Now Reading
Diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 (Diabetes Type 1 and Type 2) – Definisi, Kesan, Punca dan Faktor Risiko

Diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 (Diabetes Type 1 and Type 2) – Definisi, Kesan, Punca dan Faktor Risiko

Diabetes Jenis 1 dan Jenis 2

Apakah definisi perubatan untuk diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2?

Diabetes atau juga dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan sejenis penyakit kronik yang mempunyai kaitan dengan kandungan gula (glukos) yang tinggi dan tidak normal dalam darah. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas dapat mengurangkan kadar gula dalam darah. Sekiranya insulin tidak dihasilkan atau tidak mempunyai penghasilan yang mencukupi ataupun berlakunya ketidak upayaan tubuh badan dalam menghasilkan insulin, ini akan menyebabkan seseorang individu itu menghidap kencing manis.

Penyakit dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu diabetes jenis 1 dan jenis 2. Nama asal bagi kedua-dua keadaan ini adalah (1) diabetes yang bergantung pada insulin dan (2) diabetes yang tidak bergantung pada insulin atau dikenali juga sebagai diabetes semasa remaja (juvenile onset diabetes) dan diabetes semasa dewasa (adult onset diabetes).

 

Apakah itu diabetes?

Diabetes mellitus adalah satu kumpulan penyakit metabolik yang dikategorikan mengikut tahap kandungan gula (glukos) yang tinggi dan berlaku kerana berlakunya masalah dalam proses penghasilan insulin, kelakuan insulin atau kedua-duanya sekali. Diabetes mellitus pada mulanya dirujuk sebagai penyakit yang berkaitan dengan pengeluaran air kencing yang bersifat manis serta kehilangan otot berlebihan pada zaman dahulu. Ketinggian paras glukos dalam darah yang diketahui sebagai ‘hyperglycemia’ boleh mengakibatkan berlakunya tumpahan glukos ke dalam air kencing, maka terhasillah istilah kencing manis.

Kebiasannya, insulin mengawal tahap glukos dalam darah dan berupaya untuk mengurangkan tahap glukos yang ada pada individu. Apabila paras glukos meningkat seperti selepas mengambil makanan, insulin akan dilepaskan oleh pankreas untuk mengimbangkan kembali paras glukos tersebut dengan menggalakkan pengambilan glukos ke dalam sel-sel badan yang lain. Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis ini dan mengalami kekurangan penghasilan insulin boleh mengakibatkan keadaan ‘hyperglycemia’ berlaku. Selain itu, diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang boleh menghantui mana-mana individu buat selamanya walaupun setelah dirawat.

 

Apakah kesan penyakit diabetes?

Gejala-gejala awal bagi penyakit ini yang tidak dapat dirawat lagi biasanya dikaitkan dengan tahap glukos yang tinggi dalam darah serta kehilangan glukos dalam air kencing.

Jumlah glukos yang tinggi dalam air kencing boleh mengakibatkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran air kencing yang menyebabkan individu itu sering ke tandas untuk membuang air kecil. Sekiranya ini berlaku, individu itu boleh mengalami dehidrasi kerana kekurangan cecair dalam badan.

Keadaan dehidrasi ini juga boleh membuatkan individu berasa sangat dahaga dan  meningkatkan penggunaan air dalam badan. Seterusnya, kekurangan insulin boleh menyebabkan penurunan berat badan dan situasi ini masih boleh berlaku walaupun pesakit tersebut mempunyai selera makan yang baik. Ada juga pesakit diabetes yang sudah tidak dapat dirawat mengadu sering berasa letih. Mereka juga sering mengalami rasa ingin muntah dan loya juga.

Pesakit-pesakit dengan penyakit kencing manis yang tidak boleh dirawat ini sering mendapat jangkitan pada bahagian-bahagian seperti pundi kencing, kulit dan di kawasan faraj mereka. Pandangan yang kabur juga boleh terjadi sekiranya individu mengalami paras glukos yang sentiasa berubah-ubah. Ia juga mampu menyebabkan rasa lesu pada badan dan mampu membuatkan pesakit berada dalam keadaan koma.

 

Apakah penyebab diabetes?

Pengeluaran insulin yang tidak mencukupi (sama ada cukup-cukup sahaja atau relatif pada keperluan badan), pengeluaran insulin yang terjejas ataupun ketidak upayaan sel-sel dalam badan dalam menggunakan insulin dengan sebaiknya boleh menyebabkan seorang individu mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘hyperglycemia’ dan diabetes.

