Epidemik merupakan satu istilah yang digunakan secara meluas untuk menerangkan sebarang masalah yang berkembang di luar kawalan. Epidemik didefiniskan sebagai sejenis penularan penyakit yang berlaku di kawasan geografi yang meluas dan menjejaskan bahagian tinggi populasi di kawasan-kawasan yang terlibat.
Sebuah epidemik adalah keadaan di mana sesuatu penyakit menular secara aktif. Sebaliknya, istilah pandemik pula berkait dengan penularan secara geografi dan digunakan untuk menggambarkan penyakit yang menjejaskan seluruh negara atau seluruh dunia.
Walaupun penggunaan perkataan epidemik mungkin tidak memerlukan nuansa, adalah penting untuk diketahui mengenai perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut apabila melibatkan berita kesihatan awam. Sebagai tambahan, dari sudut epidemiologi, istilah-istilah sebegini menumpukan tindak balas kesihatan awam untuk mengawal dan mengelakkan penyakit dengan lebih baik.
Kebiasaannya, perkataan epidemik digunakan untuk menjelaskan tentang keadaan kesihatan (sebagai contoh: Krisis opiod di Amerika semakin berkembang menjadi kadar epidemik.), kadangkala digunakan dalam perbualan harian untuk memerihalkan sesuatu tingkah laku (sebagai contoh: Terdapat epidemik ‘tantrum’ di kalangan kanak-kanak prasekolah), atau fenomena tingkah laku (seperti: Epidemik histeria).
Penggunaannya mungkin tidak terlalu bersesuaian dalam konteks moden, kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan. Lebih-lebih lagi, apabila perkataan tersebut digunakan untuk menerangkan tentang isu kesihatan, ia mungkin tidak menggambarkan perkembanyan sesuatu penyakit dengan terperinci. Dalam sesetengah kes, istilah seperti wabak atau endemik mungkin lebih sesuai. Manakala, dalam kes lain, pandemik adalah lebih sesuai digunakan bagi menjelaskan sesuatu skala masalah.
Kategori Peristiwa Penyakit
Epidemiologi adalah salah satu cabang ilmu perubatan yang mengendalikan kekerapan, taburan dan pengawalan penyakit.
Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengumpul dan meramalkan maklumat ini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Peringkat peristiwa penyakit boleh dijelaskan dalam banyak kaedah, namun secara umum ia didefinisikan melalui dua faktor yang boleh diukur:
- Corak dan kelajuan pergerakan penyakit (dikenali sebagai kadar pembiakan)
- Saiz populasi yang mudah terpengaruh (dikenali sebagai saiz kritikal komuniti)
Tugas epidemiologi adalah untuk menentukan kelaziman penyakit (bilangan manusia yang terjejas dalam satu populasi) dan kekerapan (jumlah peristiwa dalam tempoh tertentu) untuk mengarahkan tindak balas kesihatan awan sepatutnya.
Definisi
Berdasarkan kelaziman, kekerapan dan laluan penyakit yang diketahui atau tidak diketahui, terdapat beberapa kaedah seorang ahli epidemiologi menggambarkan peristiwa penyakit sama ada ia:
- Sporadik merujuk kepada penyakit yang jarang atau kurang kerap berlaku. Patogen bawaan makanan (foodborne) seperti Salmonella atau E. coli, sering menyebabkan penularan wabak sporadik.
- Kluster merujuk kepada penyakit yang berlaku dalam jumlah yang besar walaupun angka sebenarnya atau penyebabnya adalah tidak pasti. Sebagai contoh, kes kluster kanser selalunya dilaporkan selepas bencana kimia atau loji nuklear.
- Endemik merujuk kepada kehadiran atau kelaziman tetap peyakit dalam populasi geografik.
