Permohonan MARA bagi institusi TVET adalah sangat senang dan mudah. Semua perkara hanya perlu di hujung jari. Segala informasi semua telah didedahkan di laman sesawang.
Perkara yang teramat penting, anda hanya perlu ada cita-cita dan minat untuk mendalami bidang kemahiran secara lebih terperinci.
APAKAH TVET?
TVET itu adalah singkatan daripada bahasa Inggeris iaitu ‘Technical and Vocational Education Training’, atau dalam bahasa melayu, ia dipanggil pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.
Tujuan program TVET ini diwujudkan adalah untuk melahirkan modal insan TVET yang bersifat holistik dan mempunyai nilai-nilai keusahawanan dalam jati diri.
Namun, ramai ibu-bapa berpendapat bahawa permohonan MARA bagi institusi TVET adalah pilihan kedua selepas anak-anak tidak berjaya menempatkan diri di dalam universiti tempatan. Demikian adalah persepsi negatif yang diberikan oleh ibu bapa semasa awal penubuhannya dahulu.
Walaubagaimanapun pada zaman modenisasi kini ,ekonomi negara amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan mampu berdaya saing demi meningkatkan produktiviti tempatan.
Maka, keperluan graduan TVET ini ibarat pisang goreng panas apabila setelah tamatnya mereka belajar, kemahiran mereka sangat diperlukan oleh majikan-majikan di negara kita.
Sudah menjadi budaya di negara kita, matlamat ibu bapa akan mengutamakan akademik dan berusaha menempatkan anak-anak mereka di institut-institut tempatan.
Ibu bapa akan membenarkan anak-anak untuk membuat permohonan MARA bagi institusi TVET jika matlamat dan target mereka gagal untuk dicapai .
Terdapat tiga institut TVET MARA yang terletak di bawah penyeliaan dan pemantauan oleh bahagian kemahiran dan teknikal (BKT) MARA iaitu:
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- MARA Japan Industrial Institute (MJII)
- Institusi Kemahiran MARA (IKM)
Pada awalnya penubuhannya, TVET dikenali sebagai sekolah tukang semasa zaman RIDA ,kemudian berevolusi dan berkembang dengan menawarkan latihan seiring dengan keperluan industri dan pembangunan ekonomi negara.
TVET MARA dikenali sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi kerana telah melebarkan sayap selama 5 dekad dan telah memberi sumbangan besar pada ekonomi negara.
Institusi tersebut telah melahirkan ribuan modal insan yang berdaya saing dalam keperluan negara terutama dalam bidang industri dan tekno-usahawan.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Pertama, permohonan MARA bagi institusi TVET iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) ialah melalui laman sesawang UPIM. Pada awal penubuhan adalah berasaskan kepada teknologi tinggi. Terdapat 10 buah kampus di Malaysia iaitu:
Zon utara | Zon tengah | Zon timur | Zon selatan |
Pulau pinang: KKTM balik pulau | SELANGOR: KKTM PETALING JAYA | Pahang: KKTM Kuantan | Johor: KKTM Ledang KKTM SRI GADING |
Perak: KKTM LENGGONG | Terengganu: KKTM Kemaman | Melaka: KKTM MASJID TANAH | |
NEGERI SEMBILAN: KKTM REMBAU | Kelantan: KKTM pasir mas |
MARA Japan Industrial Institute (MJII)
Kedua, permohonan MARA bagi institusi TVET iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII) adalah melalui laman sesawang UPIM. MJII mempunyai sebuah kampus yang terletak di Beranang, Selangor.
Institusi Kemahiran MARA (IKM)
Ketiga, permohonan MARA bagi institusi TVET iaitu Institusi Kemahiran MARA (IKM) adalah melalui laman sesawang UPIM .Institusi Kemahiran MARA (IKM) yang pertama ditubuhkan di Melaka pada tahun 1968. Sehingga kini, Institusi Kemahiran MARA (IKM) secara keseluruhannya telah mempunyai 14 buah kampus yang berasaskan industri serta tekno-usahawan di seluruh negara.
