Penyakit Kawasaki adalah penyakit yang selalunya memberi kesan kepada kanak-kanak, terutamanya mereka di bawah umur 5 tahun. Ia merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan penyakit jantung pada kanak-kanak. Namun, ia boleh dirawat jika doktor dapat mengesannya lebih awal, malah kebanyakan kanak-kanak pulih tanpa sebarang masalah.
Selain itu, penyakit ini kadangkala dipanggil sindrom nodus limfa ‘mucocutaneus’ kerana ia juga mempengaruhi nodus limfa, kulit dan membran mukus di dalam mulut, hidung dan tekak.
Tanda-tanda penyakit Kawasaki adalah seperti demam panas dan kulit mengelupas boleh jadi menakutkan. Berita baiknya adalah penyakit tersebut biasanya boleh dirawat, dan kebanyakan kanak-kanak sembuh dari penyakit Kawasaki tanpa mendapat masalah yang serius.
Simptom Penyakit Kawasaki
Salah satu perkara yang paling penting tentang penyakit iniadalah ia boleh dihidapi dengan cepat dan simptomnya muncul secara berperingkat. Ia juga boleh menyebabkan masalah jantung dalam masa 10 hari hingga 2 minggu selepas simptom bermula.
Tanda-tanda penyakit Kawasaki mungkin termasuk yang berikut:
- Demam panas dan respon minimal kepada ubat yang biasanya boleh menurunkan suhu – selalunya berterusan lebih daripada 5 hari.
- Ruam dan/atau kulit mengelupas, selalunya di bahagian dada dan kaki serta di bahagian kelamin atau pangkal paha, kemudian pada jari tangan dan jari kaki.
- Bengkak dan kemerahan di tangan dan bawah kaki, diikuti dengan bersalin kulit tangan dan kaki.
- Kemerahan di mata.
- Kelenjar yang membengkak, terutamanya di leher.
- Kegatalan pada tekak, mulut dalam dan bibir.
- Bengkak, lidah berwarna merah ‘strawberi’.
- Sakit sendi.
- Masalah perut, seperti cirit-birit dan muntah.
Jika anak anda demam antara 101 dan 103 darjah yang berterusan lebih dari 4 hari, serta menunjukkan beberapa simptom penyakit tersebut, segerea berjumpa dengan doktor. Rawatan lebih awal dapat membantu mengurangkan kemungkinan bagi anak anda untuk mendapatkan apa-apa kesan yang kekal.
Punca Penyakit Kawasaki
Tiada siapa yang mengetahui punca yang menyebabkan penyakit Kawasaki, tetapi para saintis tidak percaya bahawa penyakit ini boleh berjangkit dari individu ke individu. Ada juga beberapa teori yang dikaitkan dengan penyakit yang berlaku disebabkan bakteria, virus atau faktor persekitaran yang lain, tetapi tidak ada yang terbukti benar. Di samping itu, gen tertentu boleh meningkatkan kecendurungan anak anda mendapat penyakit Kawasaki.
Diagnosis Penyakit Kawasaki
Bagi menjalani diagnosis penyakit ini, demam selama 5 hari atau lebih serta empat dari lima penemuan utama lain adalah seperti:
- Konjunktivitis.
- Perubahan dalam bibir atau mulut.
- Kelenjar limfa membengkak di leher.
- Ruam pada badan.
- Perubahan pada tangan atau tapak kaki.
Pada masa ini, tiada ujian khusus boleh mengesahkan penyakit tersebut.
Memandangkan simptom penyakit ini hampir sama dengan penyakit-penyakit lain yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti demam campak, demam merah (scarlet fever) dan artritis juvenil, beberapa ujian boleh dibuat untuk membuang faktor penyakit lain ini.
Seterusnya, doktor akan mempertimbangkan simptom pesakit dan menjalankan pemeriksaan fizikal.
Pemeriksaan ujian darah dan ujian lain seperti:
- Kiraan sel darah putih yang tinggi.
- Keradangan pada sendi.
- Kadar pemendapan yang tinggi.
- Anemia ringan.
- Kehadiran protein atau sel darah putih dalam air kencing.
Faktor Risiko Penyakit Kawasaki
Tiga perkara yang diketahui boleh meningkatkan risiko anak anda mendapat penyakit ini, termasuklah:
- Umur. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun paling berisiko mendapat penyakit Kawasaki.
- Jantina. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit Kawasaki daripada kanak-kanak perempuan.
- Etnik. Kanak-kanak berketurunan Asia atau Pasifik, seperti Jepun atau Korea, mempunyai kadar risiko penyakit Kawasaki yang lebih tinggi.
Rawatan Penyakit Kawasaki
Anak anda mungkin mempunyai kesakitan yang serius kerana demam, bengkak dan kerengsaan kulit. Doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakannya, termasuk aspirin dan ubat lain yang boleh menghalang pembekuan darah.
Tambahan lagi, anda tidak seharusnya memberi anak anda sebarang ubat tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Anak anda juga mungkin akan mendapat suntikan imunisasi globulin. Ia lebih berkesan apabila diberikan bersama aspirin berbanding menggunakan aspirin sahaja. Suntikan ini juga akan dapat mengurangkan kemungkinan masalah jantung apabila digunakan pada peringkat awal rawatannya. Disebabkan risiko komplikasi yang boleh terjadi, kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit Kawasaki dirawat di hospital.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kawasaki-disease/symptoms-causes/syc-20354598
https://www.webmd.com/children/what-is-kawasaki-disease