Now Reading
Pepto-Bismol (Cirit birit dan sakit perut) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Pepto-Bismol (Cirit birit dan sakit perut) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Pepto-bismol

Pengenalan

Pepto-Bismol adalah ubatan bebas yang terkenal digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Ubat ini digunakan untuk melegakan masalah pedih ulu hati dan refluks asid, gangguan pencernaan, cirit-birit dan berasa sakit (mual).

Ia berfungsi dengan melindungi perut dan bahagian bawah saluran makanan anda daripada asid perut. Malah, ubat ini juga merupakan antasid ringan, yang membantu mengurangkan lebihan asid perut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

Seterusnya, ubat ini tersedia dalam berbagai bentuk, termasuk kapsul dan cecair, serta terdapat dalam berbagai kekuatan. Sebilangan orang mungkin mengalami kesan sampingan tertentu, seperti najis yang sangat gelap atau hitam setelah mengambil Pepto-Bismol. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini biasanya bersifat sementara dan tidak berbahaya.

Kegunaan Pepto-Bismol

Ubat ini digunakan untuk merawat sakit perut, pedih ulu hati dan kadangkala juga mual. Ia boleh juga digunakan untuk merawat cirit-birit dan membantu mencegah cirit-birit “pengembara”. Pepto-Bismol berfungsi dengan membantu melambatkan pertumbuhan bakteria yang mungkin menyebabkan cirit-birit.

Namun begitu, produk ini tidak boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit jika anda juga demam atau mempunyai darah / lendir di dalam najis. Ini boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang serius. Jadi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang betul sekiranya anda mengalami simptom sebegini.

Ubat ini perlu digunakan di bawah arahan doktor dengan ubatan lain untuk merawat ulser perut disebabkan oleh bakteria tertentu (Helicobacter pylori). Jangan gunakan ubat ini untuk merawat ulser. ‘Bismuth subsalicylate’ adalah sejenis ‘saicylate’ yang mana ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius apabila digunakan sendiri pada pesakit dengan masalah bisul.

Periksa kandungan pada label walaupun anda pernah menggunakan produk tersebut sebelumnya. Pengilang mungkin telah mengubah ramuannya. Juga, produk dengan nama yang serupa mungkin mengandungi bahan yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Mengambil produk yang salah boleh membahayakan anda.

Kesan sampingan Pepto-Bismol

Sebilangan besar kesan sampingan ubat ini adalah ringan dan hilang sejurus selepas anda berhenti mengambil ubatnya.

Kesan sampingan yang lebih biasa

Kesan sampingan Pepto-Bismol yang lebih biasa termasuk:

  • najis hitam
  • lidah hitam dan berbulu

Kesan sampingan ini adalah tidak berbahaya. Kedua-dua kesan itu bersifat sementara dan hilang dalam beberapa hari selepas anda berhenti mengambil Pepto-Bismol.

Kesan sampingan yang serius

Deringan di telinga anda adalah kesan sampingan yang kurang biasa dan serius. Sekiranya anda mempunyai kesan sampingan ini, hentikan pengambilan Pepto-Bismol dan segera hubungi doktor anda.

Interaksi Pepto-Bismol

Terdapat beberapa kemungkinan interaksi yang boleh berlaku semasa mengambil Pepto-Bismol. Antaranya, Pepto-Bismol mungkin berinteraksi dengan ubat penipisan darah. Sesiapa yang mengambil ubat anti-koagulan harus menghubungi doktor atau ahli farmasi mereka sebelum menggunakan Pepto-Bismol.

Ubat ini boleh bertindak serupa dengan aspirin dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) dan boleh mengganggu kesannya. Individu yang mengambil aspirin dan NSAID harus berbincang dengan doktor mereka dahulu. Malah, ada juga kemungkinan bahawa ubat ini boleh berinteraksi dengan ubatan lain yang diambil untuk merawat keadaan kronik, seperti gout atau diabetes.

Sesiapa yang mempertimbangkan untuk menggunakan Pepto-Bismol untuk gejala tertentu harus memberitahu doktor atau ahli farmasi mereka tentang apa-apa ubatan yang mereka ambil sebelum memilih Pepto-Bismol.

