Now Reading
Pemisahan retina (Retinal Detachment) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Pemisahan retina (Retinal Detachment) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

pemisahan retina

Pemisahan retina menggambarkan keadaan kecemasan di mana lapisan tisu nipis (retina) di belakang mata berubah dari kedudukan asalnya.

Pemisahan retina memisahkan sel-sel retina dari lapisan saluran darah yang menyampaikan oksigen dan nutrien ke mata anda. Semakin lama ia tidak dirawat, semakin besar risiko kehilangan penglihatan kekal pada mata anda.

Simptom amaran pemisahan retina termasuklah salah satu atau semua yang berikut:

  • Muncul ‘floaters’ dalam pandangan anda
  • Silau
  • Penglihatan menjadi kabur.

Dengan menghubungi pakar mata (optomologis) dengan segera dapat membantu menyelamatkan penglihatan anda.

Simptom Pemisahan Retina

Tiada kesakitan dialamiberkaitan dengan pemisahan retina, tetapi biasanya terdapar beberapa simptom sebelum retina anda terpisah. Simptom utama termasuklah:

  • Penglihatan kabur
  • Kehilangan penglihatan separa, nampak seolah-olah langsir ditarik merentasi bidang penglihatan anda menghasilkan kesan bayang-bayang yang gelap
  • Kilatan cahaya yang muncul secara tiba-tiba ketika melihat ke sisi
  • Melihat banyak floaters dalam pandangan anda, iaitu kepingan kecil yang muncul dalam bentuk tali terapung di depan mata

Punca Pemisahan Retina

Terdapat tiga jenis pemisahan retina:

  • Rhegmatogenous (reg-ma-TODGE-uh-nus). Jenis pemisahan retina ini adalah yang paling biasa berlaku. Pemisahan rhegmatogenous disebabkan oleh lubang atau luka di retina yang membolehkan cecair mengalir dan berkumpul di bawah retina, sekaligus menarik retina dari tisu asas. Kawasan di mana retina terpisah akan kehilangan bekalan darah dan berhenti berfungsi mengakibatkan anda hilang penglihatan. Penyebab utama pemisahan rhegmatogen adalah penuaan. Apabila anda semakin tua, bahan seperti gel yang mengisi bahagian dalam mata anda, yang dikenali sebagai vitreous (VIT-ree-us), berubah secara konsisten sama ada mengecut atau menjadi lebih cair. Biasanya, vitreous terpisah dari permukaan retina tanpa sebarang komplikasi, keadaan ini dipanggil vitreous posterior detachment (PVD). Salah satu komplikasi pemisahan ini adalah air mata. Apabila vitreous memisahkan atau mengupas retina, ia akan menarik balik retina dengan daya yang mencukupi hingga mengakibatkanretina menjadi koyak (retinal tear). Jika ia tidak dirawat, vitreous cecair masuk ke dalam ruang di belakang retina melalui air mata justeru mengakibatkan retina terpisah.
  • Tractional. Pemisahan jenis ini boleh berlaku apabila parut tisu tumbuh di permukaan retina menyebabkan retina menarik sendiri dari belakang mata. Pemisahan tractional biasanya dilihat pada pesakit yang menghidapi kencing manis atau penyakit lain.
  • Exudative. Dalam jenis pemisahan ini, cecair berkumpul di bawah retina, tetapi tidak ada lubang atau luka pada retina. Pemisahan eksudatif boleh disebabkan oleh degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, kecederaan pada mata, tumor atau gangguan keradangan.

Diagnosis Pemisahan Retina

Jika doktor mengesyaki anda mengalami pemisahan retina, mereka biasanya akan merujuk anda kepada pakar mata, atau pakar oftalmologi, untuk diagnosis yang tepat.

Pakar mata akan memeriksa mata anda selepas meluaskan, atau melebar, anak mata dengan titisan mata.

Faktor Risiko Pemisahan Retina

Faktor risiko untuk pemisahan retina berlaku termasuklah:

  • Pemisahan vitreous posterior, yang biasa berlaku kepada individu dewasa yang lebih tua
  • Individu yang mengalami rabun dekat yang melampau, hingga menyebabkan lebih banyak ketegangan pada mata
  • Terdapat sejarah keluarga mengalami pemisahan retina
  • Trauma pada mata anda
  • Berumur lebih dari 50 tahun
  • Pernah mengalami pemisahan retina sebelumnya
  • Komplikasi dari pembedahan pembuangan katarak
  • Menghidap diabetes mellitus

Rawatan Pemisahan retina

Dalam kebanyakan kes, pembedahan diperlukan untuk memperbaiki retina yang terpisah. Untuk kes pemisahan kecil atau luka di retina, prosedur mudah boleh dilakukan di klinik doktor anda.

Photocoagulation

Jika anda mempunyai lubang atau luka di retina tetapi retina anda masih elok, doktor anda boleh melakukan prosedur yang dipanggil photocoagulation menggunakan laser. Laser membakar sekitar kawasan luka dan parut yang terhasil melekatkan retina ke belakang mata anda kembali.

Cryopexy

Pilihan lain adalah cryopexy, iaitu pembekuan dengan keadaan sejuk. Untuk rawatan ini, doktor anda akan meletakkan suatu alatan pembekuan di luar mata anda, pada kawasan retina yang luka dan parut yang terhasil akan membantu meletakkan retina di tempat asalnya.

Retinopexy

Pilihan ketiga adalah retinopexy pneumatic. Tujuannya adalah untuk memperbaiki pemisahan kecil. Untuk prosedur ini, doktor anda akan meletakkan gelembung gas di mata anda untuk membantu retina anda bergerak kembali ke tempat asalnya iaitu di atas dinding mata anda. Setelah retina anda berada di tempat sepatutnya, doktor akan menggunakan laser atau probe beku untuk menutup lubang berkenaan.

Scleral buckling

Bagi tahap pemisahan retina yang lebih teruk, anda perlu menjalani pembedahan mata di hospital. Doktor anda boleh mencadangkan pembedahan sceral buckling. Dalam prosedur ini, doktor akan meletakkan band di luar mata anda untuk menolak dinding mata ke dalam retina, meletakkannya semula di tempat sebenar untuk penyembuhan yang betul. Scelar buckling boleh dilakukan bersama vitrectromy. Selain itu, cryopexy atau retinopexy juga boleh dilakukan semasa prosedur sceral buckling ini.

Vitrectomy

Pilihan lain bagi pe,bedahan adalah vitrectomy. Ia dikhususkan  untuk luka yang lebih besar. Prosedur ini melibatkan penggunaan anestesia dan sering dilakukan sebagai prosedur pesakit luar, tetapi mungkin memerlukan anda masuk ke wad di hospital. Doktor akan menggunakan alat kecil untuk mengeluarkan tisu vaskular atau parut yang tidak normal dan vitreous, cecair seperti gel dari retina anda. Kemudian retina anda akan diletakkan kembali ke tempat yang betul, biasanya dengan menggunakan gelembung gas. Cryopexy atau retinopexy juga dilakukan semasa prosedur vitrectomy.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/170635

https://en.wikipedia.org/wiki/Retinal_detachment

https://www.webmd.com/eye-health/eye-health-retinal-detachment

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/retinal-detachment/symptoms-causes/syc-20351344

error: Content is protected !!