Sayur peria terkenal dengan rasa pahitnya membuatkan ramai juga yang tidak suka akannya. Walau bagaimanapun, ianya tidak sukar untuk didapati dan tidak mahal.
Siapa sangka sayuran pahit ini rupa-rupanya menyimpan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh badan kita.
Khasiat Peria Untuk Kesihatan
- Merawat darah tidak sihat

Dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit limau, ia mampu untuk membantu merawat darah bertoksin di dalam badan.

- Merawat penyakit Taun
Dengan mencampurkan pula jus peria katak dengan bawang merah serta limau dikatakan dapat membantu merawat penyakit Taun.

Kandungan sebatian hypeglycemic yang terdapat di dalamnya dikatakan berupaya menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berjaya.
Peria katak muda pilihan paling sesuai untuk dimakan bagi mengawal masalah kencing manis tetapi ia perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dulu bagi mengeluarkan racunnya.
- Penambah tenaga
Minum jus peria katak dapat membantu mengurangkan masalah tidur yang tak lena.
Selain itu dapat juga menambah tenaga dan stamina buat anda yang serign terasa lenguh dan badan lesu-lesu.

- Merawat masalah mata
Ia turut mengandungi kandungan beta-karotene yang tinggi. Kandungan ini dipercayai berupaya memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
- Mengawal tahap gula dalam darah
Peria katak turut mengandungi polipeptida- P, charatin, saponin steroid dan juga alkaloid.
Charantin: Ia adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes.
Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside.
Polipeptida-p: Ia juga dikenali dengan nama p-insulin, yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin.
Ia telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain gerbil dan langur apabila disuntik dibawah permukaan kulit.
P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan sepertimana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia.
- Menguatkan imunisasi badan
Peria turut kaya dengan antioksida yang mampu membentuk sistem pertahanan badan yang kuat.
Malah ia turut mengandungi vitamin C yang mampu menghalang radikal bebas berbahaya daripada menyerang tubuh.
Vitamin C ini juga merupakan mikronutrien penting yang terlibat dalam pencegahan penyakit, pembentukan tulang, dan penyembuhan luka pada tubuh.
- Menyihatkan kulit

Kandungan anti bakteria dan anti fungi yang turut terdapat dalam peria membantu melawan penyakit kulit seperti kudis dan sebagainya.
Malah terdapat juga krim berasas di pasaran yang mampu menghilangkan bengkak dan kemerahan di kaki.
- Kurangkan risiko asma

Peria juga turut memiliki ciri-ciri anti virus, anti histamine, serta anti radang yang membantu dalam memberi pernafasan yang baik
- Menyihatkan tulang
Vitamin K yang terkandung dalam peria amat berguna dalam membantu pengagihan kalsium ke seluruh badan.
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah mengalami lebam-lebam pada lutut, serta rosak sistem pembekuan darah.
3 Idea Resepi Peria
- Peria Telur Goreng Berlada]
Bahan-bahan:
- 1 biji peria ( buang biji dan hiris kecil )
- 2 biji telur
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya (untuk menumis)
Bahan kisar kasar :
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cili merah
- Beberapa tangkai cili padi (jika ingin lebih pedas)
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak
- Seterusnya masukkan peria dan kacau hingga layu
- Masukkan air jika perlu
- Kecilkan api, tolak peria ke tepi kuali
- Pecahkan telur di dalamnya,
- Perasakan garam dan gula secukup rasa
- Apabila peria telah lembik, tutup api dan hidangkan
- Peria Goreng
Bahan-bahan:
- 2 biji peria ( potong nipis )
- 5 biji cili api
- 1 biji telur (pecahkan)
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering
- 1/2 sudu kecil tepung beras
- 1/2 sudu kecil tepung kunyit
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
Cara memasak
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api sehingga lumat. Ketepikan
- Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, telur dan tepung beras ke dalam kuali. Masak sehingga bahan rangup
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan peria sehingga sebati
- Angkat dan sedia dihidang panas
- Jus Peria Katak
Bahan-bahan:
- 1 biji peria katak dibuang biji
- 1 batang sayur saderi
- Sepotong lemon (hiris bulat selebar 2 cm)
- 500 ml air
Cara memasak
- Sediakan bahan dan hiris semua sayuran
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar bersama air sehingga hancur.
- Setelah itu, tapis jus menggunakan penapis kain. Siap untuk diminum.