Kontraindikasi Pepto-Bismol

Pepto-Bismol biasanya adalah selamat untuk kebanyakan orang, tetapi anda harus mengelakkannya jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Pepto-Bismol boleh menjadikannya lebih teruk. Justeru itu, anda tidak boleh mengambil Pepto-Bismol jika anda:

  • alah kepada ‘salicylates’ (termasuk aspirin atau NSAID seperti ibuprofen, naproxen dan celecoxib)
  • mempunyai ulser yang berdarah secara aktif
  • mempunyai najis berdarah atau najis hitam yang bukan disebabkan oleh Pepto-Bismol
  • adalah remaja yang telah atau sedang sembuh dari penyakit cacar air atau gejala seperti selesema

‘Bismuth subsalicylate’ juga boleh menyebabkan masalah bagi individu dengan keadaan perubatan lain. Sebelum mengambil Pepto-Bismol, beritahu doktor jika anda mempunyai keadaan perubatan berikut. Mereka boleh memberitahu jika ianya adalah  selamat bagi anda untuk menggunakan Pepto-Bismol. Syarat-syarat ini merangkumi:

Berhenti mengambil Pepto-Bismol dan segera hubungi doktor jika anda mengalami muntah dan cirit-birit yang melampau serta perubahan tingkah laku seperti kehilangan tenaga, tingkah laku agresif atau kekeliruan. Gejala ini boleh menjadi petanda awal bagi sindrom Reye. Ini adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi adalah serius dan boleh mempengaruhi otak serta hati anda.

Anda juga tidak boleh menggunakan Pepto-Bismol untuk merawat cirit-birit jika anda demam atau mempunyai najis yang mengandungi darah atau lendir. Sekiranya anda mempunyai simptom ini, segera hubungi doktor anda.

Pepto-Bismol dan kehamilan

Terdapat sedikit bukti bahawa Pepto-Bismol dapat menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya semasa kehamilan, walaupun terdapat sedikit penyelidikan yang mengatakan bahawa ia selamat.

Begitu juga bagi ibu yang menyusukan bayi, ianya tidak jelas sekiranya ubat ini boleh meresap masuk ke dalam susu ibu atau tidak.

Wanita hamil atau menyusukan bayi harus selalu berjumpa doktor sebelum menggunakan Pepto-Bismol atau sebarang ubat yang mengandungi ‘bismuth subsalicylate’ untuk mengetahui kesan dan risiko yang boleh berlaku.

Dos Pepto-Bismol

Individu yang mengambil Pepto-Bismol untuk merawat gejala pencernaan harus mengikuti arahan pada label.

Pepto Bismol cecair asli merangkumi 30 mililiter (ml) cawan, yang mana satu dos memberikan 525 miligram (mg) ‘bismut subsalicylate’. Anda disyorkan mengambil:

  • Satu dos sebanyak 30 ml setiap 30 minit yang diperlukan untuk sakit perut, loya, pedih ulu hati dan gangguan pencernaan.
  • Satu dos sebanyak 30 ml setiap 30 minit atau dua dos setiap jam untuk cirit-birit atau cirit-birit “pengembara”.

Semasa menggunakan tablet kunyah asli, satu dos adalah dua tablet. Dos yang disyorkan adalah:

  • Dua tablet setiap 30 minit atau empat tablet setiap jam untuk cirit-birit.
  • Dua tablet setiap 30 minit untuk sakit perut, loya, pedih ulu hati, dan gangguan pencernaan.

Seterusnya, Pepto-Bismol dalam bentuk cecair adalah cecair yang lebih pekat tetapi memberikan jumlah bahan aktif yang sama bagi setiap dos yang disyorkan – 525 mg ‘bismut subsalicylate’ dalam 15 ml cecair.

Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, gunakan versi ubat-ubatan kanak-kanak yang serupa atau berbincang dengan doktor sebelum menggunakan Pepto-Bismol.

Pastikan anda tidak mengambil lebih banyak Pepto-Bismol daripada yang diarahkan, walaupun gejala tidak hilang. Serta, jangan ambil lebih daripada lapan dos (16 tablet) dalam 24 jam.

Apa yang berlaku sekiranya saya mengambil dos berlebihan?

Sekiranya anda berfikir bahawa anda telah mengambil terlalu banyak ubat ini, hubungi doktor atau pusat kawalan racun tempatan anda. Gejala berlebihan boleh merangkumi simptom seperti kelemahan, kemurungan, kegelisahan, mudah marah, mempunyai masalah dengan keseimbangan atau koordinasi, kekeliruan, gegaran atau pergerakan otot yang tersentak.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/diarrhea/pepto-bismol

https://www.nhs.uk/medicines/pepto-bismol

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326605

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-2842/pepto-bismol-oral/details

error: Content is protected !!