Kementerian Sumber Manusia dengan singkatan KSM, adalah kementerian daripada Kerajaan Malaysia yang memikul tanggungjawab untuk pembangunan kemahiran, tenaga kerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, hubungan industri, mahkamah industri, maklumat pasaran buruh dan analisis dan keselamatan sosial.
Klasifikasi Peranan Jabatan Kementerian Sumber Manusia
- Menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berdisiplin dengan nilai positif dan etika kerja yang baik
- KSM bertanggungjawab di dalam proses kemas kini dan perlaksanaan dasar dan undang-undang buruh
- Perlaksanaan polisi undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanankan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang produktif
- Secara automatiK menjadi platfom untuk mengurus dan menyelesaikan pertikaian industri antara majikan dan pekerja demi kesejahteraan alam perkerjaan di antara dua pihak
- Memantau dan mempermudah pembangunan dan pergerakan kesatuan sekerja agar teratur untuk kepentingan negara
- Pengurusan hubungan dan pembangunan jalinan antarabangsa ke atas Pengurusan Tenaga Kerja secara menyeluruh
- Memastikan golongan pekerja, majikan dan kerajaan diselaraskan dengan prosedur tripetisme.
- Merancang dan mengembangkan sumber daya manusia melalui kawalan dan analisis pasaran buruh untuk merumuskan polisi yang berkaitan dengan pekerjaan, pengembangan tenaga kerja mahir dan sistem upah yang berkaitan dengan produktiviti.
- Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan pekerja.
- Meneraju pelaksanan Dasar dan Strategi Latihan Vokasional Nasional yang akan memenuhi keperluan latihan di sektor swasta.
- Pusat penyemakkan semula, kemaskini dan silibus latihan kemahiran (NOSS), Sistem Persijilan Kemahiran (MOSQ) dan standard kemahiran untuk pelaksanaan.
- Pusat kemaskini dan pelaksanaan kemudahan keselamatan sosial untuk memastikan jaring keselamatan yang mencukupi bagi pekerja.
Menurut laporan Bernama , Menteri Sumber Manusia iaitu M Kulasegaran mengatakan bahawa majikan harus mengikuti prosedur tindakan ketika menangani pekerja yang pulang dari negara yang terjejas seperti China, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Singapura.
- Majikan harus mengarahkan pekerjanya untuk diperiksa dengan segera, oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan, seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955. Pemeriksaan ini akan dilakukan dengan perbelanjaan pihak atasan.
- Majikan harus memberikan cuti sakit berbayar atau cuti kemasukan ke hospital kepada pekerja yang menerima arahan kuarantin (dari pengamal perubatan berdaftar), tanpa mengira tempat kuarantin mereka iaitu samaada di rumah atau di hospital.
- Bagi pekerja yang menjalani prosedur kuarantin, majikan digalakkan untuk memberi mereka imbuhan tambahan untuk cuti sakit.
- Pekerja yang telah kembali dari negara yang terkesan setelah menjalani tugas rasmi atau mengikut arahan majikan, harus dibayar gaji penuh semasa menjalani tempoh kuarantin.
- Pekerja yang belum mendapat perintah kuarantin oleh pengamal perubatan berdaftar tidak boleh dihalang menghadiri kerja. Oleh itu, majikan dibenarkan memberi arahan kepada pekerja yang tidak sihat untuk mengambil cuti sakit dengan gaji dan bukannya masuk kerja.
- Majikan tidak boleh, dengan cara apa pun, memerintahkan pekerja untuk menggunakan hak cuti tahunan mereka atau mengambil cuti tanpa gaji semasa menjalani kuarantin.
Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Ministry_of_Human_Resources_(Malaysia)
https://www.mohr.gov.my/index.php/en/corporate-info/profile-us