Now Reading
Penyakit Lupus (Lupus) – Jenis, Gejala, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Penyakit Lupus (Lupus) – Jenis, Gejala, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

lupus

Lupus adalah penyakit autoimun jangka panjang yang mana sistem imun badan menjadi hiperaktif dan menyerang tisu yang sihat dan normal. Gejala yang dialami termasuklah keradangan, pembengkakan, dan kerosakan pada sendi, kulit, buah pinggang, darah, jantung, dan paru-paru.

Disebabkan sifatnya yang kompleks, ia dikenali sebagai “penyakit 1,000 muka.”  

Di Amerika Syarikat, kira-kira 16,000 kes baru dilaporkan pada setiap tahun dan sehingga 1.5 juta individu mungkin hidup dengan keadaan ini, menurut Pertubuhan Lupus Amerika.    

Pertubuhan tersebut menyatakan bahawa penyakit ini cenderung menyerang wanita dan kemungkinan besar akan dialami di antara usia 15 dan 44 tahun.

Masalah kesihatan ini mendapat perhatian orang ramai pada tahun 2015 selepas penyanyi Selena Gomez mengumumkan dia telah didiagnosa sebagai seorang pesakit dan menjalani rawatan untuk penyakit itu.

Namun begitu,dalam kes yang jarang berlaku, wanita penghidap lupus boleh melahirkan anak-anak yang membawa penyakit sama. Komplikasi ini  dipanggil sebagai ‘lupus neonatal’.

Jenis Lupus

Terdapat pelbagai jenis penyakit lupus. Artikel ini memberi tumpuan terutamanya pada lupus eritematosus sistemik (SLE), dan juga jenis lain termasuk diskoid, dadah, dan lupus neonatal.  

Lupus Eritematosus Sistemik (SLE). Dikenali sebagai ‘SLE’, adalah sejenis lupus yang paling biasa dialami. Ia adalah sistemik, bermakna ia memberi kesan ke seluruh badan. Gejala-gejalanya boleh berkisar dari ringan hingga serius.

Jenis ini lebih parah daripada jenis yang lain, seperti lupus diskoid, kerana ia boleh menjejaskan mana-mana organ atau sistem organ dalam tubuh. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit, sendi, paru-paru, buah pinggang, darah, jantung, atau gabungan kesemuanya.  

  • Discoid lupus erythematosus (DLE). Di eritematosus lupus discoid (DLE) atau lupus kutaneus, gejalanya memberi kesan kepada kulit sahaja. Ruam akan kelihatan pada muka, leher, dan kulit kepala.

Kawasan yang dinaiki ruam mungkin menjadi tebal dan bersisik, dan parut pun akan timbul. Ruam di kulit boleh berlanjutan dari beberapa hari hingga beberapa tahun, dan ia boleh berulang.

Namun demikian, DLE tidak menjejaskan organ dalaman. Hanya lebih kurang 10 peratus daripada individu menghidap DLE akan turut diserang SLE menurut Pertubuhan Lupus Amerika. Tetapi kajian yang dilakukan itu masih tidak jelas, sama ada individu-individu ini sudah mempunyai SLE dan hanya menunjukkan tanda-tanda klinikal pada kulit atau jika terdapat perkembangan daripada DLE ke SLE.  

  • Eritematosus Lupus Kutaneus Subakut. Eritematosus lupus kutaneus subakut merujuk kepada lesi kulit yang muncul di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari. Namun, luka tersebut tidak menyebabkan parut.

  • Lupus juga boleh berlaku disebabkan ubat. Lebih kurang 10 peratus orang menghidap SLE, mempunyai reaksi terhadap ubat preskripsi tertentu. Menurut Rujukan Rumah Genetik, kira-kira 80 ubat boleh menyebabkan keadaan ini.  

Ini termasuk beberapa ubat yang digunakan untuk merawat kejang dan tekanan darah tinggi. Termasuk juga beberapa ubat tiroid, antibiotik, antijamur, dan pil kontraseptif oral.  

Ubat-ubatan yang biasanya dikaitkan dengan bentuk ini adalah:  

  • Hydralazine, ubat hipertensi  
  • Procainamide, ubat arrhythmia jantung  
  • Isoniazid, antibiotik yang digunakan untuk merawat tuberkulosis (TB)  

Penyakit ini yang disebabkan oleh dadah/ubat biasanya hilang selepas pesakit berhenti menggunakan ubat tersebut.