- Hiperendemik merujuk kepada tahap penyakit yang tinggi dan tahan lama yang melebihi populasi di tempat lain. Sebagai contoh, HIV merupakan hiperendemik di sebahagian Afrika di mana seramai 1 daripada 5 orang dewasa mempunyai penyakit tersebut. Manakala, di Amerika Syarikat, HIV adalah endemik kerana secara kasar hanya 1 orang daripada 300 orang yang mungkin terjejas.
- Epidemik merujuk kepada peningkatan mendadak bilangan kes penyakit melebihi angka yang dijangka.
- Wabak/Plag mempunyai definisi yang sama seperti epidemik, namun ia sering digunakan untuk menerangkan peristiwa geografik yang terhad.
- Pandemik merujuk kepada satu epidemik yang telah merebak ke beberapa negara atau benua lain dan kebiasaannya menjejaskan ramai orang.
Sebagai perbandingan, wabak/plag bukanlah satu istilah epidemiologi tetapi ia merujuk kepada penyakit bakteria berjangkit yang dicirikan dengan demam dan kegusaran seperti wabak bubonik.
Epidemik vs. Pandemik
Walaupun istilah-istilah ini mencadangkan terdapat peringkat spesifik bagi mengumumkan wabak, epidemik atau pandemik, perbezaannya sering diketepikan walaupun di kalangan ahli epidemiologi.
Salah satu sebabnya adalah sesetengah penyakit adalah lebih lazim atau bahaya mengikut masa, manakala yang lain semakin berkurang mengakibatkan pakar kesihatan mengubah statistiknya secara berkala.
Ahli epidemiologi sangat berhati-hati ketika menerangkan mengenai sesuatu peristiwa penyakit supaya ia berada dalam konteks yang betul. Walaupun epidemik mencadangkan penyakit yang di luar kawalan, peristiwa yang dijelaskan sebagai kluster menunjukkan peristiwa terasing yang kurang diambil perhatian.
Selain itu, pakar kesihatan turut mengenali segelintir istilah yang boleh mencetuskan panik. Contohnya adalah wabak Zika pada tahun 2016, yang mencetuskan amaran di Amerika Syarikat apabila terdapat seramai 218 individu yang di Florida dan 6 orang di Texas dijangkiti wabak itu. 46 individu yang lain pula dijangkiti melalui hubungan seksual atau transmisi di makmal dan seorang lagi dijangkiti melalui hubungan rapat dengan seseorang.
Bahkan, HIV, iaitu sejenis penyakit yang meluas di seluruh dunia, istilah pandemik telah diubah menjadi epidemik oleh kerana peningkatan ketersediaan rawatan yang berkesan dan pengurangan kadar di sesetengah kawasan sangat lazim (hyper-prevalent).
Dalam situasi yang lain, disebabkan semakin banyak kes influenza berbahaya dari tahun ke tahun, pegawai kesihatan awam cenderung merujuk wabak bermusim tersebut sebagai pandemik, seperti influenza H1NI1 yang telah berlaku pada tahun 2009 dan meragut banyak nyawa.
Walau bagaimanapun, hal itu tidak mencadangkan bahawa pandemik diatasi dengan kaedah yang sama seperti wabak yang dibendung dan melibatkan kerjasama antarabangsa. Sebaliknya, wabak mungkin dianggap seperti pandemik sekiranya ia berpotensi untuk mengembangkan penularannya merentas sempadan, seperti yang boleh berlaku dengan virus Ebola.
Fasa Pandemik
Terdapat langkah-langkah prosedur untuk menilai dan mengkategorikan peristiwa penyakit, pemeringkatan sebenar epidemik adalah berbeza mengikut pathogenesis (laluan) sesuatu penyakit dan pelbagai faktor lain.
Satu model pemeringkatan digunakan untuk menumpukan tindak balas kesihatan awam melibatkan influenza. Pada tahun 1999, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan rancangan persediaan pandemik influenza yang pertama yang menggariskan tindakan berpatutan berdasarkan 6 fasa yang telah digariskan secara jelas. Tujuan rancangan ini adalah menjajarkan tindak balas dunia dengan memberikan rangka tindakan kepada setiap negara bagi menentukan strategi kebangsaan tersendiri berdasarkan sumber yang tersedia. Amerika Syarikat mengeluarkan rancangan pandemik influenza pertama pada tahun 2005.