Penyakit kencing manis ini mampu menjejaskan kebanyakan sel-sel otot dan tisu lemak dan menyebabkan terjadinya keadaan yang dipanggil rintangan insulin. Ini merupakan masalah utama yang dialami oleh pesakit diabetes jenis 2. Kekurangan insulin selalunya tidak memberi kesan yang melampau berbanding kerosakan pada pankreas yang boleh menjejaskan pengeluaran sel beta-insulin yang menjadi masalah utama bagi pesakit diabetes jenis 1.

 

Apakah itu glukos?

Glukos merupakan sejenis gula yang boleh didapati dalam makanan. Ia merupakan antara nutrisi terpenting yang menghasilkan tenaga agar sel-sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan betul dan efisien. Karbohidrat yang diambil biasanya akan dipecahkan ke dalam usus kecil dan nutrien glukos pula diserap oleh sel usus dan dibawa ke dalam saluran darah sebelum digunakan oleh sel-sel lain untuk fungsi yang tersendiri. Walau bagaimanapun, glukos tidak dapat memasuki bahagian sel-sel badan yang lain tanpa bantuan insulin. Kehadiran insulin membantu untuk memberikan tenaga kepada glukos agar ia boleh mencapai sel-sel lain pada badan kita. Dalam sesetengah jenis diabetes, ada sel yang tidak mampu untuk memanfaatkan kehadiran glukos dengan sebaiknya sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran glukos yang kemudiannya dibuang begitu sahaja melalui air kencing.

 

Apakah itu insulin?

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel-sel tertentu yang dikenali sebagai sel-sel beta yang terdapat pada pankreas (organ yang terletak pada bahagian dalaman abdomen di belakang perut kita). Selain itu, insulin juga membantu untuk menstabilkan paras glukos yang sekata dalam darah. Sebagai contoh, setelah kita makan, paras glukos dalam darah kita akan meningkat. Justeru itu, pankreas akan mengeluarkan insulin ke dalam aliran darah dan membantu glukos memasuki sel-sel badan dan seterusnya mengurangkan paras glukos dalam darah.

Oleh itu, kita perlu faham bahawa berpuasa tidak menjejaskan kesihatan kita walaupun glukos dalam badan kita berada pada tahap yang rendah. Penghasilan insulin masih berlaku seperti biasa dan membantu untuk memberi keseimbangan pada paras gula dalam darah kita. Bagi individu normal, sistem peredaran yang biasa mampu memberi keseimbangan pada tahap gula dalam darah secara konsisten. Seperti yang dikatakan sebelum ini, pesakit tersebut didiagnosis sebegitu kerana tubuh mereka mempunyai masalah pengeluaran insulin mahupun kekurangan insulin, atau juga kerana tidak digunakan sebaik mungkin oleh badan. Kesemua faktor inilah yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan paras glukos dalam darah.

 

Apakah faktor dan risiko yang boleh dihadapi oleh pesakit diabetes?

Risiko yang boleh dihadapi bagi pesakit dengan penyakit berkenaan jenis 1 kurang diketahui secara mendalam berbanding pesakit yang didiagnosis dengan diabetes jenis 2. Namun begitu, sejarah keluarga dikenal pasti sebagai salah satu faktor berlakunya diabetes jenis 1 kepada individu tertentu. Jangkitan atau penyakit yang berlaku pada pankreas juga boleh menjadi punca kepada penyakit ini.

Terdapat banyak faktor dan risiko yang boleh dihadapi oleh pesakit diabetes jenis 2. Faktor-faktor di bawah merupakan antara faktor yang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan penyakit kencing manis jenis 2 :

• Obesiti atau berat badan berlebihan

Tekanan darah tinggi

• Kenaikan paras triglycerides dan penurunan paras kolesterol baik (HDL)

Gaya hidup yang tidak aktif

• Peningkatan usia

• Gejala ovarium polikistik

• Toleransi terhadap glukos yang terjejas

• Rintangan insulin

• Menghidap kencing manis semasa hamil

• Mempunyai latar belakang etnik yang berisiko seperti: Hispanik/ Amerika-Latin, Amerika asli, Asia-Amerika, Pulau Pasifik dan Alaska asli

Jika anda merasakan bahawa terdapatnya gejala-gejala diabetes, silalah berjumpa dengan pakar kesihatan dengan segera.

Sumber

https://www.healthline.com/health/difference-between-type-1-and-type-2-diabetes

https://www.webmd.com/diabetes/guide/types-of-diabetes-mellitus

https://www.medicalnewstoday.com/articles/7504

https://www.medicinenet.com/diabetes_mellitus/article.htm

error: Content is protected !!