Now Reading
Penghidratan Melampau – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan

Penghidratan Melampau – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan

penghidratan melampau

Minum terlalu banyak air boleh membahayakan. Penghidratan melampau boleh menyebabkan mabuk air. Ini berlaku apabila jumlah garam dan elektrolit lain di dalam badan anda menjadi terlalu cair.

Hyponatremia adalah keadaan di mana kadar natrium (garam) menjadi rendah. Ini adalah kebimbangan utama terhadap penghidratan melampau.

Sekiranya elektrolit anda turun terlalu rendah dan terlalu cepat, ia boleh membawa maut. Kematian akibat penghidratan melampau jarang berlaku, tetapi boleh berlaku.

Kesemua sistem utama badan anda bergantung pada air untuk berfungsi dengan baik. Minum air yang mencukupi dapat membantu badan anda:

  • mengawal suhu badan
  • mencegah sembelit
  • membuang toksik daripada badan
  • melakukan semua fungsi utama badan

Sebilangan besar individu, terutama mereka yang bersenam dalam cuaca panas, lebih cenderung tidak minum air secukupnya.

Pengambilan air secukupnya berdasarkan umur

Kanak-Kanak

1 hingga 3 tahun : 1.3 L (44 auns)

4 hingga 8 tahun : 1.7 L (57 auns)

Lelaki

9 hingga 13 tahun : 2.4 L (81 auns)

14 hingga 18 tahun : 3.3 L (112 auns)

19 tahun dan ke atas: 3.7 L (125 auns)

Perempuan

9 hingga 13 tahun : 2.1 L (71 auns)

14 hingga 18 tahun : 2.3 L (78 auns)

19 tahun dan ke atas: 2.7 L (91 auns)

Simptom Penghidratan Melampau

Anda mungkin tidak dapat mengenalpasti simptom penghidratan melampau pada peringkat awal. Semasa keadaan semakin teruk, simptom biasa berlaku seperti:

  • pening dan muntah
  • sakit kepala
  • perubahan keadaan mental seperti kekeliruan atau hilang kesedaran

Penghidratan melampau yang tidak dirawat boleh menyebabkan kadar natrium dalam darah anda rendah. Ini boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk, seperti:

– Bagaimana penghidratan melampau dikatakan melampau?

Faktor penghidratan melampau bukan sahaja pada jumlahnya tetapi pada waktunya.

Berdasarkan satu gambar rajah kajian pada tahun 2013, buah pinggang boleh menyingkirkan sebanyak 20-28 liter air sehari. Namun, buah pinggang hanya boleh menyingkirkan tidak lebih daripada 0.8-1.0 liter air sejam.

Untuk mengelakkan penghidratan melampau, penting untuk tidak membebankan buah pinggang dengan tidak minum air terlampau banyak daripada kemampuannya.

Bagi individu yang sihat, warna air kencing anda adalah petunjuk yang baik untuk status penghidratan anda.

Air kencing berwarna kuning pucat yang kelihatan seperti jus lemon adalah tanda pengambilan air yang baik.

Air kencing yang lebih gelap bermaksud anda memerlukan lebih banyak air. Air kencing tidak berwarna bermaksud anda terlalu panas.

Punca Penghidratan Melampau

Penghidratan melampau adalah ketidakseimbangan cecair. Ia berlaku apabila badan anda menerima atau menahan lebih banyak cecair daripada yang boleh dikeluarkan oleh buah pinggang anda.

Minum air terlalu banyak atau tidak boleh membuangnya boleh menyebabkan paras air dalam badan meningkat. Ini mencairkan bahan penting dalam darah anda.

Atlet olahraga, seperti maraton dan triatlon, kadang-kadang minum terlalu banyak air sebelum dan semasa acara larian.

Institut Perubatan menetapkan garis panduan tentang pengambilan air yang mencukupi. Orang dewasa yang sihat disyorkan untuk minum sekitar 9–13 cawan cecair setiap hari, secara purata.

Penting juga untuk diingat bahawa keperluan air berbeza mengikut umur, jantina, cuaca, tahap aktiviti, dan kesihatan keseluruhan.

Oleh itu, tidak ada formula yang tepat mengenai berapa banyak air untuk diminum.

