Now Reading
10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Yang Terbaik Dan Berkesan

10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Yang Terbaik Dan Berkesan

Pencuci muka untuk kulit berminyak

Pencuci muka untuk kulit berminyak terlalu banyak sehingga sukar untuk membuat keputusan? Produk penjagaan kulit tanpa minyak dapat memberi manfaat kepada semua jenis kulit, terutama kulit berminyak dan berjerawat. Bebas minyak bermaksud tidak menyebabkan wajah anda berminyak berlebihan, membantu mengurangkan pori tersumbat dan jerawat. Ini adalah senarai pencuci muka kulit minyak yang terbaik untuk anda dengan masalah kulit berminyak.

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

RM10.50

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash merupakan pencuci muka untuk kulit berminyak dengan formula herba. Ia menghilangkan lebihan minyak dan kekotoran yang menyumbat liang pori anda.

Ia mengandungi neem dan kunyit yang mencegah jerawat daripada muncul algi. Neem mempunyai sifat antibakteria manakala kunyit adalah antiseptik semula jadi.

Pencuci muka ini membantu menjadikan warna kulit anda sekata dan memberikan anda kulit yang lembut dan jernih.

Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser

RM26.00

Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser memanjakan kulit anda dan menjadikannya lembut, anjal, dan sihat. Pencuci muka ini membersihkan liang pori anda dengan menghilangkan kotoran, daki, minyak, serta membantu menanggalkan baki solekan.

Ia juga membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati agar kulit anda bersinar dan berseri secara semula jadi.

Ini adalah pencuci muka untuk kulit berminyak kerana anda boleh menggunakannya setiap hari untuk kulit yang segar, tanpa perlu risau pori-pori anda tersumbat.

Neutrogena Oil-Free Acne Wash

RM72.90

Neutrogena Oil-Free Acne Wash adalah pencuci muka untuk kulit berminyak yang hebat untuk melawan jerawat agar kulit anda bebas dari kotoran.

Ia mengandungi 2% asid salisilik dan bahan yang menenangkan kulit untuk mengeksfoliasi, membersihkan liang pori dan menbuang kotoran degil pada kulit anda.

Hada Labo AHA/BHA Oil Control Face Wash

RM29.90

Pencuci muka untuk kulit berminyak yang baik adalah kunci untuk menghilangkan minyak dan sebum daripada wajah anda setelah seharian sibuk bekerja.

Untuk mencuci muka dengan lembut dengan kesan optimum, Hada Labo AHA / BHA Oil Control Face Wash adalah pencuci muka yang anda perlukan.

Diformulasikan dengan ekstrak tumbuhan alp dan tanah liat bentonit, pencuci muka dengan pH seimbang ini membersihkan kulit anda secara mendalam, mengawal dan menghilangkan minyak berlebihan.

Neutrogena Pink Grapefruit Oil-free Acne Wash

RM85.00

Kita semua mempunyai satu musuh yang sama – jerawat. Untuk melawan akar jerawat yang menjengkelkan itu, apa anda perlukan ialah Neutrogena Pink Grapefruit Oil-free Acne Wash.

Ia mengandungi limau gedang (grapefruit) merah jambu, 2% asid salisilik dan vitamin C untuk menggalakkan kulit yang bersih dan bebas cela yang tidak pernah terasa kering.

Ia juga membantu mencerahkan parut jerawat dan memerangi bintik hitam.

Olay Regenerist Advanced Cream Face Wash Cleanser

RM18.49

Olay Regenerist Advanced Cream Face Wash Cleanser membantu memperbaiki kulit dengan memperbaharui sel kulit dengan cepat. Ramuan tambahan yang eksklusif dan canggih, dermabead beroksigen dengan sifat membersih mengeksfoliasikan permukaan kulit anda di samping mempunyai sifat detoksifikasi.

Dengan komponen anti-penuaan aktif seperti vitamin E dan ekstrak teh hijau, ia juga membantu meringankan tanda-tanda penuaan pada wajah.

Clean & Clear Foaming Face Wash

RM11.53

Clean & Clear Foaming Face Wash direka khas untuk membersihkan kulit anda secara menyeluruh, menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kilauan, dan mencegah jerawat.

Ia mengeluarkan buih yang cukup dan menghilangkan kotoran, daki, dan menanggalkan solekan dengan berkesan. Formula cecairnya membersihkan kulit anda secara mendalam tanpa menyebabkan kekeringan.

Penggunaan secara berkala memberi anda kulit yang sihat dan bersinar.

Himalaya Herbals Purifying Neem Foaming Face Wash

RM29.80

Himalaya Herbals Purifying Neem Foaming Face Wash adalah formula herba lembut yang membersihkan kulit anda secara mendalam dengan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan.

Tidak seperti sabun, buih pencuci muka ini tidak membuatkan kulit anda terasa tegang atau kering. Sifat antibakteria neem membunuh bakteria manakala kunyit mengawal jerawat. Penggunaan pencuci muka ini secara berkala memberikan anda kulit yang lembut, jernih, dan lembut.

Himalaya Herbals Oil Clear Lemon Face Wash

RM16.50

Himalaya Herbals Oil Clear Lemon Face Wash adalah formulasi herba yang bebas sabun membantu membersihkan wajah anda dengan lembut dan menghilangkan minyak berlebihan.

Madu mempunyai sifat pembersih mendalam yang membantu menghilangkan kotoran dan daki tanpa membuatkan kulit anda terasa kering atau meregang.

Ia juga membantu menghilangkan jeragat, penuaan serta bintik hitam. Ekstrak lemon di dalam pencuci muka ini bertindak sebagai agen astringen dan penyejuk.

Cetaphil Oily Skin Cleanser

RM45.50

Cetaphil Oily Skin Cleanser menambah lipid kulit dan melembapkan kulit. Ia mengeluarkan lebihan minyak daripada kulit tanpa mengeringkannya.

Buih yang lembut menyebabkan kotoran dapat dibilas dengan mudah dan tidak meninggalkan sisa yang boleh menyumbat pori atau iritasikan kulit anda.

Pencuci muka ini juga membantu menghilangkan kotoran dan menanggalkan solekan untuk memberikan kulit segar yang tidak menyebabkan kulit anda terasa tegang.

error: Content is protected !!