Penyakit Croup, juga dikenali sebagai ‘Viral Laryngotracheobronchitis’ merupakan satu keadaan yang mengganggu saluran udara bayi anda dan menyebabkannya membengkak. Apabila saluran udara di bawah kod vokal menjadi sempit, bayi anda akan berasa sukar untuk bernafas. Selain itu, pernafasannya akan berbunyi kuat dan mempunyai batuk yang terdengar seperti salakan anjing laut atau anjing. Suaranya juga akan terdengar kasar dan serak, terutama ketika bayi menangis.
Simptom Penyakit Croup
Penyakit Croup biasanya bermula sebagai keadaan yang sejuk. Anak anda mungkin mempunyai hidung berair atau sesak dan demam. Namun, ianya tidak mengambil masa yang lama sebelum simptom berubah menjadi sesuatu yang lain. Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin dialami anak anda:
- Batuk yang kelihatan seperti menyalak (mungkin lebih buruk pada waktu malam).
- Suara kasar atau serak.
- Nafas yang bising.
- Demam (dalam sesetengah kes).
- Ruam.
- Kemerahan mata.
- Nodus limfa bengkak.
Hubungi doktor anda jika gejala tidak bertambah baik selepas 3 hingga 5 hari atau simptom tersebut menjadi lebih buruk. Berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda:
- Membuat bunyi pernafasan yang bising dan kuat (doktor memanggilnya sebagai ‘stridor’) apabila dia mengambil dan melepaskan nafasnya.
- Mula melelehkan air liur atau mengalami kesukaran untuk menelan.
- Cemas, gelisah atau tidak mempunyai tenaga.
- Bernafas lebih cepat daripada biasa.
- Sukar bernafas (otot dada seperti ditarik).
- Bertukar warna kelabu atau biru di sekitar bahagian hidung, mulut atau kuku.
- Dehidrasi, dengan bibir atau lidah yang kering dan/ atau tiada pengeluaran air kencing.
Punca Penyakit Croup
Penyakit Croup biasanya berlaku disebabkan jangkitan virus, selalunya virus parainfluenza. Anak anda mungkin mendapat virus dengan menghirup udara yang dijangkiti dengan titisan batuk atau bersin. Zarah virus ini juga boleh berada pada mainan dan permukaan yang lain.
Sekiranya anak anda menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya, jangkitan ini juga mungkin berlaku.
Diagnosis Penyakit Croup
Diagnosis boleh mengesahkan jenis dan tahap betapa seriusnya keadaan itu. Di samping itu, ia berkemungkinan besar berlaku pada golongan bayi, kanak-kanak, dan kanak-kanak kecil di antara umur 3 bulan dan 6 tahun.
Memandangkan laluan pernafasan adalah lebih besar pada kanak-kanak dan remaja yang lebih tua, pembengkakan dan keradangan bahagian atas saluran pernafasan biasanya tidak menyebabkan gejala penyakit Croup. Namun, walaupun kes ini jarang berlaku, kanak-kanak berusia lebih 6 tahun juga boleh mendapat penyakit ini.
Faktor Risiko Penyakit Croup
Kebanyakan individu yang berisiko mendapat penyakit Croup ialah kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 3 tahun. Memandangkan kanak-kanak ini mempunyai saluran udara yang kecil, mereka paling mudah terdedah kepada gejala yang lebih banyak.
Faktor risiko untuk mendapat penyakit Croup termasukLAH perkara berikut:
- Variasi bermusim; dengan insiden tertinggi pada akhir musim gugur (autumn), namun keadaan ini masih boleh berlaku sepanjang tahun.
- Jangkitan virus; 75% daripada semua kes adalah hasil daripada jangkitan dengan virus parainfluenza, dan paling biasa adalah jenis I. Sebab-sebab lain termasuklah virus ‘respiratory syncytial’, ‘metapneumovirus’, influenza A dan B, adenovirus dan mikoplasma.
- Keadaan pramatang.
- Usia muda.
- Asma, terutamanya bagi keadaan kulat spasmodik.
Komplikasi Penyakit Croup
Kebanyakan kes penyakit Croup adalah ringan. Dalam peratusan kecil kanak-kanak, saluran udara membengkak dengan cukup untuk mengganggu pernafasan mereka., Jangkitan bakteria sekunder trakea boleh berlaku namun tidak terjadi dengan kerap, yang mana jangkitan ini boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.
Hanya sebilangan kecil kanak-kanak yang dilihat di bilik kecemasan bagi penyakit Croup perlu dirawat di hospital.
Rawatan Penyakit Croup
Majoriti kanak-kanak dengan penyakit Croup boleh dirawat di rumah. Namun, penyakit ini boleh menjadi menakutkan, terutamanya jika anak anda perlu dibawa ke pejabat doktor, bilik kecemasan atau hospital. Rawatan biasanya dibuat berdasarkan pada keparahan simptom anak anda.
– Langkah berjaga-jaga
Menenangkan anak anda dan menjaga dia adalah penting kerana menangis dan keadaan yang huru-hara boleh memburukkan lagi halangan saluran udara. Pegang, dodoikan atau baca cerita yang tenang kepada anak anda. Selain itu, anda boleh menawarkan selimut kegemaran atau mainannya juga. Pastikan anda bercakap dengan suara yang menenangkan ketika berbual dengan anak anda.
– Ubat
Sekiranya gejala anak anda berterusan melebihi 3 hingga 5 hari atau bertambah buruk, doktor anak anda boleh menetapkan ubat-ubatan ini:
- Satu jenis steroid (glucocorticoid) boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan di saluran udara. Kesannya biasa akan dirasai dalam masa beberapa jam. Satu dos ‘dexamethasone’ biasanya akan disyorkan kerana kesannya yang tahan lama.
- Epinephrine juga berkesan dalam mengurangkan keradangan saluran pernafasan dan boleh diberikan dalam bentuk yang disedut menggunakan semburan bagi simptom yang lebih serius. Ia memberi kesan dengan cepat, tetapi kesannya itu cepat habis. Jadi, anak anda mungkin perlu diperhatikan di dalam bilik kecemasan selama beberapa jam sebelum pulang ke rumah untuk menentukan sama ada dos kedua diperlukan atau tidak.
SUMBER
https://www.healthline.com/health/croup
https://www.webmd.com/children/understanding-croup-basic-information