Model asas yang sama boleh diaplikasikan pada pelbagai epidemik lain seperti tuberkulosis, malaria dan virus Zika.
Fasa 1 hingga 3 direka untuk membantu pegawai kesihatan umum mengetahui masa yang sesuai untuk mengembangkan rancangan alat dan tindakan sebagai tindak balas kepada ancaman yang akan datang. Fasa 4 hingga 6 adalah apabila pelan tindakan dilaksanakan di samping WHO.
Pada tahun 2009, WHO telah memperbaiki fasa-fasa tersebut untuk membezakan antara persediaan dan tindak balas. Rancangan itu bertujuan untuk mengatasi pandemik influenza oleh kerana kadar mutasinya yang tinggi dan keupayaan virus itu merebak daripada haiwan ke manusia.
Peringkat WHO terdahulu bagi Pandemik Influenza
- Fasa 1 adalah tempoh sewaktu tiada virus haiwan dilaporkan yang menjangkiti manusia.
- Fasa 2 adalah tahap pertama ancaman di mana virus disahkan merebak daripada haiwan ke manusia.
- Fasa 3 adalah apabila kes sporadik atau kluster kecil penyakit itu disahkan, namun transmisi daripada manusia ke manusia sama ada belum berlaku atau dianggap mustahil untuk menyebabkan wabak.
- Fasa 4 adalah titik di mana sama ada terdapat transmisi virus dari manusia ke manusia atau haiwan ke manusia yang telah mengakibatkan penularan wabak secara meluas dalam komuniti.
- Fasa 5 adalah apabila transmisi daripada manusia ke manusia telah menyebabkan penularan penyakit ke dua buah negara.
- Fasa 6 adalah titik di mana penyakit tersebut diumumkan sebagai pandemik, disebarkan lagi ke sekurang-kurangnya satu atau dua buah negara yang lain.
Garis masa bagi setiap fasa berbeza secara signifikan, antara berbulan hingga berdekad lamanya. Tidak semua penyakit berkembang ke fasa 6, malah sesetengahnya mungkin bertukar fasa sekiranya virus menjadi lemah secara spontan.
Sejak Februari 2020, WHO telah menghentikan penggunaan rancangan 6 fasa ini.
Sejarah Pandemik
Sebagai tambahan kepada HIV yang telah membunuh lebih daripada 39 million manusia sejak 1982, terdapat beberapa pandemik lain yang serupa dalam sejarah:
- Plag Justinian (541 A.D) dianggap sebagai wabak bubonik dan telah meragut nyawa seramai 25-50 million manusia selama setahun.
- Maut Hitam atau Plag Hitam (Black Death atau Black Plague) membunuh seramai lebih daripada 774 million manusia dari tahun 1347 hingga 1351, bilangan tersebut termasuk manusia yang mati di tanah Timur Tengah, China dan India.
- Pandemik ‘Spanish Flu’ (1918) membunuh lebih daripada 50 million manusia selama setahun.
- Pandemik Cacar (smallpox pandemic) yang berlaku pada abad ke 20 telah meragut sebanyak 300 hingga 500 million nyawa. Pada tahun 1959, WHO telah melancarkan kempen besar-besaran untuk mengatasi cacar. Dalam tahun 1980, cacar diumumkan telah berjaya dihapuskan dan ia adalah satu-satunya penyakit manusia yang telah dihapuskan.
- Pandemik Tuberkulosis masih berterusan membunuh seramai 1.5 million manusia setiap tahun. Meskipun terdapat rawatan tersedia yang berkesan, rintangan pelbagai ubat telah mencantas usaha untuk menterbalikkan perkembangan pandemik tersebut.
SUMBER
https://www.verywellhealth.com/difference-between-epidemic-and-pandemic-2615168