Perasaan baru melahirkan bayi anda pastinya masih segar dalam ingatan. Memiliki bayi bersama anda pada awalnya mungkin terasa agak kekok dan luar biasa, namun anda akan beransur-ansur menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam keluarga anda. Bayi anda juga mungkin akan mula menunjukkan perkembangan walaupun baru berusia 1 bulan.
Sekarang, mari kita lihat beberapa aspek tentang perkembangan bayi pada usia 1 bulan. Anda juga boleh membaca artikel lain bagi perkembangan bayi mengikut bulan seperti dalam kandungan berikut.
Kandungan
- Perkembangan bayi: 1 bulan
- Perkembangan bayi: 2 bulan
- Perkembangan bayi: 3 bulan
- Perkembangan bayi: 4 bulan
- Perkembangan bayi: 5 bulan
- Perkembangan bayi: 6 bulan
- Perkembangan bayi: 7 bulan
- Perkembangan bayi: 8 bulan
- Perkembangan bayi: 9 bulan
- Perkembangan bayi: 10 bulan
- Perkembangan bayi: 11 bulan
- Perkembangan bayi: 12 bulan
Pertumbuhan (berat, ketinggian, fizikal)
Adakah anda menyusukan bayi anda? Jika ya, anda boleh mengharapkan bayi anda untuk mengalami pertambahan berat badan dari 0.1 hingga 0.2kg seminggu bagi beberapa bulan pertama. Sementara itu, bayi yang diberi susu formula mungkin mengalami penambahan yang lebih sedikit daripada itu. Berat bayi berumur sebulan secara purata adalah 4.2kg bagi kanak-kanak perempuan dan 4.5kg bagi kanak-kanak lelaki, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Namun, anda harus ingat bahawa bayi tidak berkembang pada kadar yang tetap tetapi sebaliknya. Anda mungkin menyedari bahawa anak kecil anda menginginkan payudara atau botol lebih kerap ketika ini (ibu-ibu menyusu memanggil mereka penyusuan cluster). Peningkatan permintaan ini adalah cara bayi anda untuk melalui pertumbuhan luar biasa oleh tubuhnya. Ia mungkin memenatkan anda, tetapi jangan risau kerana ia biasanya berlangsung selama 1 atau 2 hari. Satu pola pemakanan yang tetap dan konsisten akan mula timbul selepas itu.
Maklumat kesihatan dan perubatan
Ini adalah masa untuk membawa bayi anda bagi menjalani pemeriksaan 1 bulan. Ini termasuklah pemeriksaan fizikal dari kepala ke kaki serta mendapat dos kedua vaksin Hepatitis B. Dalam perjumpaan itu, anda juga boleh bertanyakan pada doktor tentang pengambilan suplemen vitamin D jika anda menyusukan bayi. Selain itu, pakar pediatrik juga boleh memeriksa anda bagi melihat jika adanya tanda-tanda kemurungan selepas bersalin.
Corak tidur
Bagi corak tidur bayi, bayi yang berusia 1 bulan biasanya tidur kira-kira 15 hingga 16 jam sehari. Namun, bila ia tidur bergantung kepada bayi itu sendiri. Biasanya, bayi akan tidur tiga kali pada waktu siang, dengan lapan setengah jam tidur pada waktu malam.
Setiap bayi mempunyai keperibadian yang berbeza, sama seperti orang dewasa. Apa-apa kebimbangan berkaitan corak tidur bayi anda perlu dibincangkan dengan pakar pediatrik, bagi mendapatkan nasihat peribadi tentang hal ini.
Pembangunan sosial dan interaksi
Bayi anda mungkin akan mula membuat bunyi, mendekut (cooing), mengerang (grunting) dan berdengung (humming) untuk menyatakan perasaannya. Beberapa bayi juga mula squealing dan ketawa. Pastikan anda memberi reaksi, dan bercakap dengan bayi anda secara berdepan. Pada umur ini, bayi anda akan menyukai melihat anda di depannya sekarang.
Jika anda mempunyai perkara yang perlu dilakukan, bayi anda masih akan menikmati mendengar suara anda dari seluruh bilik. Jangan malu untuk melakukan ‘baby talk’ – bayi dapat menyesuaikan diri melalui cara berkomunikasi dengan nada tinggi ini yang sebenarnya dapat mengajar bayi tentang struktur dan fungsi bahasa.
Selain itu, bayi baru lahir pastinya akan banyak menangis kerana inilah cara untuk mereka berkomunikasi dengan anda. Malah, menangis boleh menandakan bayi itu adalah sihat. Jika anak kecil anda tidak menangis, terutama jika anda tahu bahawa dia mungkin memerlukan sesuatu, berjumpa doktor dengan segera.
