Now Reading
Pemilik Boleh Dapat Jangkitan Cakaran Kucing

Pemilik Boleh Dapat Jangkitan Cakaran Kucing

cakaran kuching

Untuk individu atau sesiapa yang memiliki atau membela kucing pasti dah terbiasa sangat dengan cakaran kucing yang boleh memudaratkan.

Cakaran kucing ni boleh mendatangkan penyakit yang dinamakan cat-scratch disease (CSD). Selain melalui luka oleh cakaran dari kucing, ia turut boleh dijangkiti jika kucing menjilat kawasan luka tersebut. 

Luka berkenaan akan bertukar:

  • kemerahan
  • membengkak
  • memberi kesakitan 

Antara simptomnya ialah demam, pening kepala, hilang selera makan dan juga keletihan. Walaupun jarang, namun ianya turut boleh menjejaskan otak, mata, jantung dan juga pelbagai organ dalaman yang lain. Terutamanya kepada kanak-kanak dan mereka yang mempunyai imunisasi yang rendah. 

Rawatan dan Pencegahan Jangkitan Cakaran KucingĀ 

  1. Perkara yang paling utama adalah basuh tempat luka cakaran kucing tersebut dengan air dan juga sabun.
  2. Sekiranya anda mengalami pendarahan akibat luka tersebut, segera tekan kawasan luka tu dengan kain atau kapas yang bersih.
  3. Kalau darah tak berhenti, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan pergi klinik atau hospital yang berdekatan secepat mungkin. 

Sumber:

https://www.cdc.gov/healthypets/diseases/cat-scratch.html

error: Content is protected !!