Now Reading
Perlukah Anda Mencukur Rambut Bayi Anda ?

Perlukah Anda Mencukur Rambut Bayi Anda ?

mencukur rambut bayi

Bolehkah mencukur rambut bayi anda menjadikannya tumbuh lebih tebal dan sihat? Sebilangan ibu bapa memilih untuk mencukur kepala bayi mereka pada usia yang sangat awal. Apakah sebab sebenarnya? Budaya, agama atau hanya faedah yang sepatutnya?

Sebilangan besar bayi mungkin tidak mempunyai banyak rambut untuk dicukur, tetapi mari kita lihat sebab-sebab ia dilakukan dan fakta-fakta yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk mencukurkan rambut bayi anda atau tidak.

Mengapa Mencukur Rambut Bayi Anda?

Adakah mencukur rambut bayi mendorong pertumbuhan rambut?

Jawapannya tidak.

Dalam banyak budaya Asia, adalar dipercayai bahawa mencukur rambut bayi dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Tidaklah jarang bayi berusia sebulan dinampak rambutnya telah dicukur sepenuhnya, dengan harapan rambut mereka tumbuh kembali lebih tebal, lebat dan lebih sihat.

Tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa amalan ini boleh membantu.

Ini adalah kerana rambut tumbuh daripada folikel di bawah kulit kepala, dan apa yang anda lakukan pada rambut di permukaan tidak akan mempengaruhi rambut yang tumbuh di folikel. 

Akar folikel dibuat daripada sel protein. Sel-sel ini diciptakan dan diberi makan oleh darah, yang membawa nutrien yang diperlukan oleh sel-sel untuk tumbuh. Apabila sel menumbuh, rambut akan tumbuh dan keluar daripada folikel melalui kulit.

Apabila rambut yang telah dicukur tumbuh kembali sekaligus, ia mungkin terasa lebih tebal kerana hujung yang tumpul semuanya sama panjang.

Rambut individu menjalani kitaran rehat dan pertumbuhan, sebab itulah rambut yang dibiarkan tumbuh secara semula jadi mempunyai panjang yang berbeza.

Lazimnya bayi kehilangan sebahagian ataupun semua rambut yang dilahirkan dengannya, biasanya berusia sekitar 4 bulan. Yang baru mungkin memerlukan sedikit masa untuk tumbuh, dan ketika ia tumbuh tekstur dan warnanya mungkin berbeza.

Tetapi sama ada anda mencukur, memotong atau menyikat rambutnya seratus kali sehari, ia tidak akan mempengaruhi bagaimana ia tumbuh. Itu bergantung pada genetik.

Bolehkah Mencukur Memberikan Kesan Bahaya?

Bayi yang mempunyai ‘Cradle Cap’ iaitu kerak kepala, adakah mencukur akan membantu?

Mencukur kepala bayi anda tidak akan menyembuhkan kerak kepala kerana ia adalah keadaan kulit yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan rambut itu sendiri.

Sebenarnya, mencukur rambut ketika bayi mempunyai kerak kepala dapat merengsakan kulit dan memperburukkan keadaan.

Ia juga adalah sangat penting untuk mengelak daripada menggaru kulit kepala bayi anda, tidak kira betapa anda mahukan. Ini boleh menyebabkan mereka tidak selesa dan mencetuskan jangkitan kulit kepala.

Satu lagi perkara yang berpotensi membahayakan anak anda adalah alat yang digunakan untuk mencukur rambut bayi. Sebilangan orang, lebih kerana alasan budaya, memilih untuk menggunakan pisau cukur.

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai kecenderungan untuk bergerak secara tiba-tiba dan dengan mudahnya, pisau akan memotong kulit bayi anda yang sangat lembut.

Jika anda berkeputusan untuk mencukur rambut bayi anda, seharusnya menggunakan alat dan langkah yang berjaga-jaga.

Setelah selesai mencukur, sapukan kawasan kulit itu dengan pelembap atau sedikit minyak bayi untuk mengelakkan kulit berasa kering atau gatal.

Sumber:

https://momlovesbest.com/shave-baby-hair

https://www.scmp.com/lifestyle/health-beauty/article/1823781/why-shaving-your-babys-head-will-not-promote-hair-growth

https://www.babycenter.com/baby/bathing-body-care/is-it-true-that-shaving-a-babys-head-or-cutting-his-hair-ver_10303163

error: Content is protected !!