Kotak SS15 adalah nama restoran yang tidak asing lagi bagi masyarakat setempat di Subang Jaya, Selangor. Kotak SS15 atau nama rasmi mereka ialah KOTAK merupakan sebuah restoran yang menggunakan konsep restoran makanan segera (fast food) yang telah berkolaborasi dengan pelbagai lagi penyedia makanan tradisi yang berasal dari Indonesia di Malaysia.
Anda juga tak perlu risau sekiranya datang ke Restoran Kotak SS15 ini kerana mereka turut juga menyediakan tempat parkir kereta khas untuk pelanggan-pelanggan mereka. Sangat mudah dan anda tak perlu penat berpusing serta membuang masa berebut tempat parkir di kawasan sini.
Sejarah Kotak SS15
Restoran Kotak telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan kini usia restoran ini telah menginjak usia 3 tahun penubuhannya. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lokasi restoran Kotak ini yang berada di SS15, Subang Jaya betul-betul memberikan kelebihan kepada pengusaha restoran ini dengan lokasinya yang strategik di Kawasan yang berkepadatan tinggi dengan penduduk kota.
Kotak SS15 yang menyajikan hidangan resepi yang berasal dari Tanah Indonesia ini sememangnya terkenal dengan adunan unik sos dan rempah ratus asli Indonesia.
Restoran Kotak SS15 ini juga amat bangga dengan hidangan lauk mereka yang paling agung iaitu Sambal KOTAK. Rasa autentik asli Indonesia sememangnya amat sinonim dengan Sambal KOTAK mereka ini yang telah menempa nama di hati setiap pengunjung yang pernah menjamu selera di restoran mereka ini.
Kotak SS15 – Syurga Penggemar Makanan Pedas
Walaupun makanan Indonesia amat banyak didapati di negara kita ini tetapi sajian makanan tradisi Indonesia di Kotak SS15 ini amatlah unik dan memberikan pengalaman yang berbeza sekali kepada mereka yang pernah menjamu selera di sini. Di Restoran Kotak SS15, mereka juga amat terkenal dengan hidangan Ayam Geprek mereka.
Nama rasmi bagi menu ini ialah I’m Geprek. Hidangan Ayam Geprek di Restoran Kotak SS15 ini sememangnya lain daripada yang lain kerana anda boleh memilih sepuluh tahap kepedasan yang berbeza semasa memilih menu ini! Sudah ramai blogger makanan, pengkritik makanan, website makanan serta bloh dan influencer media sosial menyatakan bahawa tahap kepedasan Ayam Geprek di Restoran SS15 ini tidak akan anda dapati di tempat lain!
Mesti ada antara kita di sini yang tertanya-tanya bukan apa itu menu Ayam Geprek?
Ramai antara kita yang mengenali menu ayam penyet iaitu ayam goreng yang dipenyetkan. Manakala untuk menu Ayam Geprek ini, ayam tersebut digoreng dengan cara digoreng tepung dan kemudiannya dipotong serta dicarik kecil. Prosesnya tidak tamat di peringkat tersebut kerana selepas dipotong kecil, ayam tersebut akan digaul bersama cili. Proses ini semua semestinya sangat menggiurkan buat anda yang sangat meminati rasa pedas dalam makanan masing-masing.
Ramai yang menyatakan walaupun mereka hanya memilih tahap kepedasan di tahap ketiga atau tahap keempat, mereka yang selalunya sudah terbiasa dengan makanan pedas pun tidak tertahan dengan tahap pedas yang disajikan bersama menu Ayam Geprek ini. Boleh anda bayangkan betapa pedas nya kalau kita memilih tahap tertinggi kepedasan yang ada di restoran ini? Sememangnya pilihan menu Ayam Geprek dengan tahap kepedasan Tahap 10 ini bukan untuk orang yang biasa-biasa. Sekiranya anda seorang yang sememangya terkenal dalam kalangan rakan-rakan anda sebagai seorang yang betul-betul hebat dalam menahan dan menggemari makanan pedas. Marilah kita cabar ketahanan anda tersebut dengan menu Ayam Geprek Tahap 10 di Restoran Kotak SS15 ini.
Menu Ayam Geprek ini datang dengan empat pilihan stail masakan dan perisa. Kempat-empat pilihan tersebut ialah Original, Cheesey, Nachos dan Butter Creamy. Kalau anda nak merasa hidangan alternatif yang tidak menggunakan ayam, anda juga turut boleh mencuba menu Resepi Udang Geprek di restoran yang sangat luar biasa ini. Jangan lupa untuk memilih tahap kepedasan yang bersesuaian dengan diri anda pula nanti.
Hidangan Istimewa Yang Lain = I’m Bakso
Sekiranya anda merupakan seorang peminat Bakso. Restoran Kotak SS15 ini juga turut menawarkan pilihan bakso untuk golongan gila Bakso ini. Hidangan yang sangat popular di Indonesia ini juga mendapat tempat di pelbagai lapisan masyarakat tua serta muda di Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, keunikan bakso ini terletak pada rasa kelazatan bebola daging yang menjadi tumpuan ketika makan semangkuk bakso. Di Restoran SS15, anda boleh memilih pelbagai pilihan inti untuk diletakkan ke dalam bebola daging istimewa ini.
Pilihan-pilihan tersebut ialah semestinya Original, Mercon, Cheesy, Urat dan Telor. Mungkin ada sesetengah inti bebola daging ini anda takkan dapat di tempat lain. Jadi sekirany anda seorang yang sangat menggemari hidangan bakso ini. Tak salah mencuba hidangan yang mendapat jaminan daripada pengusaha Restoran Kotak SS15 ini sendiri. Mereka menjamin bahawa mulut anda akan dipenuhi dengan “letupan” rasa lazat inti bebola daging pilihan anda ketika menikmati hidangan Bakso di sini.
K Food – Makanan Ready-Packed Keluaran Khas KOTAK+
Selain itu, Restoran Kotak SS15 ini turut mengeluarkan produk makanan siap dibungkus dalam pek vakum yang boleh disimpan lama serta boleh dimakan di mana sahaja. Sekiranya anda seorang yang lebih menyukai ada makanan sudah siap masak dan nak makan sajian Indonesia di mana sahaja lagi-lagi ketika sibuk atau bekerja. Anda boleh lah membawa pulang beberapa pek K Food ini. Terdapat pelbagai pilihan seperti daging stew, ayam stew, kari ayam, ayam risoles dan bakso ayam goreng. Senan, mudah dan semestinya lazat!
Buat anda yang berada berdekatan di Subang Jaya atau apabila ada kesempatan berada di kawasan ini. Semestinya Restoran Kotak SS15 ini menjadi pilihan yang amat menarik untuk dicuba. Dah cuba, boleh kongsikan ya bersama kami pengalaman-pengalaman menarik anda merasai sendiri menu unik Indonesia di sini.
Gambar-gambar di ambil daripada Facebook Rasmi Kotak Malaysia! Nampak sedap kan?
SUMBER
https://kotakplus.com/abouthttps://www.foodadvisor.my/selangor/kotak-ss15-subang-jaya
https://www.oo-foodielicious.com/kotak-malaysia-ss15-subang-jaya/