  • Lupus neonatal. Kebanyakan bayi yang dilahirkan penghidap SLE adalah sihat. Walaubagaimanapun, lebih kurang 1 peratus wanita dengan autoantibodi berkaitan akan melahirkan bayi menghidap lupus neonatal.  Wanita tersebut mungkin mempunyai SLE, sindrom ‘Sjögren’, atau tiada gejala penyakit sama sekali.

Sindrom ‘Sjögren’ adalah satu lagi keadaan autoimun yang sering berlaku seiring lupus. Gejala utamanya termasuk mata kering dan mulut kering .   

Pada waktu kelahiran, bayi mempunyai lupus neonatal mungkin mengalami ruam kulit, masalah hati, dan tekanan darah rendah.  10 peratus daripada mereka akan mengalami anemia .   

Lesi biasanya hilang selepas beberapa minggu. Sesetengah bayi mempunyai komplikasi blok jantung kongenital, di mana jantung tidak boleh mengawal tindakan mengepam seperti biasa dan beritma. Mereka memerlukan perentak jantung, jika tiada, boleh mengancam nyawa bayi.   

 

Simptom Lupus

Gejala-gejala penyakit lupus ini berlaku sewaktu keradangan. Antara tempoh keradangan tersebut, individu biasanya akan mengalami sedikit atau tiada gejala.

Masalah kesihatan ini mempunyai pelbagai gejala, termasuklah:

  • Keletihan 
  • 400;”>Kehilangan selera makan dan kehilangan berat badan
  • Sakit atau pembengkakan pada sendi dan otot
  • Bengkak di kaki atau di sekeliling mata
  • Kelenjar atau nodus limfa bengkak 
  • Ruam kulit, kerana pendarahan di bawah kulit
  • Ulser mulut 
  • Kepekaan terhadap matahari
  • Demam
  • Sakit kepala
  • 400;”>Sakit dada ketika melakukan pernafasan yang dalam
  • Kehilangan rambut luar biasa
  • Jari atau jari kaki menjadi pucat atau ungu serta sejuk (fenomena Raynaud)
  • Arthritis

 

Punca Lupus

Penyakit lupus ini merupakan penyakit autoimun. Oleh itu, penyebab sebenarnya masih kurang jelas.

Sistem imun melindungi tubuh dan melawan antigen, seperti virus, bakteria, dan kuman. Ianya dilakukan dengan menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi. Sel darah putih, atau limfosit B, menghasilkan antibodi tersebut. Apabila seseorang mempunyai masalahautoimun seperti lupus, sistem imun tubuh tidak dapat membezakan antara bahan yang tidak diingini, atau antigen, dan tisu yang sihat. Akibatnya, sistem imun menyalurkan antibodi terhadap kedua-dua tisu sihat dan juga antigen. Keadaan ini menyebabkan kerosakan tisu, bengkak, dan rasa sakit.

Jenis autoantibodi paling lazim yang didapati pada individu menghidap lupus ialah antibodi antinuklear (ANA). ANA bereaksi dengan bahagian-bahagian nukleus sel, pusat arahan sel. Autoantibodi ini beredar di dalam darah dan kemudiannya boleh menyerang DNA dalam nukleus sel-sel ini. Inilah sebab ianya mempengaruhi beberapa organ sahaja, bukan semua.

 

– Mengapa sistem imun tubuh menjadi salah?

Beberapa faktor genetik mungkin mempengaruhi perkembangan SLE.

Sesetengah gen dalam badan membantu sistem imun berfungsi. Pada individu yang menghidap SLE, perubahan dalam gen ini boleh menghentikan sistem imun daripada berfungsi dengan betul. Ia mungkin berkaitan dengan kematian sel, iaitu proses semula jadi yang berlaku ketika badan memperbaharui sel-selnya, menurut Rujukan Rumah Genetik. Sesetengah saintis percaya bahawa, disebabkan faktor genetik, badan tidak menyingkirkan sel-sel yang telah mati dan menyebabkan sistem imun menjadi rosak.

