Sebagai ibu bapa yang bekerja, penting untuk anda memilih dan menghantar anak anda ke taska yang sesuai untuk pembesaran anak anda.
Semasa mencari taska yang sesuai untuk anak-anak anda, anda mungkin akan menemui beberapa frasa seperti taska, tadika atau prasekolah.
Namun, apakah perbezaan antara mereka? Oleh itu, kami akan menerangkan perbezaan antara tiga frasa tersebut. Kami juga akan menerangkan perbezaan antara home-based dan centre-based taska di Malaysia.
Taska
Taska merupakan singkatan kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak di mana asuhan bermaksud menjaga. Oleh itu, ia merupakan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak.
Taska menawarkan kemudahan penjagaan kanak-kanak berusia seawal 12 bulan hingga 4 tahun semasa ibu bapa mereka sibuk bekerja.
Biasanya, taska atau pusat asuhan kanak-kanak memastikan keperluan harian kanak-kanak seperti makan dan pakaian terjaga semasa ketiadaan ibu bapa mereka.
Terdapat dua jenis taska di Malaysia iaitu home-based atau centre-based yang mana kedua duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tadika
Tadika pula merupakan singkatan bagi Taman Didikan Kanak-Kanak di mana ia memberi tumpuan untuk menawarkan pembelajaran berorientasikan akademik dan pengembangan keperibadian untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun.
Program awal kanak-kanak di tadika dirancang untuk mengajar anak anda memperoleh kemahiran sosial, emosi, kreatif, kemahiran komunikasi, dan kemahiran hidup lain yang diperlukan oleh anak-anak ketika mereka dewasa dan memasuki sekolah rendah.
Pra-sekolah
Pra-sekolah pula merupakan tempat di mana kanak-kanak meneroka dan bermain. Ia khas untuk kanak-kanak berumur antara 2-3 tahun.
Di pra-sekolah, melalui penerokaan dan permainan, kanak-kanak diajar untuk menghubungkan pemikiran logik dan kreatif mereka untuk menjadikan pengalaman pembelajaran mereka cerdas, kreatif, menyeronokkan dan interaktif.
Perbezaan Di Antara Home-Based Taska Dan Centre-Based Taska
Taska manakah yang lebih baik? Itu bergantung pada diri anda dan anak anda. Oleh itu, mari kita lihat beberapa perbezaan antara kedua tempat ini sebelum anda membuat keputusan.
- Home-based taska
Secara definisi, home-based taska ialah penjagaan kanak-kanak yang dikendalikan di dalam rumah sahaja. Antara kelebihannya:
- Ia dijalankan di rumah biasanya lebih murah.
- Ini membolehkan anak-anak mendapatkan lebih banyak masa dengan pengasuh mereka dan akan perhatian yang lebih peribadi.
- Saiz kelas yang lebih kecil dan kemudahan yang ada di rumah seseorang boleh menjadikan anak-anak lebih selesa.
- Oleh kerana mereka lebih kecil, pemilik jagaan harian di rumah mungkin dapat menampung jadual yang lebih sukar untuk ibu bapa yang bekerja shift atau berjam-jam.
Antara kekurangannya pula ialah:
- Kemudahan jagaan kanak-kanak yang lebih kecil kemungkinan besar tidak mempunyai ruang berasingan yang cukup untuk memastikan bayi baru lahir dan kanak kanak terpisah.
- Sekiranya pengasuh anda jatuh sakit atau bercuti, anda mungkin kehilangan penjagaan anak untuk hari atau minggu itu. Ini boleh menjadi masalah bagi ibu bapa yang bekerja yang tidak dapat tinggal di rumah bersama anak-anak.
2. Centre-based taska
Centre-based taska selalunya mempunyai bangunannya tersendiri. Perniagaan ini biasanya jauh lebih besar daripada pusat jagaan harian di rumah dan oleh itu dapat mengambil lebih banyak kanak kanak. Antara kelebihannya ialah:
- Anak anda akan dapat bermain dengan banyak kanak kanak seusianya. Ini akan membantu mereka untuk belajar berkongsi, berhati-hati, belajar dari orang lain dan berkawan.
- Ia mempunyai lebih banyak penjaga jadi anak anda akan sentiasa mendapat perhatian.
- Mereka juga biasanya mengatur jadual anak-anak dengan waktu makan, waktu senggang, waktu bermain dan banyak lagi. Jadual seperti ini dapat membantu anak anda belajar dengan terurus.
Antara kekurangannya pula ialah:
- Sekiranya anda terlambat di pejabat atau tersekat lalu lintas, anda mungkin perlu membayar yuran yang lebih.
- Ia biasanya lebih mahal.
Oleh itu, di atas merupakan antara perbezaan kedua dua taska tersebut. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Jadi, sebagai ibu bapa, pilihlah mengikut kata hati anda.
Sumber
https://www.q-dees.com/blog/taska-tadika-preschool-what-is-the-difference/
https://www.safewise.com/faq/child-baby-safety/types-of-daycare/