Situasi biasa seperti panas yang melampau, aktiviti yang memerlukan tenaga, dan demam memerlukan pengambilan cecair yang banyak daripada purata.

Beberapa keadaan dan ubat-ubatan menyebabkan penghidratan melampau dengan membuatkan tubuh menyimpan cecair yang banyak. Ini termasuklah:

  • kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • penyakit hati
  • masalah buah pinggang
  • sindrom hormon anti diuretik yang tidak sesuai
  • ubat anti-radang bukan steroid
  • diabetes yang tidak terkawal

Keadaan dan ubat lain yang boleh menyebabkan pengambilan air meningkat, membuatkan anda rasa sangat dahaga. Ini termasuklah:

  • skizofrenia
  • MDMA (biasanya dikenali sebagai ecstasy)
  • ubat anti psikotik
  • diuretik

Faktor Risiko Penghidratan Melampau

Individu yang berisiko mengalami penghidratan melampau:

  • individu yang menjalani maraton dan ultramarathon (lumba lari lebih daripada 26.2 batu)
  • Triatlet Ironman
  • penunggang basikal lasak
  • pemain ragbi
  • pendayung elit
  • anggota tentera yang terlibat dalam latihan senaman
  • pendaki

Keadaan ini juga lebih mungkin terjadi pada individu yang mengalami penyakit buah pinggang atau hati. Ia juga boleh mempengaruhi individu yang mengalami kegagalan jantung.

Jenis Penghidratan Melampau

Terdapat dua jenis utama penghidratan melampau:

  • Peningkatan pengambilan air

Ini berlaku apabila anda minum lebih banyak air daripada yang boleh dirembes keluar oleh buah pinggang dalam bentuk air kencing. Ini boleh menyebabkan terlalu banyak air terkumpul dalam aliran darah anda.

  • Menahan air

Ini berlaku apabila badan anda tidak dapat membuang air dengan betul. Beberapa keadaan perubatan boleh menyebabkan badan anda menahan air.

Kedua-dua jenis ini berbahaya kerana tidak menyeimbangkan jumlah air dan garam dalam darah anda.

Diagnosis Penghidratan Melampau

Doktor anda akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda untuk mengetahui sama ada simptom anda disebabkan oleh terlalu panas atau keadaan lain.

Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal, dan mereka boleh melakukan ujian darah dan air kencing.

Rawatan Penghidratan Melampau

Bagaimana anda dirawat kerana disebabkan penghidratan melampau bergantung pada seberapa teruk simptom anda dan apa yang menyebabkan keadaan tersebut. Rawatan boleh merangkumi:

  • mengurangkan pengambilan cecair anda
  • mengambil ubat diuretik untuk meningkatkan penghasilan jumlah air kencing
  • merawat keadaan yang menyebabkan penghidratan melampau
  • menghentikan sebarang ubat yang menjadi punca
  • menggantikan garam dalam kes yang teruk

Bagaimanakah anda dapat mengelakkan penghidratan melampau?

Atlet olahraga dapat mengurangkan risiko penghidratan melampau dengan menimbang badan sebelum dan selepas perlumbaan.

Ini membantu menentukan berapa banyak air yang hilang dan perlu diisi semula. Disyorkan untuk minum 16 hingga 20 auns cecair untuk setiap kg yang hilang.

Semasa bersenam, cubalah minum 2 hingga 4 cawan air setiap jam. Sekiranya bersenam lebih dari satu jam, 100 plus boleh juga menjadi pilihan.

Minuman ini mengandungi gula, bersama dengan elektrolit seperti natrium dan kalium, yang menyebabkan anda berpeluh.

Jadikan dahaga juga sebagai petunjuk anda ketika bersenam. Sekiranya anda dahaga, minum lebih banyak.

Sekiranya anda mempunyai keadaan perubatan seperti diabetes, CHF, atau penyakit buah pinggang, berbincanglah dengan doktor anda untuk memilih rawatan terbaik.

Hubungi doktor anda jika anda mengalami kehausan melampau. Ini boleh menjadi simptom masalah perubatan yang perlu dirawat.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/overhydration#prevention

https://www.healthline.com/health/drink-water-overhydration#What-is-proper-hydration?

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318619#how-much-is-too-much



error: Content is protected !!