Now Reading
Perkembangan Bayi 5 Bulan Penuh Makna

Perkembangan Bayi 5 Bulan Penuh Makna

perkembangan bayi 5 bulan

Bayi juga lebih suka didukung berbanding diletakkan di bawah. Mungkin juga akan ada perkembangan bayi 5 bulan anda yang tidak disangka.

Sekarang, mari kita lihat beberapa aspek tentang perkembangan bayi pada usia 5 bulan seperti di bawah. Anda juga boleh membaca artikel lain bagi perkembangan bayi mengikut bulan seperti dalam kandungan berikut.

Kandungan

  1. Perkembangan bayi: 1 bulan
  2. Perkembangan bayi: 2 bulan
  3. Perkembangan bayi: 3 bulan
  4. Perkembangan bayi: 4 bulan
  5. Perkembangan bayi: 5 bulan
  6. Perkembangan bayi: 6 bulan
  7. Perkembangan bayi: 7 bulan
  8. Perkembangan bayi: 8 bulan
  9. Perkembangan bayi: 9 bulan
  10. Perkembangan bayi: 10 bulan
  11. Perkembangan bayi: 11 bulan
  12. Perkembangan bayi: 12 bulan

Pertumbuhan (berat, ketinggian, fizikal)

Berat purata bagi bayi berusia 5 bulan ialah 15.2 paun (6.9kg) untuk bayi perempuan dan 16.6 paun (7.5kg) untuk bayi lelaki. Seterusnya, pada usia ini, ketinggian mereka mungkin mencecah purata 25.2 inci untuk bayi perempuan dan 25.9 inci untuk bayi lelaki.

Setiap bayi adalah berbeza dan akan berkembang mengikut kadarnya sendiri. Tetapi, sebaik sahaja bayi anda berumur kira-kira 5 bulan, anda mungkin mendapati bahawa berat badannya berganda daripada berat kelahirannya. Secara purata, bayi pada usia ini akan mendapat sekitar 1 ΒΌ paun (0.5kg) dan tumbuh 0.8 inci setiap bulan. Pembekal penjagaan kesihatan bayi anda akan memeriksa hal ini menggunakan carta pertumbuhan bayi untuk memastikan pertumbuhannya adalah stabil.

Maklumat kesihatan dan perubatan

Bayi anda sepatutnya menjalani pemeriksaan bulan lepas untuk pemeriksaan bayi      4 bulan. Jangan risau jika anda tidak menghadari perjumpaan tersebut tetapi pastikan anda berjumpa dengan doktor bayi anda pada bulan ini. Pemeriksaan bulan ke-4 adalah sangat penting kerana bayi anda akan menerima imunisasi bagi pusingan kedua yang “besar”.

Sekiranya anda berada di landasan betul untuk perjumpaan dan imunisasi anak anda, bayi anda tidak akan mendapat pemeriksaan lain sehingga 6 bulan – melainkan jika bayi anda sakit atau mempunyai sebarang masalah perubatan.

Biasanya, demam pada bayi adalah tanda bahawa sistem imun mereka berfungsi dan tidak perlu dirawat. Sebaliknya, pastikan bayi anda selesa dengan pakaian ringan, berikan mandian suam atau kurangkan suhu mereka secara semulajadi.

Corak tidur

Tiada jumlah tidur yang tetap tetapi secara purata, bayi berumur 5 bulan memerlukan 14 hingga 16 jam tidur setiap hari, termasuk 2 atau 3 kali tidur siang. Mungkin ada hari di mana bayi anda akan mahu pada waktu tidur tengah hari seperti biasa, dan ada juga waktu di mana mereka tidak keletihan dan tidak mahu tidur seperti kebiasaannya.

Seperti hal-hal lain, terdapat kepelbagaian di mana ada bayi yang banyak tidur manakala ada juga yang tidur sekejap sahaja. Setiap bayi adalah berbeza tetapi anda mungkin bernasib baik jika bayi anda tidak perlu diberi makan pada tengah malam di usia ini.

Pembangunan sosial dan interaksi

Dalam perkembangan bayi 5 bulan, bayi boleh memberitahu apa yang mereka inginkan dengan lebih baik. Sebagai contoh, mereka boleh mengangkat tangan di atas kepalanya jika mereka mahu didukung, atau mereka mungkin menangis ketika anda meninggalkan bilik. Tambahan pula, mereka boleh ketawa, berpelukan dan mencium anda, dan sangat senang untuk bermain dengan orang lain. Bayi anda juga akan belajar tentang sebab dan akibat – mereka boleh terus menjatuhkan objek agar anda mengambilnya semula. Ini mungkin dilihat sebagai satu situasi yang melucukan buat mereka.