Perkembangan kognitif
Memandangkan pendengaran sudah dikembangkan dalam rahim sekitar minggu ke-35, pendengaran bayi anda yang berusia 1 bulan sudah berkembang sepenuhnya. Malah, bayi anda juga boleh menoleh kepada bunyi dan suara yang ia biasa dengar. Pada mulanya, cecair di telinga boleh menjejaskan kejelasan bunyi, dan bahagian-bahagian otak yang berurusan dengan pemprosesan bunyi masih perlu berkembang. Ini biasanya tidak berlaku sehinggalah bayi berumur 7 bulan.
Deria bau bayi juga mula berkembang. Pada umur ini, bayi anda akan lebih menyukai bau yang manis. Jika anda menyusukan bayi, ia mungkin dapat memilih susu mana yang terbaik berdasarkan rasa dan baunya.
Perkembangan pergerakan
Pada usia yang muda, bayi anda tidak dapat duduk, bergerak atau berguling secara bersendirian. Apabila berbaring untuk menukar lampin, anda mungkin melihat bahawa mereka mengekalkan kepala mereka ke satu arah. Jika anda meletakkannya pada perut, mereka mungkin cuba mengangkat kepala pada mulanya. Tetapi, tidak lama lagi, bayi akan mula membenarkan kepalanya berpaling ke satu sisi dan membengkokkan tangan (siku ke luar) dan kaki dengan bahagian bawahnya sedikit terjojol ke atas. Pergerakan lengan dan kaki mereka ketika ini juga tidak teratur dan tersentak-sentak.
Bayi berusia 1 bulan anda masih mempunyai pergerakan refleks asas yang dimiliki oleh bayi baru lahir (dipanggil ‘refleks primitif’). Misalnya, jika anda menyentuh pipi mereka berdekatan mulutnya, mereka akan berpusing untuk menghisap jari anda (‘refleks rooting’); apabila dipegang secara ‘berdiri’ di atas permukaan yang keras, mereka akan menekan kaki mereka dalam satu jenis corak berjalan (“refleks melangkah”).
Nutrisi
Bayi anda yang berusia 1 bulan mungkin masih perlu diberi makan setiap dua hingga tiga jam jika anda menyusu; sekali setiap tiga hingga empat jam jika anda menggunakan susu formula. Jika anda menyusukan bayi, jangan terlalu bimbang tentang kuantiti susu yang anda hasilkan.
Selain itu, bayi anda akan berhenti apabila dia sudah kenyang. Ia akan berpaling daripada payudara anda atau tidur. Tidak lama lagi, bayi akan menjadi menyusu dengan lebih cekap dan akan dapat menyusu lebih banyak dalam masa yang singkat. Jadi, anda biasanya akan melihat bahawa tempoh menyusu akan berkurangan pada bulan-bulan mendatang. Sekiranya anda menggunakan susu formula, bayi mungkin akan menghisap botol 4-auns kira-kira sekali bagi setiap empat jam.
Pada usia ini, bayi harus tetap mendapatkan nutrisi daripada susu formula atau susu ibu atau gabungan kedua-duanya. Biasanya, doktor akan mencadangkan bahawa pemberian air hanya boleh diberikan apabila bayi anda berumur sekurang-kurangnya 6 bulan.
Semasa menyusu, bayi boleh menelan udara – lebih kerap berlaku apabila mereka menyusu daripada botol. Udara ini boleh membuatkan mereka berasa tidak selesa dan merengek. Bagi membantunya, pastikan bayi anda sendawa semasa menyusu, atau apabila anda mengalihkannya dari satu payudara ke payudara yang lain. Pastikan anda mempunyai kain atau selimut kecil yang menutup pakaian anda untuk menjaga susu atau susu formula yang tumpah.
Cara kesan lampin basah
Pada tahap ini, bayi boleh menghasilkan sekitar empat hingga enam lampin basah setiap hari. Bagi lampin bernajis, terdapat pelbagai jenis najis yang dikira sebagai “biasa”. Kebanyakan bayi akan membuang sekurang-kurangnya sekali sehari, tetapi beberapa bayi mungkin tidak membuang sehingga beberapa hari atau seminggu. Ini adalah perkara biasa selagi konsistensi kotorannya adalah normal – dengan kata lain lembut dan sedikit berair. Pada masa yang sama, pastikan bayi anda makan dengan baik dan bertambah berat badan. Dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan bayi jika anda risau akan bilangan lampin yang terlalu sedikit.