 

Diagnosis Lupus

Diagnosis penyakit ini boleh menjadi sukar kerana gejalanya yang berbeza-beza mengikut individu dan ia menyerupai gejala penyakit lain.

Pada peringkat permulaan, doktor akan bertanya tentang gejala, menjalankan pemeriksaan fizikal, dan memeriksa sejarah perubatan peribadi pesakit dan keluarga.

Doktor juga akan menjalankanbeberapa ujian darah dan penyiasatan makmal yang lain. Antara tindakan yang diambil oleh doktor untuk mengesan penyakit ini adalah:

  • Biopenanda. Biopenanda adalah antibodi, protein, genetik, dan faktor lain yang dapat menunjukkan kepada doktor apa yang berlaku di dalam badan atau bagaimana tubuh bertindak balas terhadap rawatan. Ia berguna kerana ia boleh menunjukkan jika seseorang mempunyai penyakit tersebut walaupun tidak ada gejala. Ia memberi kesan kepada individu dalam pelbagai cara. Ini menjadikannya sukar untuk mencari biopenanda yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, gabungan ujian darah dan penyiasatan lain boleh membantu doktor mengesahkan diagnosis.
  • Ujian darah. Ujian darah boleh menunjukkan sama ada biopenanda tertentu hadir, dan biopenanda boleh memberi maklumat mengenai penyakit autoimun, jika ada, pada seseorang.
  • Antibodi antinuklear. Sekitar 95 peratus individu menghidap lupus akan mendapat keputusan positif dalam ujian ANA. Walaubagaimanapun, sesetengah individudiujipositif ANA, tetapi mereka tidak mempunyai penyakit tersebut. Ujian lain perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.
  • Antibodi antifosfolipid. Antibodi antifosfolipid (APL) adalah sejenis antibodi yang dikhaskan terhadap fosfolipid. APL hadir dalam 50 peratus daripada pesakit lupus. Individu tanpa lupus juga boleh memiliki APL. Seseorang yang memiliki APL mempunyai risiko mendapat penyakit seperti darah tinggi, strok, dan hipertensi pulmonari yang lebih tinggi. Terdapat juga risiko komplikasi kehamilan yang lebih tinggi termasuk kehilangan kehamilan.
  • Ujian antibodi anti-DNA. Kira-kira 70 peratus daripada orang yang mempunyai lupus mempunyai antibodi yang dikenali sebagai antibodi anti-DNA. Hasilnya lebih cenderung menjadi positif sewaktu ujian.  
  • Anti-dsDNA antibodi. Ia adalah sejenis antibodi ANA spesifik yang terdapatpada 30 peratus pesakit yang menghidap lupus. Kurang daripada 1 peratus individu yang tidak menghidap lupus mempunyai antibodi ini.  Sekiranya ujian tersebut positif, ia mungkin bermakna seseorang mempunyai bentuk lupus yang lebih serius seperti lupus nephritis, atau lupus buah pinggang.
  • Antibodi Anti-Smith. Lebih kurang 20 peratus daripada pesakit lupus memilikiantibodi anti-smith yang terdapat dalam nukleus sel.  Hanya 1 peratus individu yang tidak menghidap lupus mempunyai antibodi ini dan ia jarang terdapat pada mereka yang mempunyai penyakit rematik. Atas sebab ini, seseorang yang mempunyai antibodi anti-smith mungkin mempunyai lupus. 
  • Anti-U1RNP antibodi. Sekitar 25 peratus daripada pesakit lupus memiliki antibodi anti-U1RNP dan kurang daripada 1 peratus individu tanpa lupus menghidapinya. Antibodi ini boleh juga hadir pada orang yang mempunyai fenomena Raynaud, dan arthropathy Jaccoud, kecacatan tangan akibat arthritis.
  • Antibodi Anti-Ro / SSA dan anti-La / SSB. Antara 30 hingga 40 peratus pesakit lupus memiliki antibodi anti-Ro / SSA dan anti-La / SSB. Ia juga  hadir dalamsindrom Sjögren dan pada individu dengan lupus yang diuji negatif untuk ANA.  Ia hadir dalam jumlah yang kecil dalam kira-kira 15 peratus individu tanpa lupus dan ia boleh hadir dalamkeadaan reumatik yang lain seperti rheumatoid arthritis . Jika seorang ibu mempunyai antibodi anti-Ro dan anti-La, terdapat peluang yang lebih tinggi untuk bayi yang dilahirkan mempunyai lupus neonatal.Pesakit lupus yang ingin hamil perlu membuat ujian untuk antibodi ini.
  • Antibodi Anti-histon. Antibodi histon adalah protein yang memainkan peranan penting dalam struktur DNA. Auto-antibodi ini (anti-histon antibodi) menyasarkan unit kecil protein histon atau histon kompleks. Pesakit lupus berpengaruh dadah akan positif anti-histon antibodi tetapi tiada tanda kewujudan anti-dsDNA antibodi dalam darah.  Pesakit lupus sistemik pula memiliki kedua-dua antibodi ini di dalam darah mereka (antibodi Anti-dsDNA dan Anti-Histon)