14 buah kampus tersebut adalah:
Zon utara | Zon tengah | Zon timur | Zon selatan | Zon Malaysia timur |
Perlis: IKM Beseri | Kuala lumpur: IKM Kuala Lumpur | Pahang: IKM TSYA | Johor: IKM Johor Bharu | Sarawak: IKM Kuching IKM Bintulu |
Kedah: IKM Sungai Petani IKM Alor Setar IKM Sik | Perak: IKM Lumut | Terengganu: IKM Besut | Melaka: IKM Jasin | Sabah: IKM Kota Kinabalu |
Pulau pinang: IKM Seberang Perai Utara |
Syarat am bagi permohonan MARA bagi institusi TVET.
Syarat am permohonan MARA bagi institusi TVET adalah:
- Pemohon perlu menjadi warganegara Malaysia.
- Pemohon juga perlu mempunyai hak bumiputera atau bumiputera sabah dan Sarawak
- Pemohon yang layak perlu berumur 17 tahun ke atas.
- Pemohon juga perlu mempunyai tubuh badan yang sihat .paling penting, pemohon tidak mempunyai rabun warna bagi program tertentu.
- Pemohon juga perlu lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Kelebihan membuat permohonan MARA bagi institusi TVET.
Antara kelebihan dan keistimewaan yang anda akan terima jika anda membuat permohonan MARA bagi institusi TVET adalah:
- Elaun sara hidup disediakan
- Asrama atau penginapan disediakan
- Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara
- Pelajaran diiktiraf oleh MQA, JPK, industri dan badan profesional.
- Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA.
- Lepasan SPM atau setara.
Cara membuat permohonan MARA bagi institusi TVET
Cara membuat permohonan MARA bagi institusi TVET pada tahun 2021 adalah mudah. Anda hanya perlu memasukkan butiran diri dan melengkapkan borang permohonan secara on-line.
Kesemua permohonan MARA bagi institusi TVET adalah dengan hanya perlu klik UPIM.
Jika anda mempunyai sebarang aduan dan masalah teknikal semasa membuat permohonan MARA bagi institusi TVET , anda boleh segera menghubungi melalui informasi yang tertera di bawah;
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.
No. Tel: +60 3 2613 4258
No. Faks: +60 3 2691 4510
E-mail: info@tvetmara.edu.my
Permohonan MARA bagi institusi TVET MARA bukan sahaja mempunyai tiga institusi TVET iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Institusi Kemahiran MARA (IKM) tetapi juga mempunyai institusi lain-lain.
Segala urusan dan maklumat berkaitan dengan institusi pendidikan di kawal oleh unit pusat institusi MARA (UPIM).
Apakah unit pusat institusi MARA (UPIM)?
Unit pusat institusi MARA (UPIM) ditubuhkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat.
Tugas-tugas unit pusat institusi MARA (UPIM)
i. Menyediakan panduan dan laman sesawang bagi permohonan secara ‘on-line’.
ii. Menerima dan memproses permohonan pemohon.
iii. Menyelaras penempatan pemohon yang berjaya ke IPMa
iv. Memastikan urusan kemasukan pemohon Ke IPMa berjalan lancar.
Maklumat tentang institusi-institusi lain di bawah MARA 2021
Institusi-institusi IPMa
Institusi-institusi IPMa mempunyai 7 jenis kampus. Berikut adalah senarai institusi pendidikan MARA (IPMa) :
- Unikl
- German-malaysia institute
- Kolej poly-tech MARA
- Kolej MARA
- Kolej universiti poly-tech MARA
- Kolej KETENGAH Internasional College
- GIATMARA
Antara Persijilan pendidikan yang ditawarkan adalah:
- Program persijilan persediaan
- Pra-diploma
- Diploma
- ‘Higher national diploma’
- Ijazah pertama
Secara konklusi, Permohonan MARA bagi institusi TVET adalah sangat pantas dan mudah tidak perlu untuk ke pejabat untuk mengisi borang permohonan. Anda bebas untuk mengisi borang tersebut walau di mana jua anda berada selagi wujudnya sambungan Internet.
Hal demikian, anda perlu diingatkan bahawa negara kita sedang pesat membangun dan sangat memerlukan ramai graduan program TVET MARA , yang mana mereka terlatih dan mahir dengan selok-belok dalam bidang industri yang telah didedahkan semasa tempoh mereka belajar.
SUMBER:
https://www.tvetmara.edu.my/index.php/informasi
https://apponline.mara.gov.my/upimonline/info.html
https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/programsepenuhmasa