Sama ada anda menggunakan lampin jenis kain atau lampin pakai buang, si kecil anda mungkin mula mengalami ruam disebabkan lampin dari semasa ke semasa. Ini terutamanya berlaku semasa musim panas. Untuk membantu mencegah dan merawat ruam lampin:
- Tukar lampin bayi anda dengan lebih kerap: Tukarkan lampinnya sebaik sahaja anda melihatnya basah atau kotor pada waktu siang.
- Gunakan krim ruam lampin: Anda boleh menyapu krim ruam lampin sebagai langkah pencegahan, terutamanya jika bayi anda terdedah kepada ruam, atau sekiranya anda tahu bahawa bayi anda akan menghabiskan hari yang panjang di luar atau dalam perjalanan yang panjang. Jika anda menggunakan lampin kain, kebanyakan jenama lampin ini tidak boleh digunakan dengan krim ruam lampin, jadi semak tag untuk arahan sebelum anda menggunakan apa-apa krim.
- Berikan pengudaraan: Cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam lampin adalah untuk membiarkan bayi anda bebas tanpa lampin. Bentangkan selimut dan biarkan bayi anda menikmati udara segar semasa menukar baju atau selepas mandi.
Bagaimana untuk membantu bayi anda berkembang
Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh cuba:
- Masa berpelukan: Peuk bayi anda sebanyak mungkin – ia adalah cara yang baik bagi menghasilkan ikatan antara anda berdua. Pakar mengatakan bahawa lebih cepat dan konsisten anda menghiburkan bayi apabila dia bersedih dalam masa enam bulan pertama, bayi anda akan menjadi mendesak apabila semakin tua.
- Rangsangan visual: Pada peringkat ini, bayi anda mungkin lebih suka melihat objek yang mempunyai garis lurus, seperti garis-garis atau corak papan tanda. Pilih telefon mudah alih atau mainan dengan warna, corak yang terang dan berbeza bagi merangsang perkembangan visualnya.
- Mainan sentuhan: Bayi anda akan mengenali dunia melalui sentuhan juga. Berikan mainannya dengan tekstur, bentuk dan saiz yang berbeza.
- Bercakap dengan bayi anda: Berbual dengan bayi anda dengan membiarkan dia “bercakap” menggunakan coos, gurgles dan senyumannya. Beri respon padanya dengan bercakap kembali menggunakan kata-kata, bunyi dan ungkapan muka. Pada masa yang akan datang, bayi anda akan belajar untuk meniru anda, jadi ini adalah “perbualan” awal yang hebat bagi perkembangannya.
- Membantu perkembangan fizikal: Perlahan-lahan regangkan lengan bayi anda di hadapannya untuk membentuk “tepukan”. Gerakkan kaki bayi anda seolah-olah sedang mengayuh berbasikal dan terus amalkan meletakkan bayi anda pada perutnya (tummy time). Semua ini boleh membantu mengembangkan otot dan pergerakannya.
- Ikatan: Mencipta ikatan yang selamat dan kepercayaan dengan bayi anda membolehkannya mencapai potensi yang penuh.
Tanda-tanda masalah pembangunan (Perkara yang perlu diperhatikan)
Bayi berkembang pada kadar yang berbeza. Pada umur 1 bulan, anda masih akan belajar mengenai bayi dan keperluannya. Tetapi, bercakap dengan doktor atau jururawat kanak-kanak jika bayi anda:
- Bayi anda tidak makan dengan baik.
- Bayi anda kerap tidur lebih daripada 16 jam sehari.
- Bayi anda tidak menggerakkan tangan atau kaki mereka.
- Bayi anda tidak mengikuti wajah anda dengan mata atau memberi respon apabila melihat anda.
- Bayi anda tidak membuat bunyi gurgling.
- Bayi anda tidak berasa terkejut atau kelihatan seperti tidak boleh mendengar.
- Anda bimbang tentang tangisan atau corak tidur bayi anda.
SUMBER
https://www.babycenter.com/0_your-4-week-olds-development_1477174.bc#articlesection3
https://www.pregnancybirthbaby.org.au/babys-growth-and-development-1-month-old
https://www.emmasdiary.co.uk/baby/month-by-month-baby-development/1-month-old-baby-development
https://www.thebump.com/baby-month-by-month/1-month-old-baby
https://www.pampers.com/en-us/newborn-baby/development/article/1-month-old-baby
https://www.verywellfamily.com/your-4-week-old-baby-development-and-milestones-4169858