 

– Serum (darah) Pelengkap Ujian 

Ujian pelengkap serum mengukur tahap protein yang digunakan badan apabila keradangan berlaku.  Sekiranya seseorang mempunyai tahap pelengkap yang rendah, ini menunjukkan bahawa keradangan hadir di dalam badan dan SLE aktif.

 

– Ujian Air Kencing

Ujian air kencing boleh membantu untuk mendiagnosis dan memantau kesan lupus kepada buah pinggang.  Kewujudan protein, sel darah merah, sel darah putih, dan sel kanser dapat membantu menunjukkan keberkesanan buah pinggang berfungsi.Untuk beberapa ujian, hanya satu sampel diperlukan. Bagi yang lain, individu sampel mungkin perlu dikumpul selama 24 jam.

 

– Biopsi Tisu

Doktor juga akan meminta untuk menjalankan biopsi,  kebiasaannya melalui kulit atau buah pinggang untuk memeriksa apa-apa kerosakan atau keradangan yang dialami. 

 

– Ujian Pengimejan

X-ray dan ujian pencitraan lain dapat membantu para doktor melihat organ-organ yang terkena lupus.

 

– Ujian Pemantauan

Ujian yang berterusan dapat menunjukkan bagaimana lupus terus memberi kesan kepada seseorang atau seberapa baik tubuh mereka bertindak balas terhadap rawatan.

 

Faktor Risiko Lupus

Lupus boleh berkembang melalui beberapa faktor. Antaranya adalah hormon, genetik, alam sekitar, atau gabungannya.

– Hormon

Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Ia mengawal dan melaraskan aktiviti sel atau organ tertentu.

Aktiviti hormon boleh menjelaskan faktor risiko berikut:

  • Jantina : Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika menyatakan bahawa wanita adalah sembilan kali lebih berkemungkinan mempunyai lupus daripada lelaki. 9 daripada 10 kejadian lupus datang dari wanita, penyelidik telah melihat kemungkinan hubungan antara estrogen dan lupus. Kedua-dua lelaki dan wanita menghasilkan estrogen, tetapi wanita menghasilkannya dengan lebih banyak.  Penemuan ini  menjelaskan mengapa penyakit autoimun lebih cenderung mempengaruhi wanita berbanding lelaki. Pada tahun 2010, para penyelidik yang menerbitkan kajian mengenai lupus yang dilaporkan sendiri dalam Rheumatologi jurnal mendapati bahawa wanita dengan lupus melaporkan rasa sakit yang lebih serius dan keletihan semasa haid. Ini menunjukkan bahawa lupus mungkin lebih cenderung terjadi pada masa ini. Tidak ada bukti yang cukup untuk mengesahkan bahawa estrogen menyebabkan lupus. Jika berkaitan, rawatan berasaskan estrogen dapat mengawal lupus. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum doktor dapat menawarkannya sebagai rawatan.   

   

  • Umur : Gejala dan diagnosis sering berlaku di antara umur 15 dan 45 tahun dan sewaktu kanak-kanak. Walau bagaimanapun, 20 peratus kes muncul selepas umur 50 tahun, menurut Rujukan Rumah Genetik. 

 

– Faktor genetik

Penyelidik tidak dapat membuktikan bahawa faktor genetik secara umumnya boleh  menyebabkan lupus walaupun ia biasa terjadi dalam kalangan sesetengah keluarga.

