai prostat yang membesar jika mereka hidup cukup lama.
- Sebilangan kecil pembesaran prostat berlaku dalam kalangan lelaki berumur lebih dari 40 tahun. Namun, lebih daripada 90% lelaki berusia lebih dari umur 80 tahun mempunyai keadaan tersebut.
- Tiada faktor risiko yang telah dikenal pasti, selain daripada testikel yang berfungsi dengan normal.
Diagnosis Pembesaran Prostat
Hiperplasia prostat jinak, atau BPH adalah kelenjar prostat yang membesar. Gejala boleh kelihatan seperti kanser prostat, tetapi ia bukanlah kanser. Tambahan pula simptomnya sukar dibezakan dengan jangkitan saluran kencing serta masalah pundi kencing atau buah pinggang.
Jadi, doktor boleh melakukan ujian seperti ujian rektum digital dan biopsi untuk mengetahui sama ada anda mempunyai BPH atau tidak.
Sebaik sahaja anda mempunyai diagnosis, rawatan boleh membantu anda mengelakkan komplikasi seperti jangkitan saluran kencing atau kerosakan pada pundi kencing atau buah pinggang.
Faktor Risiko Pembesaran Prostat
Faktor risiko pembesaran kelenjar prostat termasuk:
- Penuaan. Pembesaran kelenjar prostat jarang menyebabkan tanda dan gejala terhadap lelaki yang berumur lebih muda dari usia 40 tahun. Sekitar satu pertiga daripada golongan lelaki mengalami gejala tahap sederhana sehingga ke tahap serius pada usia 60 tahun, dan kira-kira separuh mempunyai risiko mendapat masalah ini pada usia 80 tahun.
- Sejarah keluarga. Mempunyai keluarga rapat, seperti bapa atau abang dengan masalah prostat bermakna anda lebih cenderung mendapat masalah yang sama.
- Diabetes dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa diabetes, serta penyakit jantung dan penggunaan penyekat beta mungkin meningkatkan risiko hiperplasia prostat jinak.
- Cara hidup. Masalah obesiti meningkatkan risiko masalah BPH, manakala senaman dapat mengurangkan risiko anda terhadap penyakit ini.
Rawatan Pembesaran Prostat
Tiada satu pendekatan yang sesuai buat semua apabila individu mengalami pembesaran dan mencari cara untuk menentukan langkah seterusnya.
Setiap orang bertindak balas dengan cara tersendiri untuk gejala hiperplasia prostat benigna (BPH) yang dialami memandangkan ia adalah keadaan biasa bagi lelaki apabila menjadi semakin berumur.
Anda boleh memaklumkan tentang gejala anda dengan doktor, dan bersama-sama anda menentukan cara terbaik untuk mengendalikan kes anda. Pilihan rawatan anda mungkin termasuk:
- Perubahan gaya hidup dan menunggu yang penuh perhatian.
- Ubat atau makanan tambahan.
- Pembedahan.
– Menunggu dengan teliti
Jika gejala-gejala anda tidak mengganggu anda dan anda tidak mendapat sebarang komplikasi, anda boleh memilih untuk memerhatikan sebarang perubahan daripada pihak anda dan serta doktor anda.
Ini bermakna anda harus berjumpa doktor sekali setahun – atau lebih awal jika gejala anda berubah.
Sesetengah perkara yang perlu diperhatikan termasuk:
- Keinginan untuk kencing yang kerap.
- Merasakan bahawa pundi kencing anda penuh, walaupun selepas anda membuang air kecil.
- Keperluan mendesak untuk membuang air kecil.
- Aliran air kencing yang lemah atau menitis pada akhirnya.
- Mengalami masalah untuk mula kencing.
- Mengalami kesukaran untuk berhenti dan memulakan pembuangan air kencing beberapa kali.
- Kebocoran air kencing.
Sebab untuk mempertimbangkan pemantauan atau pemerhatian pembesaran prostat adalah jika:
- Gejala anda adalah ringan.
- Anda tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat.
- Ia lebih murah daripada rawatan perubatan atau pembedahan.
- Sesetengah lelaki dengan gejala BPH yang ringan mendapati mereka menjadi lebih baik dan sembuh tanpa memerlukan rawatan.
Jika anda memilih untuk memantau atau memerhatikan perubahan yang berlaku, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk meringankan masalah ini:
- Buat perubahan mudah dalam tabiat anda. Minum cecair yang lebih sebelum tidur. Kurangkan pengambilan kafein dan minuman keras secara amnya.
- Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan. Mengambil ubat-ubatan selesema dan sinus yang mempunyai dekongestan atau antihistamin tertentu, seperti difenhidramina (Benadryl) boleh menyebabkan masalah prostat menjadi lebih teruk. Baca label pada produk sebelum anda membelinya.
– Pembedahan
Pembedahan prostat mungkin disyorkan jika anda mempunyai:
- Masalah lemah kawalan kencing.
- Kehadiran darah yang berulang dalam air kencing.
- Ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing (pembendungan kencing).
- Jangkitan saluran kencing yang berulang.
- Pengurangan fungsi buah pinggang.
- Batu pundi kencing (bladder stones).
- Gejala menyusahkan yang tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan.
Pilihan prosedur pembedahan yang disyorkan paling kerap adalah berdasarkan keparahan gejala dan saiz serta bentuk kelenjar prostat anda. Kebanyakan lelaki yang menjalani pembedahan prostat mengalami peningkatan kadar aliran air kencing dan penurunan gejala yang berlaku.
- Reseksi Transuretral Prostat (transurethal resection of the prostate – TURP): Ini adalah rawatan pembedahan yang paling lazim dilakukan dan paling berkesan untuk masalah ini. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan skop melalui zakar dan mengeluarkan prostat secebis demi secebis.
- Prostektektomi mudah: Ia adalah prosedur untuk mengeluarkan bahagian dalam kelenjar prostat. Prosedur ini dilakukan melalui potongan pembedahan di bahagian bawah perut anda. Rawatan ini paling sering dilakukan pada lelaki yang mempunyai kelenjar prostat yang sangat besar.
Prosedur kurang invasif lain menggunakan haba atau laser untuk memusnahkan tisu prostat. Satu lagi prosedur yang kurang invasif berfungsi dengan “membuka” prostat tanpa membuang atau memusnahkan tisu. Namun, tidak ada bukti bahawa satu rawatan adalah lebih baik daripada prosedur TURP.
Individu yang menerima prosedur ini lebih cenderung memerlukan pembedahan sekali lagi selepas 5 atau 10 tahun. Walau bagaimanapun, prosedur ini mungkin menjadi pilihan untuk:
- Lelaki yang lebih muda (kebanyakan prosedur yang kurang invasif membawa risiko lebih rendah untuk masalah mati pucuk dan masalah lemah kawalan kencing berbanding prosedur TURP, walaupun risiko TURP tidak begitu tinggi).
- Lelaki yang lebih berusia.
- Lelaki yang mempunyai keadaan perubatan yang serius, termasuk kencing manis yang tidak terkawal, sirosis, alkohol, psikosis dan penyakit paru-paru, buah pinggang, atau penyakit jantung yang serius.
- Lelaki yang mengambil ubat mencairkan darah.
- Lelaki yang tidak mengalami peningkatan risiko pembedahan.
SUMBER
https://www.webmd.com/men/prostate-enlargement-bph/features/enlarged-prostate-bph-complex-problem#1