Now Reading
Perkara yang Anda Kena Tahu Tentang Ikan Bandaraya

Perkara yang Anda Kena Tahu Tentang Ikan Bandaraya

ikan bandaraya

Ikan bandaraya berbeza dengan ikan keli dari rupa dan habitat. Ia berbadan rata secara ventral, dengan plat kasar yang bentuk pertahanan fleksibel.

Ikan bandaraya biasanya dikenali sebagai ikan keli “dikirimkan” oleh kerana sifatnya yang melindungi bak perisai. Bibirnya mengelilingi mulut membentuk cakera penghisap. Ikan ini ada tulang belakang pada sirip adiposenya. Sirip ekornya lebih panjang berbanding punggung.

Duri sirip di dada yang kuat dan bergigi digunakan dalam pertempuran dan pergerakan bagi ikan jantan. Sejenis benthic, yang bermaksud mulut mereka melekat pada jalur dan batu-batu.

KESAN ALAM SEKITAR

Gangguan rantaian makanan akuatik

Ikan ini suka bertenggek pada alga benthic dan perubahan detritus serta perlindungan fizikal yang tersedia buat serangga akuatik yang dimakan oleh kebanyakan ikan di pengairan Malaysia. Selain itu, ia terurai ke najis yang diperolehi dari scatophags dan pengurai (iaitu bakteria, kulat).

Kesan kepada spesis asli

Mereka merupakan haiwan herbivor dengan jangka hidup yang pendek dan rintangan terhad kepada hypoxia dan penyahgaraman. Apabila berhadapan dengan haiwan lain yang mempunyai makanan sama seperti mereka, ikan ini sangat kompetitif.

Ikan bandaraya mungkin memakan telur ikan asli secara tidak sengaja.

Perubahan dalam komuniti tumbuhan akuatik

Ikan ini akan menyodok anak sungai, kadangkala tanamkan kepala mereka di dalam sedimen dan ikat ekor bersama-sama. Ini memberi impak negative kepada spesis tanaman asli kerana kuantiti mereka semakin berkurangan di tempat tidur tumbuhan akuatik yang terendam.

Juga, spesis ini membuat sesuatu seperti alas untuk melindungi diri dari sinar matahari.

CIRI-CIRI

KeluargaLoricariidae
AsalAmerika Selatan
SosialAman
Paras tangkaPenghuni bawah
Saiz minimum tangki125 gelen
DietHerbivorous omnivore
PembiakanBertelur
PenjagaanMudah
pH6.5 – 7.5
Kekerasan5 – 10 dgH
Suhu22 – 28°C

ASAL USUL DAN PENYEBARAN

Ikan bandaraya merupakan keluarga dari spesis Loricariidae yang menjadi lambakan di sungai Amerika Selatan.

Ikan yang telah diternak dari generasi ke generasi ini juga dikenali sebagai Pleco Hypostomous atau “Plecostomous.”. Di Amerika, Asia dan Eropah, mereka adalah spesis invasive.

WARNA DAN TANDA

HIDANGAN IKAN BANDARAYA - SAHIH

Ikan ini dikenali oleh kerana sisiknya seperti perisau atau plat bertulang. Lebaran tambahan pada sisik yang lebat ini membolehkan ikan kelihatan seperti tajam. Mereka mempunyai badan berwarna coklat dengan tompok atau jalur yang lebih gelap.

Sebahagian dari mereka ada tanda sawo matang atau kuning di badan. Sangat suka dijumpai di dalam tangka yang ditanam oleh kerana penyamarannya yang sangat baik. Ikan bandaraya mendapat namanya dari rongga mulut yang unik.

Mulutnya kembang dan berair untuk membantu ikan ini bernafas sambil ditarik ke permukaan yang rata. Mata keluarga Loricarridae ada ciri-ciri unuk yang membolehkan mereka melihat dengan baik di pelbagai persekitaran air.

Memiliki iris omega; sebuah lipatan punggung iris yang memanjang ke ruang anterior mata tidak seperti iris biasa. Mereka dapat mengadaptasi seberapa banyak cahaya yang masuk ke dalam mata dan mengalihkannya ke atas dan bawah.

Hal ini yang membuatkan spesis ikan keli ini boleh melihat dengan baik samada di kawasan air laut yang terang mahupun gelap.

PASANGAN DI TEMPAT TINGGAL

Impak ikan 'bandaraya', gadis ini kongsi ikan yang bahaya dilepaskan |  Denaihati

Ikan bandaraya mampu bergaul dengan haiwan laut lain kerana kebanyakannya herbivor yang bersifat tenang. Setelah mencapai ukuran maksimum sekitar satu atau dua kaki, mereka akan meninggalkan ikan lain bersendirian di dalam tangki.

Pasangan yang sesuai adalah ikan tropika yang lebih kecilm seperti platys atau neon tetras. Jika mahu pasangkan mereka dengan ikan yang lebih besar, rainbowfish atau Congo tetras adalah kelompok ikan yang sesuai.

Perlu sentiasa peka dengan kuantiti gelen air di dalam satu-satu tangka kalau anda nak simpan beberapa Loricariidae. Ikan bandaraya dan sepupunya plecostomous tidak sesuai untuk dibela di dalam kolam luar.

Mereka memerlukan habitat dengan suhu yang lebih rendah daripada suhu standard sesebuah kolam menternak ikan.

HABITAT DAN PENJAGAAN

Perkara penting yang harus dipetimbangkan semasa menternak ikan ini adalah mereka dapat ruang yang cukup untuk mencapai saiz maksimumnya. Walaupun mereka kelihatan kecil pada mulanya, setiap ekor ikan memerlukan 125 gelen air.

Kebiasaannya, tangkinya ditanam dengan pelbagai jenis kayu buat ikan jadikan sebagai snek. Masa nak tambah kayu sebagai hiasan dan juga makanan, pastikan mereka tidak mengeluarkan bahan toksik macam kayu putih dan juga kayu tersebut dah dibersihkan dengan baik.

DIET DAN MAKANAN

  • Pelet ikan berbentuk cakera leper
  • Campuran makanan haiwan herbivor/omnivor
  • Sayuran-sayuran segar
  • Makanan tambahan (berkala)

PERBEZAAN JANTINA

JantanBetina
Langsing dan kurusPerut yang lebih besar dan bulat
Betina yang kekurangan makanan atau sakit boleh menyerupai jantan
Sukar untuk dikenalpasti apabila mereka mencapai umur yang sama

PEMBIAKAN IKAN BANDARAYA

Ikan bandaraya suka bertelur di batu-batu halus dan pecah di substrat anda selepas anda membela ikan jantan dan betina dalam sistem yang sama. Perkara sebegini mungkin terjadi di ruang akuarium yang tenang dan tidak bergerak.

Telur yang dihasilkan oleh betina dan telur akan disenyawakan secara luaran oleh jantan di dalam sarang baru. Sehingga waktu menetas, ikan jantan akan melindungi sarang.

Ikan bandaraya yang memakan timbunan organik dan barang-barang lain yang dibuang ke sungai dari kawasan pembangunan. Spesis ikan keli yang satu ini boleh memberi manfaat kepada sistem ekologi dalam beberapa cara.

Sumber:

file:///C:/Users/Admin/Downloads/Suckermouth_Catfishes_Threats_to_Aquatic_Ecosystem.pdf

https://www.thesprucepets.com/suckermouth-catfish-species-profile-5079535

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/02/457980/ikan-bandaraya-cleans-out-local-ecosystem

error: Content is protected !!