Now Reading
Penyakit Buah Pinggang (Kidney disease) – Simptom, Punca dan Rawatan

Penyakit Buah Pinggang (Kidney disease) – Simptom, Punca dan Rawatan

penyakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang, yang juga dikenali sebagai jangkitan ‘renal’ atau pielonefritis, adalah sejenis jangkitan saluran kencing yang lazim.

Bakteria sering menjangkiti pundi kencing atau uretra dan tersebar ke salah satu buah pinggang.

Selain itu, golongan wanita paling banyak dijangkiti jangkitan buah pinggang termasuklah ibu mengandung, kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun dan individu yang berumur lebih daripada 60 tahun.

Jangkitan buah pinggang boleh menjejaskan anggaran 3 hingga 4 orang dalam setiap 10,000 orang dan 15 hingga 17 dalam setiap 10,000 wanita.

 

Simptom Penyakit Buah Pinggang

Anda mungkin tidak dapat melihat sebarang masalah jika ada penyakit buah pinggang yang kronik pada peringkat awal, dan kadangkala di peringkat yang lebih serius juga. Kebanyakan individu tidak mempunyai tanda-tanda awal dan ini adalah berbahaya, kerana kerosakan boleh berlaku tanpa anda sedari.

Sekiranya penyakit kronik anda ini lebih serius, anda boleh:

  • Muntah atau sering merasa mahu muntah.
  • Kencing lebih kerap, atau kurang kerap daripada biasa.
  • Lihat buih pada air kencing anda.
  • Mempunyai bengkak, terutama sekali dipergelangan kaki, dan bengkak di sekeliling mata.
  • Merasa letih atau pendek nafas sepanjang masa.
  • Tidak berasa seperti mahu makan.
  • Tidak dapat merasa dengan banyak.
  • Mempunyai kekejangan otot, terutamanya di kaki anda.
  • Mempunyai kulit yang sangat kering dan gatal.
  • Tidur dengan kurang baik.
  • Kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas.

Punca Penyakit Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila ada penyakit atau keadaan yang merosakkan fungsi buah pinggang. Ini juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang menjadi lebih serius selama beberapa bulan atau beberapa tahun.

Penyakit dan keadaan yang boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik termasuklah:

  • Diabetis jenis 1 atau jenis 2.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Glomerulonefritis, keradangan unit penapisan buah pinggang (glomeruli).
  • Nefritis interstisial, keradangan tubula buah pinggang dan struktur sekitarnya.
  • Penyakit buah pinggang polikistik.
  • Penyumbatan saluran kencing yang berpanjangan, berpunca dari keadaan seperti pembesaran prostat, batu buah pinggang dan beberapa kanser.
  • Vesikoreteral refluks, keadaan yang menyebabkan urin kembali ke dalam buah pinggang anda.
  • Jangkitan buah pinggang berulang, juga dikenali sebagai pielonefritis.

 

 

Diagnosis Penyakit Buah Pinggang

Doktor biasanya akan memeriksa kadar jantung, tekanan darah, suhu dan kadar pernafasan pesakit untuk memeriksa tahap kesihatan umum mereka. Di samping itu, doktor juga akan memeriksa tanda-tanda penyahhidratan. Ujian lain juga boleh dilakukan seperti:

  • Pemeriksaan fizikal. Ia akan dijalankan, dengan penekanan khusus pada bahagian tengah dan bawah badan untuk melihat sama ada terdapat kawasan yang sensitif, sakit atau lembut.
  • Pemeriksaan pelvis. Sekiranya pesakit itu adalah seorang wanita muda, doktor boleh menjalankan pemeriksaan pelvis untuk mengesahkan sama ada terdapat apa-apa penyakit keradangan pelvis atau tidak. Namun, jika wanita itu pada umur yang boleh mengandung, ujian kehamilan mungkin akan disyorkan.
  • Ujian urin. Ujian urin boleh menentukan kehadiran jangkitan saluran air kencing tetapi bukan lokasinya. Walau bagaimanapun, ujian urin ini masih boleh membantu doktor membuat diagnosis.

 

Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik termasuklah:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi.
  •  
  • Penyakit jantung dan darah (kardiovaskular).
  • Merokok.
  • Obesiti.
  • Individu daripada bangsa Afrika-Amerika, Amerika Asli atau Asia-Amerika.
  • Sejarah keluarga yang menghidap penyakit buah pinggang.
  • Struktur buah pinggang yang tidak normal.
  • Sudah berusia.

 

Rawatan Penyakit Buah Pinggang

Jangkitan buah pinggang boleh dirawat di rumah atau di hospital; ini akan bergantung pada beberapa faktor, termasuk betapa seriusnya simptom serta keadaan kesihatan umum pesakit.

  • Ubat antibiotik. Rawatan di rumah terdiri daripada pengambilan antibiotik oral yang ditetapkan. Pesakit akan mula berasa lebih baik selepas beberapa hari.

Ianya adalah penting supaya individu selesai menjalani rawatan antibiotik dan mematuhi arahan doktor mereka.

  • Pengambilan cecair. Pengambilan cecair yang banyak akan membantu mencegah simptom demam dan penyahhidratan. Cadangan pengambilan cecair mungkin berbeza, bergantung kepada jenis jangkitan.

Doktor juga boleh menetapkan analgesik jika terdapat sebarang kesakitan. Jika individu dirawat di hospital dan mengalami masalah penyahhidratan, cecair boleh diberikan dengan titisan. Kebanyakan kes kemasukan ke hospital tidak bertahan lebih daripada 3-7 hari.

Ujian urin dan darah berikutnya juga akan memberitahu doktor tentang rawatan yang berkesan untuk merawat penyakit buah pinggang yang dihidapi.

Faktor-faktor berikut lebih cenderung mendorong kepada rawatan yang diberikan di hospital bagi masalah jangkitan buah pinggang:

  • Diabetes.
  • Kesukaran membuang air kecil.
  • Kanser dan rawatan kemoterapi atau radioterapi.
  • Sel sabit anemia.
  • Mempunyai sejarah jangkitan buah pinggang.
  • HIV.
  • Sekatan di buah pinggang.
  • Sedang hamil.
  • Kesakitan yang serius.
  • Muntah yang serius.
  • Berumur 60 tahun ke atas.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/pyelonephritis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-infection/symptoms-causes/syc-20353387

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/kidney-infections-symptoms-and-treatments

https://www.medicalnewstoday.com/articles/182306

error: Content is protected !!