MySalam atau dikenali juga sebagai Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan juga kepada golongan M40 yang berpendapatan kurang dari RM 100,00 setahun dan pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Perlindungan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana turut memberi kelebihan besar kepada mereka yang tidak mempunyai insurans perubatan untuk menikmati skim mySalam ini secara percuma. Menariknya, kepada mana-mana individu yang dijangkiti dengan covid-19, anda juga layak untuk meneikmati skim perlindungan ini.
Golongan yang layak untuk menerima mySalam
Golongan yang layak untuk menerima skim mySalam adalah seperti berikut :
- Individu berusia antara 18 hingga 65 tahun dan berpasangan.
- Individu bujang berusia antara 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
- Individu OKU berusia antara 18 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- Penerima bantuan sara hidup yang tidak berdaftar berusia antara 18 hingga 65 dengan berpendapatan kurang dari 100,000 setahun.
Nota tambahan untuk kelayakan:
- Penerima bantuan sara hidup yang kehilangan pasangan samada bercerai atau kematian pasangan dan mempunyai anak.
- Penerima bantuan sara hidup yang belum pernah berkahwin, duda atau janda yang tidak mempunyai anak.
- Penerima bantuan sara hidup berumur antara 18 hingga 65 tahun. Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup sila lewati laman web Lembaga Hasil Dalam NEGERI (LHDN).
Manfaat mySalam
Banyak kelebihan yang bakal diperolehi melalui skim mySalam ini. Dibawah adalah beberapa manfaat yang bakal diperolehi penerima mySalam:
- Selama 5 tahun, premium insurans kesihatan tahunan bersubsidi sebanyak RM 112 akan diberikan.
- Bayaran harian sebanyak RM50 sehari selama 14 hari sekiranya anda sedang menjalani rawatan di hospital.
- Pembayaran sekali sebanyak RM 8000 sekiranya anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal daripada senarai 45 penyakit kritikal.
Senarai 45 jenis penyakit kritikal
Pada awalnya,skim mySalam ini hanya mengandungi pelindungan yang terdiri daripada 36 jenis penyakit kritikal termasuklah barah, serangan jantung, dan alzheimer. Berkuatkuasa 1 Januari 2019, skim perlindungan kesihatan awam telah menambah 9 lagi jenis penyakit kritikal termasuk penyakit polio yang mana menjadikan ia secara keseluruhannya adalah 45 jenis penyakit kritikal.
Dibawah merupakan 45 jenis penyakit kritikal yang termasuk dalam skim perlindungan mySalam:
- Aids peringkat teruk
- Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
- Anemia Aplasia kronik
- Alzheimer atau gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih
- Buta atau hilang penglihatan sepenuhnya
- Distrofi otot
- Ensefalitis atau encephalitis
- Elefantisis
- Hepatitis virus fulminan
- HIV
- HIV akibat transfusi darah
- Hipertansi arteri pulmonari primer
- Hilang pertututran
- Kanser
- Kardiomiopati teruk
- Kepekakkan atau hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih
- Kegagalan hati tahap akhir
- Kegagalan buah pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
- Kelumpuhan atau Paraplegia
- Kelecuran tahap ketiga
- Keradangan pancreas berulang
- Koma
- Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis (SLE)
- Meningtis bacteria
- Pembedahan otak
- Pembedahan pintasan bagi penyakit arteri koronori
- Penyakit paru-paru
- Pembedahan injap jantung
- Pemindahan organ utama atau sum
- Penyakit neuron motor
- Penyakit Parkinson
- Penyakit arteri koronari lain yang serius
- Pembedahan Aorta
- Penyakit terminal
- Penyakit sistik medular
- Penyakit lembu gila
- Poliomielitis
- Serangan jantung
- Sklerosis berbilang
- Skleroderma Progresif
- Strok
- Sindrom Apallic
- Trauma kepala utama
- Tumor otak Benigna
Bagaimana cara untuk mendaftar mySalam
Mudah sahaja, anda hanya perlu layari laman web rasmi mySalam dan boleh terus mendaftar !
Ianya, sangat mudah. Setelah anda berjaya log masuk ke dalam laman rasmi mySalam anda hanya perlu ikuti beberapa langkah seperti yang kami sediakan di bawah ini:
- Masukkan nama
- Nombor kad pengenalan anda
- Alamat email
- Poskod
- Juga salinan kad pengenalan anda
Permohonan anda telah lengkap sekiranya anda mengikuti langah-langkah diatas. Sekarang apa yang perlu anda lakukan hanyalah perlu menunggu pengumuman rasmi dari mySalam.
Dibawah adalah langkah-langkah untuk membuat tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan juga tuntutan hospitalisasi:
Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari laman web rasmi mySalam dan ikut langkah-langkah seperti yang diatas.
Langkah 2: klik pada muat turun borang > muat turun borang penyakit kritikal – kenyataan doktor berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor yang merawat anda untuk mengisi borang “Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor”
Langkah 4 : Masuk ke www.mysalam.com.my > klik “tuntutan” > klik “Penghantaran Tuntutan” > skrol hingga ke bawah laman > klik “Tuntutan penyakit kritikal”
Langkah 5 : Lengkapkan maklumat diri yang diperlukan kemudian klik butang “muat turun” untuk memuat naik borang-borang dibawah dalam bentuk pdf atau jpeg.
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6 : Pastikan anda klik butang “Hantar” bagi tujuan melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan Hospitalisasi
Langkah 1 : Ulang langkah seperti yang dinyatakan di atas (langkah 1).
Langkah 2 : Klik “Tuntutan” > Klik “Penghantaran Tuntutan” > Skrol hingga ke bawah laman > klik “Tuntutan hospitalisasi”
Langkah 3 : lengkapkan maklumat diri yang diperlukan kemudian klik pada butang “muat turun” untuk memuat naik borang-borang dibawah dalam bentuk pdf atau jpeg.
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Pastikan anda klik butang “Hantar” bagi tujuan melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Penutup
Semoga dengan perkongsian ini, memberi sedikit sebanyak pendedahan berkaitan mySalam kepada anda serta dapat membantu memudahkan anda untuk mendaftar dengan skim mySalam ini yang mana kami kira ia sangat membantu terutama kepada golongan yang terjejas dan tidak mampu membiayai kos perubatan yang mahal terutamanya untuk penyakit kritikal.
Sumber:
https://www.mysalam.com.my/b40/info/