Seterusnya, anda mungkin menyedari bahawa anak kecil anda kurang bercakap lembut kerana mereka sedang bereksperimen untuk menghasilkan suara vokal yang lebih kompleks. Contohnya, mereka boleh membuat bunyi ‘bergelembung’ dengan meletakkan lidah melawan bibir mereka dan ‘meniup’ dengan menggetarkan bibir mereka bersama-sama.

Bayi anda juga akan belajar banyak kemahiran bahasa pada masa ini. Mereka mungkin mengulangi sesuatu perbuatan berulang kali, seperti meniup sesuatu. Ini adalah perkara yang sangat biasa. Mereka juga boleh mengenali bunyi yang berbeza dan apa yang menyebabkan bunyi itu.

Perkembangan bayi 5 bulan dari sudut kognitif

Penglihatan bayi anda akan terus bertambah baik, dan sekarang dia sudah dapat melihat lebih jauh dari sebelumnya. Anda mungkin perasan bahawa warna merah dan biru adalah kegemarannya kerana dia lebih suka melihat warna tersebut. Bayi anda mungkin suka menatap corak dan bentuk yang lebih kompleks; dia akan mendapati corak ini benar-benar menarik apabila penglihatannya menjadi matang, jadi jangan malu untuk menunjukkan gambar dan poster dengan corak yang berani dan rumit.

Bayi adalah pelajar yang cepat dan setiap pengalaman akan mengajar anak kecil anda begitu banyak perkara. Pada usia sekitar 5 bulan, bayi anda akan mula belajar bahawa setiap tindakan mempunyai reaksi. Jadi, dia mungkin akan menendang tilamnya dan memerhatikan bagaimana katil bayi itu bergerak, atau dia akan menjatuhkan sesuatu dan melihat anda mengambilnya. Ini akan membuatnya berasa hairan dan dia akan menguji bagaimana dia boleh mempengaruhi dunia di sekelilingnya.

Perkembangan pergerakan

Bayi anda adalah semakin kuat dan sedang berusaha membina otot-otot teras penting dan ini adalah salah satu perkembangan bayi 5 bulan yang anda harus ketahui. Sekarang, dia sudah boleh menaikkan dan mengekalkan posisi kepala dan dada ketika berbaring di perutnya. Dia akan terus menguatkan otot-otot ini sambil menolak kepala dan dadanya ke atas. Malah, bayi anda juga mungkin dengan mudah boleh menggerakkan kakinya dan berguling-guling. Ini adalah cara bagaimana dia membina kekuatan untuk berguling dengan betul dan untuk memulakan merangkak.

Selain itu, pada usia 5 bulan, bayi anda boleh mengangkat dan memegang objek tetapi tidak dapat melepaskannya lagi. Mereka juga boleh menggunakan ibu jari secara berasingan dengan jari-jari mereka yang membolehkan mereka memegang objek dengan lebih sempurna. Kini, mereka telah berjaya menyempurnakan penyelarasan tangan ke mulut dengan selamanya meletakkan benda-benda di mulut mereka. Malah, mereka juga akan menghisap dan mengunyah secukupnya untuk merasa dan meneroka kerana mulut mereka adalah lebih sensitif berbanding jari mereka.

Nutrisi

Anda perlu menyusukan bayi setiap 3 atau 4 jam tetapi setiap bayi yang menyusu mungkin adalah sedikit berbeza. Apa yang penting ialah bayi itu kelihatan seperti sudah kenyang, payudara anda seperti telah dikosongkan (mereka lembut) dan berat badan mereka bertambah secara sihat.

Jika anda mengepam susu, anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak auns susu yang mencukupi bagi bayi berumur 5 bulan. Biasanya, bayi memerlukan kira-kira 25 auns susu setiap hari. Jadi, anda perlu membahagikannya dengan berapa banyak kali anda menyusukan bayi anda. Bagi susu formula pula, bayi anda perlu minum 4 auns formula kira-kira 6 kali sehari.

