Now Reading
Permainan Menarik Dan Tarikan Utama Di Melaka Wonderland yang Harus Anda Cuba!

Permainan Menarik Dan Tarikan Utama Di Melaka Wonderland yang Harus Anda Cuba!

melaka wonderland

Melaka Wonderland Theme Park & ​​Resort adalah taman tema dan resort air yang terbaru yang terletak di Ayer Keroh Melaka iaitu salah satu destinasi paling popular di Malaysia. Melaka Wonderland adalah salah satu tarikan pelancongan bagi pelancong tempatan dan luar negara.

Tempat ini mampu memberikan pengalaman taman tema air yang menyeronokkan bagi semua orang terutama keluarga dan anak-anak. Dari gelongsor air berkelajuan tinggi sehingga suasana kehijauan yang tenang, Taman Bertema & Resort Melaka Wonderland akan memberikan keseronokan tidak terhingga pada para pengunjung.

Taman tema air yang unik ini mempunyai beberapa tarikan utama iaitu Tornado Chaser (1st in Malaysia), Lazy cum Crazy River, 1 kolam Big Wave, Adventure Island dan dikelilingi oleh hutan rekreasi semula jadi seluas 360 hektar.

Permainan Menarik Di Melaka Wonderland

Bot Pedal

Aktiviti mengayuh bot di dalam tasik pasti sangat menyeronokkan jika dilakukan bersama rakan-rakan ataupun bersama orang tersayang. Di tasik yang luas ini anda boleh meluangkan masa di tasik dengan mengayuh bot sambil menikmati pemandangan sekeliling yang indah. Setiap pengunjung yang menaiki bot di tasik ini akan diberikan jaket keselematan untuk bagi menjamin keselamatan pengunjung. 

Tube Ride

Anda seorang yang suka berkayak? Di sini anda boleh melakukan aktiviti yang sama di tasik Melaka Wonderland ini, tetapi kali ini ia berlainan sedikit daripada kayak yang selalu anda temui. Kali ini anda akan mendayung di dalam sebuah pelampung yang besar. Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti tube ride ini wajib memakai jaket keselamatan yang disediakan demi menjamin kesejahteraan pengunjung. Lebih seronok lagi, bukan orang dewasa sahaja boleh mendayung di atas pelampung ini, malah kanak-kanak juga berpeluang untuk merasakan keseronokan yang sama. Jadi, pastikan anda membawa anak-anak bersama ke Melaka Wonderland ini.

Fish feeding

Selain aktiviti di atas air, di Melaka Wonderland juga mempunyai aktivti lain yang boleh dilakukan pengunjung iaitu memberi makan kepad ikan. Memberi makan kepada ikan adalah salah satu terapi yang boleh menenangkan fikiran daripada tekanan. Anda tidak perlu membawa makanan ikan sendiri untuk diberi makan, kerana anda boleh membeli makanan ikan yang khas disediakan untuk para pengunjung.

Rabbit feeding

Para pencinta arnab pasti gembira mendengarkan perkara ini. Melaka Wonderland bukan setakat taman tema air sahaja, malah ia juga mempunyai taman arnab yang dipenuhi arnab-arnab yang comel. Melihat arnab-arnab yang aktif berkeliaran juga merupakan salah satu terapi untuk melepaskan fikiran daripada tekanan perasaan. Kecomelan arnab-arnab ini pasti akan melembutkan dan menggembirakan hati terutama anak-anak anda. Anda boleh memberi makan kepada arnab di sini dengan membeli makanan arnab yang disediakan.

Tarikan Utama Di Melaka Wonderland

Tornado Chaser

Pernah terfikir bagaimana rasanya memasuki Tornado? Jika anda ingin merasai pengalaman tersebut, anda boleh menaiki Tornado Chaser kami yang pertama di Malaysia ini. Pengunjung yang menaiki Tornado Chaser akan berpusing di dalam ‘mangkuk’ gergasi dan kemudian turun melalui terowong gelap dengan laju dan mendarat ke dalam kolam di hujung terowong.

Kamikaze racer

Kamikaze Racer adalah 6 gelongsoran yang tinggi dan panjang. Pemain akan menggelongsor ke bawah dengan kelajuan yang tinggi di mana pemain akan berlumba-lumba menuju ke depan dan berdampingan di lorong masing-masing. Gelongsor air sememangnya sangat seronok kerana pasti akan teringat zaman kanak-kanak bukan? Tapi kali ini gelongsor air yang ada lebih besar dan lebih menyeronokkan.

Big Wave Pool

Kolam besar ini digelar sebagai 1 Big Wave Pool sempena memprtingati 1 Malaysia. Di kolam besar ini anda akan  arus gelombang air yang lembut seakan di tepi pantai. Di tepi kolam besar ini terdapat ruang dek seperti tepi pantai di mana ibu bapa boleh bersantai semasa anak-anak mereka bermain.

Adventure Island

Adventure Island adalah struktur permainan air dengan pelbagai tingkat untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Kesemua 8 gelongsor digabung menjadi satu taman permainan besar. Ia juga mempunyai tempat simbahan air yang menunggu untuk membasahi sesiapa sahaja! Anak-anak kecil anda pasti akan sangat seronok bermain di taman air ini dengan selamat.

Bagaimana untuk sampai ke Melaka Wonderland?

Melaka Wonderland berjarak sekitar 15 minit dari bandar Melaka, 1.5 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 3 jam dari Johor dan 4 jam dari Singapura.

Hari taman tema air beroperasi

  • Taman tema air ini akan ditutup setiap hari Isnin kecuali semasa sekolah & cuti umum.

Waktu operasi kami adalah:

  • Selasa hingga Jumaat
  • 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Sabtu hingga Ahad termasuk Cuti Sekolah & Cuti Umum
  • 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Anda pasti teruja bukan setelah mengetahui serba sedikit mengenai permainan menarik dan tarikan utama yang ada di taman tema air ini bukan? Anda pasti tidak akan kecewa meluangkan masa cuti dan hujung minggu di Melaka Wonderland ini, malah mendapatkan keseronokan dan kepuasan yang tidak terhingga bersama keluarga dan orang tersayang.

Sumber:

http://melakawonderland.com.my/page.php?pg=2

error: Content is protected !!