Faktor genetik berikut mungkin adalah faktor risiko lupus:

  • Bangsa : Individu dari pelbagai latar belakang boleh menghidap lupus, tetapi individu berwarna  tiga kali lebih cenderung menghidap lupus berbanding dengan populasi berkulit putih. Ia juga lebih kerap terjadi di kalangan wanita Hispanik, Asia, dan Amerika Asli.
  • Sejarah keluarga : Seseorang yang mempunyai saudara pertama atau kedua dengan lupus akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkannya.

Para saintis telah mengenal pasti gen-gen tertentu yang mungkin menyumbang kepada perkembangan lupus, tetapi tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa ia telah menyebabkan penyakit ini.

Dalam kajian kembar identik, salah seorang kembar boleh menghidap lupus manakala yang lain tidak, walaupun mereka membesar bersama dan mempunyai pendedahan terhadap alam sekitar yang sama.

Jika satu anggota pasangan kembar mempunyai lupus, yang lain mempunyai 25 peratus peluang untuk diserang penyakit ini, menurut kajian yang diterbitkan dalam Seminar Arthritis dan Rematik pada tahun 2017. 

Lupus boleh berlaku pada individu yang tidak mempunyai sejarah penyakit keluarga menghidap lupus, tetapi mungkin ada penyakit autoimun lain dalam keluarganya. Contohnya termasuk thyroiditis, anemia hemolitik, dan purpura thrombocytopenia idiopathic.

Ada juga yang mencadangkan bahawa perubahan dalam kromosom x mungkin memberi kesan kepada risiko menghidapi lupus.  

– Alam Sekitar

Agen-agen alam sekitar seperti bahan kimia atau virus boleh mencetus lupus kepada individu yang sudah terdedah secara genetik.

Kemungkinan pencetus dari alam sekitar termasuklah:

  • Merokok : Peningkatan bilangan kes lupus dalam beberapa dekad belakangan ini mungkin disebabkan pendedahan tinggi kepada tembakau.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari : Terdapat beberapa kes yang membuktikan punca lupus adalah pendedahan terlalu lama di bawah cahaya matahari.
  • Ubat : Sekitar 10 peratus kes lupus mungkin berkaitan dengan penggunaan ubat, menurut Rujukan Rumah Genetik  
  • Jangkitan virus : Jangkitan virus boleh menyumbang kepada individu untuk menghidap SLE. Namun, lupus tidak berjangkit dan seseorang tidak boleh menyebarnya secara seksual.
  • Mikrobiota Gut: Baru-baru ini, saintis telah mengkaji bahawa mikrobiota usus mungkin adalah salah satu  faktor dalam perkembangan lupus.

Para saintis yang menerbitkan penyelidikan  Mikrobiologi Gunaan dan Alam Sekitar pada tahun 2018 menyatakan bahawa terdapat perubahan khusus dalam mikrobiota usus bagi kedua-dua individu dan tikus yang diserang lupus.    

– Adakah kanak-kanak berisiko untuk mendapat Lupus?

Lupus jarang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Tetapi jika ibu mereka menghidap lupus sewaktu mengandungkan mereka,  kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami masalah jantung, hati, atau kulit yang berkaitan dengan lupus.  

Rawatan Lupus

Pada masa ini tiada ubat untuk lupus, tetapi pesakitboleh menguruskan gejala mereka dengan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.

Rawatan bertujuan untuk:

  • Menghilangkan simptom/gejala lupus 
  • Mengurangkan risiko kerosakan organ

Ubat yang disyorkan oleh doktor boleh membantu:

  • Mengurangkan kesakitan dan bengkak
  • Mengawal aktiviti sistem imun
  • Menyeimbangkan hormon
  • Mengurangkan atau mencegah kerosakan sendi dan organ
  • Mengawal tekanan darah 
  • Mengurangkan risiko jangkitan
  • Mengawal kolesterol 

Rawatan yang diberi bergantung pada keparahan lupus yang dihidapi individu.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323653#:~:text=Lupus%20is%20a%20long%2Dterm,blood%2C%20heart%2C%20and%20lungs.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lupus/symptoms-causes/syc-20365789

https://www.healthline.com/health/lupus

https://www.webmd.com/lupus/arthritis-lupus

error: Content is protected !!