Sekiranya anda dan ahli pediatrik bayi memutuskan untuk memberi makan makanan bayi, berikan ia perlahan-lahan dan ikuti isyarat bayi. Anda mungkin bermula dengan satu auns pada waktu makan. Tingkatkan jumlah itu secara beransur-ansur kira-kira 3 auns tiga kali sehari, jika bayi kelihatan banyak makan.

Cara kesan lampin basah

Bayi anda seharusnya menghasilkan beberapa lampin basah setiap hari. Biasanya, bayi berumur 5 hingga 9 bulan harus mempunyai penggunaan lampin sebanyak 8 hingga 10 kali setiap hari. Selain itu, pergerakan buang air kecil juga perlulah konsisten – setiap hari atau dalam beberapa hari adalah perkara biasa. Anda mungkin ingin mengubah saiz lampin bayi jika perlu juga.

Sebaik sahaja anda mendapati lampin bayi anda telah kotor dan basah, tukarnya dengan segera. Jangkitan yang mungkin terjadi disebabkan air kencing dan najis boleh jadi sangat menyakitkan untuk bayi anda, dan ia juga sukar untuk dirawat.

Bagaimana untuk membantu bayi anda berkembang

Ketika ini, perkembangan bayi anda membolehkannya mempunyai otot leher dan bahu yang kuat. Sepanjang bulan yang mendatang, ia akan menggunakan otot-otot ini untuk duduk, berguling, merangkak dan akhirnya berjalan. Teruskan sesi β€˜tummy time’ setiap hari untuk membantu anak anda membina kemahiran ini. Cuba lakukannya 2 atau 3 kali sehari jika boleh. Apabila bayi anad sudah terbiasa dengan hal ini, anda boleh melakukannya lebih kerap untuk membantunya mendapatkan kekuatan dan keyakinan. Pastikan dia terjaga semasa β€˜tummy time’ dan jangan tinggalkan bayi anda tanpa pengawasan.

Selain itu, anda juga boleh:

  • Tempatkan mainan di salah satu tangan bayi anda dan kemudian di tangan satu lagi. Mereka akan belajar untuk menggerakkan mainan dari satu tangan ke tangan yang lain dengan sendirinya.
  • Bantu bayi anda berdiri dan pegang kakinya dengan menahan di bawah ketiaknya ketika anda bermain bersama.
  • Gerakkan mainan yang tidak dapat dicapai semasa β€˜tummy time’ harian dan lihat bagaimana mereka cuba mencapainya. Jika mereka tidak mampu, gerakkan mainan itu sedikit lebih dekat agar mereka tidak berputus asa.
  • Ayunkan bayi anda perlahan-lahan ke atas dan ke bawah dan goyang mereka ke sisi untuk membantu meningkatkan keseimbangan dan pergerakan mereka. Ini adalah persediaan yang baik untuk membantu mereka merangkak.

Tanda-tanda masalah pembangunan (Perkara yang perlu diperhatikan)

Bayi berkembang pada kadar yang berbeza. Pada usia 5 bulan, berbincang dengan doktor atau jururawat jika:

  • Bayi anda tidak berminat dengan perkara di sekeliling mereka.
  • Bayi anda seperti tidak mengenali awak.
  • Bayi anda tidak membuat bunyi suara.
  • Bayi anda tidak membuka jari mereka.
  • Bayi anda tidak menendang kaki mereka, atau kaki mereka bengkok pada kebanyakan masa.
  • Bayi anda tidak mengikuti objek dengan mata mereka atau hubungi mata.
  • Bayi anda tidak berpaling apabila anda bercakap dengan mereka, atau mereka tidak terkejut dengan bunyi yang kuat.
  • Bayi anda seperti tidak berpuas hati atau tidak selesa bagi kebanyakan masa.

SUMBER

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/babys-growth-and-development-5-months-old

https://www.pampers.com/en-us/baby/development/article/5-month-old-baby

https://www.thebump.com/baby-month-by-month/5-month-old-baby

https://www.emmasdiary.co.uk/baby/month-by-month-baby-development/5-month-old-baby-development

https://www.bounty.com/baby-0-to-12-months/development/4-6-months/your-baby-at-5-months

https://www.verywellfamily.com/your-5-month-old-baby-development-and-milestones-4172566#health–safety

https://parenting.firstcry.com/articles/diapers-usage-how-many-will-your-baby-need/

error: Content is protected !!