Segelintir penyanyi Malaysia Covid-19 bergabung dan menunjukkan sokongan mereka ke atas rakyat Cina yang memerangi penularan wabak tersebut.
Idea tersebut telah dikemukakan oleh seorang produser muzik Malaysia, Ong Peng Chu yang bekerjasama dengan seorang penulis lagi Cina, Zhao Kai Yi bagi mencipta lagu tersebut.
Menurut Zhao, beliau percaya semua orang tahu mengenai situasi di China. Jadi Ong mahu beliau menulis lagu yang menunjukkan hati mereka yang selalu bersama.
Melahirkan kebimbangannya terhadap situasi di China dalam salah satu sidang media pelancaran lagu tersebut, Ong menerbitkan lagi You Are Not Alone bagi menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi negara Malaysia terdahap rakyat China.
Selain itu, lagu itu turut bertujuan untuk menghargai pekerja barisan hadapan seperti staf perubatan, polis, pekerja penghantaran dan lain-lain. Menurut Ong lagi, lagu tersebut disiapkan dalam masa 18 jam, termasuklah video muziknya yang mengambil masa selama 6 jam penggambaran. Anaknya merupakan pembantu utama penggambaran video muzik tersebut.
10 Penyanyi Malaysia Covid-19 yang Terlibat
Ong berjaya mengumpulkan 10 orang penyanyi Malaysia dalam lagunya seperti, Jeryl Lee, Masya Masyitah, Pink Tan, Lin Kah Jun, KeXin Lum, Gary Chee Shih Hau, Alvin TJM, Fara Dolhadi, Serene Cheam, dan Eddie Chow.
Alvin TJM adalah seorang pemenang pertandingan nyanyian The Voice Of Sahabat Sejati dan beliau turut ditugaskan untuk menggubah lagu itu bersama seorang penyanyi dan penulis lagu, Hanz Koay dan pemuzik Dennis Lau yang memainkan biola.
Ong turut memuji penyanyi tempatan Melayu, Fara yang berusaha sepenuh hati walaupun tidak boleh membaca atau berbahasa Mandarin. Fara adalah seorang penyanyi yang boleh mengingati seluruh lirik lagu itu. Beliau belajar setiap perkataan kerana setiap penyanyi mempunyai bahagian yang tersendiri kecuali Fara.
SUMBER