Virus dan bakteria adalah penyebab biasa di sebalik penyakit berjangkit yang menimpa manusia. Oleh itu, bidang sains sangatlah memerlukan kaedah alternatif untuk melawan jangkitan bakteria dan memerangi penyakit yang boleh berlaku.
Salah satu kaedah yang dikatakan berpotensi untuk membunuh bakteria adalah menggunakan ‘bacteriophages’ iaitu virus yang menjangkiti dan membunuh bakteria.
Idea ini dikatakan telah wujud selama lebih kurang satu abad lagi. Tetapi, ia dilihat kurang memberangsangkan pada tahun 1940-an dengan adanya penemuan ‘penicillin’ dan antibiotik lain.
Namun begitu, sekarang gagasan terapi ‘bacteriophages’ dilihat mendapat peluang keduanya apabila sebilangan bakteria berbahaya dikatakan mengembangkan daya tahan terhadap antibiotik yang banyak digunakan.
Sekarang, jom ketahui lebih lanjut mengenai terapi ini seperti di bawah.
Bagaimana terapi phage berfungsi?
‘Bacteriophaes’ membunuh bakteria dengan menjadikannya pecah atau ‘lyse’. Ini berlaku apabila virus mengikat pada bakteria. Kemudian, ia menjangkiti bakteria dengan menyuntik gennya (DNA atau RNA).
Secara umum, ia memulakan proses “pembunuhannya” terlebih dahulu dengan mengenali dan mendarat pada bakteria. Setiap jenis phage mempunyai tapak pendaratan tertentu. Ia kemudian menyuntik DNA ke dalam bakteria. DNA ini menyalin dirinya sendiri, membuat lebih banyak phage, dan mengemas DNA yang baru dihasilkan. Terakhir, phage akan menghasilkan bahan kimia toksik yang memecah bakteria dari dalam ke luar, melepaskan “anak-anaknya” yang baru terhasil ke luar untuk menjangkiti lebih banyak bakteria.
Namyn begitu, bacteriophages hanya dapat membiak dan tumbuh di dalam bakteria. Setelah semua bakteria dilenyapkan (mati), mereka akan berhenti membiak. Seperti virus lain, phage boleh kekal senyap (dalam keadaan hibernasi) sehingga lebih banyak bakteria muncul.
Kelebihan terapi ini
Manfaat terapi phage adalah ia dapat mengatasi masalah kekurangan antibiotik. Sama seperti terdapat banyak jenis bakteria, terdapat juga beberapa jenis bacteriophage. Tetapi, setiap jenis phage hanya akan menyerang bakteria tertentu, jadi ia tidak akan menjangkiti bakteria lain. Ini bermaksud bahawa phage dapat digunakan untuk mensasarkan bakteria penyebab penyakit secara langsung.
Mikroba ini melakukan pekerjaan penting bagi kita, seperti menolong kita menghasilkan nutrien yang tidak dapat kita hasilkan sendiri.
Phage juga mampu membunuh bakteria yang tahan akan antibiotik. Cara phage membunuh bakteria adalah lebih sukar bagi bakteria untuk mengembangkan daya tahan berbanding dengan cara antibiotik membunuh bakteria.
Kekurangan bagi terapi phage
Dengan pengecualian pilihan rawatan yang terdapat di beberapa negara, phage tidak begitu dipandang sebagai rawatan pilihan bagi jangkitan bakteria. Terapi ini memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk mengetahui seberapa baik ia boleh berfungsi. Ianya tidak diketahui sama ada phage boleh membahayakan individu atau haiwan dengan cara yang tidak berkaitan dengan ketoksikan secara langsung.
Malah, terapi phage juga memerlukan masa yang lebih lama berbanding dengan penggunaan antibiotik. Memandangkan satu jenis phage hanya dapat menjangkiti beberapa spesies bakteria, pemilihan phage harus dilakukan dengan hati-hati.
Selain itu, ianya tidak diketahui adakah terapi ini boleh mencetuskan bakteria menjadi lebih kuat berbanding phage, yang mengakibatkan ketahanan terhadap phage.
KESIMPULANNYA,
Terapi phage bukanlah satu perkara baru, tetapi implikasi penggunaannya pada manusia dan haiwan belum tidak diteliti dengan baik. Kajian semasa dan beberapa kes yang berjaya mungkin bermaksud bahawa ia akan menjadi satu terapi yang lebih biasa selepas ini.
Seterusnya, terapi phage dianggap selamat dan dipersetujui untuk digunakan dalam industri makanan. Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) telah meluluskan beberapa campuran phage untuk membantu menghentikan pertumbuhan bakteria dalam makanan. Ini membantu mencegah keracunan makanan disebabkan bakteria biasa seperti Salmonella, Listeria, E.coli dan banyak lagi.
Dalam masa terdekat, jika antibiotik mula kehilangan keberkesanannya, kita mungkin akan mula mendengar lebih banyak cerita berkenaan terapi ini. Dan pada suatu hari, terapi phage mungkin menjadi jalan terakhir untuk melawan kes-kes bakteria yang tahan akan antibiotik.
SUMBER
https://www.webmd.com/a-to-z-guides/news/20190508/antibiotic-alternative-a-virus-to-fight-bacteria#1
https://www.healthline.com/health/phage-therapy
https://sitn.hms.harvard.edu/flash/2018/bacteriophage-solution-antibiotics-problem/